31 Dis 2010

selamat tinggal 2010, kalau singgah jangan tak masuk 2011

huhuuuu~ tinggal lagi beberapa jam je nak 2011 kan? banyak suka dan duka dalam 2010 kan? bagi aku semua sama rata. apa yang aku doakan dan ditunggu-tunggu pun dah dapat. aku bakal menjadi pelajar semula dalam 2011 sampai la 2013. insyaAllah. harap semuanya selamat di sana. padahal uitm shah alam je. setahun sudah ku menunggu akhirnya uitm menjadi milikku. korang bayangkan setahun weh. pelbagai dugaan yang menimpa aku dalam setahun ni.

mula dari aku habis konvo petang tu juga aku kena start kerja as a waitress. but sebelum konvo i dah pun start kerja. tapi nak menjelaskan yang betapa sibuknya aku. aku kerja sebelah malam, kira part time job. balik kerja pun pukul 2 pagi baru sampai rumah. membelek dan menggodek internet dan bermukabuku semua sampailah masuk subuh, lepas solat subuh ape semua baru aku masuk tidur. orang semua sibuk pergi kerja, breakfast ape semua aku bantai tidur. petang dalam pukul 2 petang baru aku terjaga. dari situ aku buat lah ape yang patut. mandi, solat, makan, minum, tengok tv kadang-kadang merayap ke sana ke mari, menghabiskan duit. sekarang ni pun duit aku dah habis tau.

aku ni akui lah yang aku ni memang tak boleh simpan duit sendiri. itu yang malas nak kerja. tapi bila difikirkan duit lah nombor satu dalam lumrah manusia. semua nak gunapakai duit. sekarang ni mana ada benda free. nak klise lagi masuk toilet pun kena bayar 20 sen. ye la. sape nak basuh toilet sampai kering, bersih dan wangi semua kalau bukan pekerja indon kan? dorang ni la kita harapkan. nak harapkan anak melayu sekarang, tahu menghabiskan duit mak bapak je.

ok, dalam setahun tu juga aku banyak juga la menghadiri interview, tapi semuanya tiada tindak balas. aku apply upu sampai 3 kali baru aku diterima masuk. tapi ini bukan jurusan masscomm. jenuhlah aku nak amek masscomm lagi. kalau ikutkan memang minat aku. tapi memandangkan ke semua interview aku telah direject untuk kursus yang aku dah apply tu ada interview tapi dah interview dan dah direject tu nak buat ape kan. so, aku pun teruskan berusaha mengapply kursus yang tak ada interview tapi dalam masa yang sama kursus itu memang menarik minat aku untuk terus belajar. so, aku dapat. ijazah sarjana muda penulisan artistik. yeayyy!! alhamdulillah.

so, ini adalah update yang cepat sekali. tepat pukul 12 malam nanti kan dah 2011 kan. aku pun tak nak lah ketinggalan menulis entry sempena tahun baru.

ok, bye semua. have a save journey ok. nak sambut tahun baru jangan over-over ok. ingat tuhan juga. salam...;))