9 Jan 2011

TEKA

TEKA? apa itu TEKA? TEKA tu adalah fakulti teknologi kreatif & artistik (TEKA) UiTM Puncak Perdana. huhu. i'm freshie student's. satu minggu taklimat mengenai fakulti aku dah jatuh cinta dengan kursus ni. dulu dikenali sebagai fakulti seni persembahan. Yana Shamsuddin dengan Farid Kamil pernah belajar dalam kursus ni. tapi dorang dah lama graduate.

tapi aku dalam kursus penulisan artistik. bagi subjek minor/elektif aku pilih untuk belajar production house. huhu. interesting right? rasa macam tak percaya ada peluang sambung belajar balik dalam penulisan, broadcasting atau production house. hah, amek sekali tiga aku akan belajar.

tapi bagi aku kursus ini adalah sangat best gila kerana our dean is Prof Madya A Razak Mohaideen. huhuhu. Pn Mastura cakap rebutlah peluang untuk cari 'duit poket' ye. huhu. baiklah puan. kalau ada masa dan kelapangan serta diberikan rezeki untuk mencuba, saya memang teringin sangat. memang inilah yang saya dah lama nanti-nantikan.

so, first day aku daftar selasa lepas. memang awal gila la keluar dari rumah. memang tepat sekali jangkaan ayah aku. sesak gila. around 9 am baru sampai di UiTM shah alam untuk sesi pendaftaran. selepas tu pulak kena bergegas ke fakulti di puncak perdana. masyaAllah. sesat la. around 11.30 pagi baru sampai fakulti. lepas hantar fail hijau di pejabat fakulti terus ke kolej kediaman untuk isi borang kolej kediaman, bayar rm 28 untuk baju, ambil kunci and check in bilik. fuhhh!! apartment la. bersih dan baru lagi, serta selesa dan besar. syukur, alhamdulillah.

petang dah mula kelas. first day kelas je dah ada assignment untuk buat cerpen, novel or cerita pendek. la ni aku pun tak habis2 taip lagi. idea tak sampai lagi la. lect suruh tengok cicak, cicak pun tak mai lalu. takut aku lastik la tu. huuu~ cicak, mai la datang!!

rabu lak ada sesi taklimat fakulti di studio pancha delima. around 5 pm baru habis. and semuanya memang hebat-hebat belaka dan bukan calang-calang our pensyarah. syukur, alhamdulillah lagi Allah swt memberikan tenaga pengajar yang terbaik semenjak aku tanamkan hasrat untuk bergelar pelajar universiti. syukur, alhamdulillah lagi diberikan kemudahan pembayaran pengajian yang tidak terlalu mahal. syukur!!

and for koko, aku masuk fire bridged. uitm puncak perdana adalah first batch untuk koko fire bridged. so, aku ambil peluang ini untuk mengembangkan koko aku. biarlah sampai ke sem yang ketiga perlu wajib lulus asalkan ada advantagenya.

isnin ni mula lah kuliah aku. so, sekarang aku pun dah nak bersiap-siap pulang ke uitm puncak perdana. okey, selamat tinggal kekasih gelapku. gelap ker?...;))