29 Okt 2010

ini kenyataan

kadang-kadang aku bertanya kepada diri aku sendiri mengapa la perangai orang ini orang itu x serupa dengan nama mahupun rupa? aku berfikir sejenak. melucukan. bermacam-macam kerenah orang yang aku jumpa ketika aku bekerja. berikan aku memberikan pendapat aku di sini. ya, di blog aku sendiri. aku cuma untuk meluahkan kenapa ianya begitu rupa?

ada satu pasangan ini akan datang makan nak dekat-dekat pukul 12 malam. kadang-kadang ada juga la mereka ini datang awal. datang awal mesti mereka ini makan banyak. kalau datang lambat sudah semestinya aku akan dapat teka. masuk sahaja berfikir mahu duduk di meja mana. jikalau meja yang mereka duduk itu kebetulan ada pelanggan yang baru balik dari makan, semestinya meja itu x sempat dilap selepas pinggan mangkuk diangkat. belum duduk lagi dah kelam kabut minta tolong lapkan meja. rasa menyampah pun ada sebab aku tahu itu memang tugas aku dan aku tahu menja itu belum dilap lagi. so, kepada pasangan hendak saja mereka ini nak aku bagi penangan bahasa kasar. kalau order makanan atau minuman hanya aku saja yang tahu. memang cerewet sekali. pasangan ini aku akan ingat sampai mati.

6 Okt 2010

rutin harian

rutin harian aku setiap hari isnin sampai hari ahad adalah menjalankan tanggungjawab aku sebagai waitress di Restoran Haslam. waktu aku masuk kerja tak tentu. tapi yang tentu sebelum pukul 7 malam mesti sudah sampai di kedai untuk menggantikan pekerja-pekerja pagi yang habis waktu kerja mereka pada pukul 7 malam. maknanya ada dua shift. pagi dan malam. aku bekerja separuh masa (part time).

memulakan cerita rutin harian aku semasa berada di rumah aku bangun tidur lebih kurang tengah hari. untuk mencukupkan waktu tidur selama 7 jam. maknanya dari pukul 5 pagi aku tidur aku bangun tengah hari pukul 12 tengah hari. sampaikan subuh pun liat nak bangun. hari-hari kena bebel dengan mak. itu pun terlajak. dah azan zuhur baru bangun. bangun sahaja buat apa yang sepatutnya macam mandi, solat semua, cari maka dengan minuman tengah hari. sebabnya adalah kerana mak tak masak. kenapa mak tak masak. disebabkan anak-anaknya yang malas dan bangun tidur tengah hari. so, barang dapur nak masak tengah hari pun tak ada. conclusionnya di sini, pandai-pandailah hidup ya. lepas keluar merewang jalan-jalan cari makan, take away makan di rumah lepak depan tv membuang masa tengok movie sampai nak keluar pergi kerja. bertolak dari rumah lepas asar. sebelum pukul 5 petang atau 5 petang tepat mesti keluar dari rumah. sebabnya adalah aku mesti naik train pukul 5.12 minit untuk sampai di mid valley lebih kurang 5.45 petang. membuang masa lagi depan lepak di mcd. esoknya pula, beli donut ke dekat dunkin donut, kadang-kadang banyak duit makan pizza hut. macam tu lah hari-hari seterusnya akan di rotate mengikut angin. cuci-cuci mata tengok kasut ke. aku suka buat apa yang patut membuang masa sampai pukul 6.15 ke lebih macam tu lah tunggu bapak jemput di mid valley.

kenapa aku tidur 5 pagi. sebabnya adalah waktu ini sahajalah yang aku dapat tidur. kenapa tidaknya. balik dari kerja pukul 2 pagi baru sampai di rumah. perjalanan dari restoran yang terletak di kuala lumpur, jalan pahang mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke rumah. itu pun restoran melabuhkan tirai perniagaannya pada pukul 1.30 pagi.

kadang-kadang tak menentu waktunya. ada cepat ada lambat kerana customer ramai. lambat tutup pun kerana staff tak mencukupi. so, kerja-kerja yang sepatutnya di handle oleh pekerja itu dilakukan secara double oleh pekerja yang datang kerja pada hari itu.

kalau macam aku, aku suka buat kerja dengan pantas. tapi teratur. kadang-kadang ramai yang cakap aku ni kelam kabut. ape kehenya? aku selalu memudahkan kerja pekerja-pekerja yang lain. macam aku, dalam pukul 11 malam di dalam tempat makan berhawa dingin sudah mesti disapu lantainya. ini memudahkan pekerja lain untuk mop di dalam aircond. menyapu pun dah ambil masa setengah jam. kira aku menyapu ni memudahkan pekerja yang membuat bil di aircond boleh cover membuat bil di luar, tempat tak berhawa dingin.

lepas menyapu di aircond, aku mengemas, mengelap rak-rak di luar. lepas mengelap, membuang sampah sarap macam nasi kering ke yang bersepah-sepah di rak, aku memulakan menyapu di luar. menyapu di luar pun mengambil masa setengah jam. lepas siap semua, aku menyapu lagi di kawasan lalu lalang atau tempat makan di kawasan lalu lalang. di jalan raya dengan longkang yang meliputi kawasan restoran kena disapu juga. memang ini rutin harian aku. hari-hari kena menyapu. aku memudahkan kerja-kerja pekerja yang lain. sebab pekerja lain ada kerjanya yang aku memang tak reti nak buat or malas nak ambil tahu. aku memang tak suka mengemas lauk-pauk untuk disimpan di peti ais. macam kerja aku lebih kepada mengemas, mengelap dan menyapu.

selain itu juga, menyapu di lalu lalang mengambil masa setengah jam juga lebih kurang pukul 12.30 malam baru siap. dalam pada itu juga, aku mengemas atau mengambil order customer yang datang nak makan. cover sampai pukul 1 pagi. pukul 1 pagi kerusi meja di luar mesti disusun untuk di bawa masuk di susun di dalam restoran. pekerja yang lain pula mengemop lantai di luar dan pekerja yang lain pula menyiram air mop yang kotor sampai lantai bersih. sama juga di dalam restoran. masing-masing mengemop.

lebih kurang pukul 1.20 pagi baru siap semuanya. tirai restoran pun sudah dilabuhkan. macam itu lah rutin harian aku sebagai waitress. nak buat macam mana. gaji lumayan, kerja pun lumayan!!! apa-apa pun buat kerja dengan ikhlas dan jujur. chaiyok!!!!

5 Okt 2010

ingat sampai mati

hmmm, headline macam ada pergaduhan besar berlaku. tapi ini tidak. ingat sampai mati ini bermaksud perkara-perkara yg memalukan sewaktu saya menuntut di sekolah. tak kira lah sekolah rendah atau menengah. benda-benda ini akan menyebabkan saya ingat sampai mati.

fuhhh!!! ada satu cerita ni yg mmg tak boleh diceritakan di alam maya kerana ia akan melibatkan banyak pihak. terutamanya sahabat-sahabat yg aku. perkara ni mmg dah settle sejak sekolah lg sebelum ada yg sesetengahnya dah pindah sekolah. so, sekian part one.

part two pulak, terjadi pada waktu rehat. tapi aku tak ingat aku di tingkatan berapa. hmmm, sekolah aku ada tangga dua tangga utk menuju ke kelas bahagian bawah dgn bilik mesyuarat. selepas menghabiskan masa di kantin, aku lalu di tangga yg paling tinggi dan curam serta ruang kaki yg agak sempit. dalam pada kau nak turun, entah mcm mana aku boleh tersadung menyebabkan aku tergelincir ke anak tangga yg lain. aduh!! malunya aku. hmmm, ketika itu aku disaksikan oleh kawan-kawan aku yg lain serta kawan-kawan aku dr kelas yg lain. hmmm, nak buat mcm mana. nasiblah aku tak terjelopok jatuh ke bawah. kalau tak parah aku masuk hospital lah jawabnya. hahahha, lepas insiden tu aku gelak sorang-sorang. aku fikir mcm mana la aku boleh tersadung. hahahaha. maybe time tu kain aku labuh sangat. hahahaha. tu la, jalan tak tengok bawah lagi. jalan menonong je.

part three pulak masa ni aku form one. waktu ni masa utk kelas b.i (bhs inggeris). korang nak tahu apa yg jadi dekat aku time ni? hahahaha. teka la. AKU TAK BAWA BUKU B.I!!! conclusionnya adalah kena berdiri di luar kelas. tapi aku tak ingat pulaka siapa yg join aku berdiri kat luar kelas. aduhhh!! malu beb. dah la kejadian tu disaksikan oleh kakak-kakak favorite aku. aduhh!! siot!! malu!!! hahahahaha. padan muka aku.

part empat pulak adalah disebabkan tabiat aku yg suka membuta di dalam kelas. boleh pulak time waktu nak balik aku boleh tak sedar kawan-kawan sekelas aku dah mengemas nak balik. aku terjaga dr tidur disebabkan bunyi kerusi sewaktu kawan-kawan sekelas membuat ucapan 'terima kasih cikgu!!'. hah!! kelam kabut aku bangun dr tidur. aduh!! tak boleh blah lagi air liur tu. hahahaha. nasib-nasib. kelam kabut aku mengemas barang-barang. dgn kelam kabut aku lari mendapatkan bas sekolah yg hampir-hampir meninggalkan aku.

cerita pasal ditinggalkan bas sekolah, boleh dikatakan kerap juga aku ditinggalkan bas sekolah. sampai aku naik bas awam dan juga berjalan kaki bermati-matian mengejar bas sekolah mengikut ke mana bas sekolah tu berhenti. yg ok tu paling dekat, dekat sekolah cina. apa nama entah sekolah tu. lupa pulak. yg mmg tak boleh blah, yg bapak jauh adalah sekolah yg dekat dgn high school. sekolah tamil kut. aduh!!! gila penat aku berlari. sebabnya adalah aku pun tak tahu dan tak ingat apa yg membuatkan aku kerap ditinggalkan bas sekolah. ada sekali tu, dgn tabiat aku yg suka membuta, bas sekolah yg sepatutnya membawa aku pulang ke rumah, aku telah terlajak sampai bas ke sg long. hahahaha. nasib. terpaksalah tunggu bas sekolah tu habis hantar budak-budak. kira ok lagi sebab bas sekolah yg aku naik ni rumahnya terletak di taman aku. tapi di rumah kedai. hah!! terpaksalah aku jalan kaki sampai ke rumah.

hahahaha. kalau nak diikutkan banyak lagi kisah-kisah yg aku ingat sampai mati. tapi perkara di atas ni la yg membuatkan aku tidur tak lena. hahahaha.