29 Ogo 2011

sekian lama

alhamdulillah, now 3.45 pagi and about 15 minit dari sekarang aku akan pergi bersahur untuk yang kali terakhir. ya, ramadhan yang terakhir. sayu. aku dapat rasakan raya tahun ini tidak meriah pada raya sebelumnya. aku kehilangan arwah atok kesayangan. tiap-tiap tahun pagi raya kami sekeluarga akan bersiap-siap untuk ke rumah atok untuk menunaikan solat hari raya di sana. sebelum solat kami sekeluarga dijamu dengan ketupat, kuah lodeh, kuah kacang, ayam madu yang ibu perap semalaman dan laksa khas buatan pak uda. namun, tahun ini berbeza sekali.

tahun ini kesunyian berhari raya itu ditutupi oleh kemeriahan kami sekeluarga untuk menyediakan lauk pauk untuk dijamu pada pagi raya. dan sememangnya tokmak buat pengganti arwah atok sedikit sebanyak mengubati hati kami adik-beradik dan juga ibu bapaku pada arwah atok. tokmak juga pelengkap kepada masakan kegemaran aku pada pagi raya. iaitu lontong abu pisang. ia bulat disekeliling berkaler hijau, iaitu daun abu pisang la. dengan sotong masak sambal yang marveles dan pekat rencahnya. ternyata aku rindukan wajahnya yang sejuk sentiasa. rajin melayan karenah cucu-cucunya. sayang atok!!...;D

namun di sebalik semua ini aku bagaikan tidak sabar untuk memulakan semester baru. iaitu semester penguat semangat aku untuk terus berjuang mencari apa yang telah sekian lama aku mencuba untuk melafazkan 3 kata itu. ya Allah, engakau kuatkan lah semangat aku jika apa yang aku usahakan selama ini tidak membuahkan hasil, tetapi jika itu ketentuan engkau, aku dengan si dia tidak bersama, aku yakin engkau telah sediakan aku yang lebih baik darinya....;(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan