9 Jan 2011

TEKA

TEKA? apa itu TEKA? TEKA tu adalah fakulti teknologi kreatif & artistik (TEKA) UiTM Puncak Perdana. huhu. i'm freshie student's. satu minggu taklimat mengenai fakulti aku dah jatuh cinta dengan kursus ni. dulu dikenali sebagai fakulti seni persembahan. Yana Shamsuddin dengan Farid Kamil pernah belajar dalam kursus ni. tapi dorang dah lama graduate.

tapi aku dalam kursus penulisan artistik. bagi subjek minor/elektif aku pilih untuk belajar production house. huhu. interesting right? rasa macam tak percaya ada peluang sambung belajar balik dalam penulisan, broadcasting atau production house. hah, amek sekali tiga aku akan belajar.

tapi bagi aku kursus ini adalah sangat best gila kerana our dean is Prof Madya A Razak Mohaideen. huhuhu. Pn Mastura cakap rebutlah peluang untuk cari 'duit poket' ye. huhu. baiklah puan. kalau ada masa dan kelapangan serta diberikan rezeki untuk mencuba, saya memang teringin sangat. memang inilah yang saya dah lama nanti-nantikan.

so, first day aku daftar selasa lepas. memang awal gila la keluar dari rumah. memang tepat sekali jangkaan ayah aku. sesak gila. around 9 am baru sampai di UiTM shah alam untuk sesi pendaftaran. selepas tu pulak kena bergegas ke fakulti di puncak perdana. masyaAllah. sesat la. around 11.30 pagi baru sampai fakulti. lepas hantar fail hijau di pejabat fakulti terus ke kolej kediaman untuk isi borang kolej kediaman, bayar rm 28 untuk baju, ambil kunci and check in bilik. fuhhh!! apartment la. bersih dan baru lagi, serta selesa dan besar. syukur, alhamdulillah.

petang dah mula kelas. first day kelas je dah ada assignment untuk buat cerpen, novel or cerita pendek. la ni aku pun tak habis2 taip lagi. idea tak sampai lagi la. lect suruh tengok cicak, cicak pun tak mai lalu. takut aku lastik la tu. huuu~ cicak, mai la datang!!

rabu lak ada sesi taklimat fakulti di studio pancha delima. around 5 pm baru habis. and semuanya memang hebat-hebat belaka dan bukan calang-calang our pensyarah. syukur, alhamdulillah lagi Allah swt memberikan tenaga pengajar yang terbaik semenjak aku tanamkan hasrat untuk bergelar pelajar universiti. syukur, alhamdulillah lagi diberikan kemudahan pembayaran pengajian yang tidak terlalu mahal. syukur!!

and for koko, aku masuk fire bridged. uitm puncak perdana adalah first batch untuk koko fire bridged. so, aku ambil peluang ini untuk mengembangkan koko aku. biarlah sampai ke sem yang ketiga perlu wajib lulus asalkan ada advantagenya.

isnin ni mula lah kuliah aku. so, sekarang aku pun dah nak bersiap-siap pulang ke uitm puncak perdana. okey, selamat tinggal kekasih gelapku. gelap ker?...;))

3 Jan 2011

ni yang suka ni

yeayyy!! dah dapat gaji. syukur, alhamdulillah. ni yang suka ni. tadi dapat gaji je sengih memanjang macam orang gila. orang gila pun sama je kalau dapat makanan, minuman, duit apatah lagi gila lah dia kan. sukanya dia!

lepas tu aku ada la buat kenduri kesyukuran sedikit dekat tempat aku kerja ni. kenduri lah sangat. cuma niat ikhlas tulus murni ni nak belanja mereka2 semua setelah berpenat lelah melayan kerenah dan bebelan aku sepanjang aku bekerja setahun dekat situ. agaknya mesti mereka2 ni jenuh gila dengar aku merungut dengan membebel apa semua kan? so, korang dah tak dengar dah bebelan tu semua sebab aku nak merantau. huuuu~ timba ilmu tau, bukan timba buat calon suami. so, kalau dah jodoh aku kat sana, aku terima je lah ye dok.

so, you guys enjoy the picture ok. ni semua muka2 pelahap, tapi cover gila tahap cipan dorang semua ni.

chicken chop 6 yang dipotong


muka pelahap satu..;p


muka pelahap dua wanita yang telah join bersama pelahap satu...;p








ni lah sedikit sebanyak farewell yang saya conduct. ceewahhhhhhhhhh!!!

ok, bye, pagi2 je nak keluar pergi post office, lepas breakfast, pergi tesco beli barang, bank in and last shopping di times square.

salam ukhwah semua ye....;))

1 Jan 2011

ni semua pasal jejaka idaman i

huuuu~ skandal yaww'sss.. aku tak sabar ni nak jumpa 3 jejaka comel, gemuk, tembam, mantap semua pun adalah. ok dah siap charge bateri kamera tinggal nak berphotoshoot je esok. kota kemuning adlah tempat yang cantik ok. tak ada sakit mata memandang. rumah kat sana mahal-mahal aku rasa. rumah yang aku nak pergi rumah maksu, adik mak aku yang bongsu sekali. dah kahwin, anak pun dah tiga orang, lelaki semuanya. dan semuanya comel tau!!!!

rindu tu dengan 3 comel2 ni. last jumpa pun masa kenduri kahwin abang saudara di pulau indah. tak la pulak tarikh tu. rasanya berbulan-bulan kot. ni baru anak saudara, kalau dah pakwe berjauhan lagi macam mana la agaknya kan? aku ni single lagi. perghhhhh!!! SINGLE TAU!!!!

so aku nak kenalkan lah dengan anak saudara aku ni yang comel2 ni yang buat aku tergila-gila, meroyan ape semua kalau dah jumpa dorang ni. OH MY DARLINGGGGGG!~!!!!!!

Ni la Luqman sayang saya (comel kan?)

adui comel la. huuuu~


yang baju biru tu, Adam, sayang saya nombor dua, nama panggilan manja dulu masa kecik, *gendut* sebab masa kecik dulu memang gendut tau. dah la bulat. lagi la bertambah-tambah sayang ni...;))


tengok betul tak? gendut kan? bibir mengalahkan angelina jolie tau. suka you....;))
ni yang ketiga yang bertambah-tambah tak ada dah tolak-tolak, sayang saya nombor tiga, Qayyum. pergghhh!!!! pipi melayut, tergantung.....;))

so, comel kan sayang2 aku ni? perghhh, tak sabar esok. nak peluk, cium, ramas, belek, main semua la habis-habisan dengan dorang ni. nanti bila lagi la dapat jumpa. selasa depan dah bakal jadi pelajar balik. huuuu~

ok, aku janji kan nak update gambar masa anugerah skrin 2010 jumaat lepas kan? aku tak boleh update banyak, sebab yang ni je yang aku nak sangat gila bergambar dengan dorang. kau tahu tak lena tidur aku disebakan dorang ni. ok, nah, ni dia...


yeayyy!! me with Fahrin Ahmad y'allll!!!!. SUKA SANGAT TAU!!!!! huuuuu~

me with Syamsul Yusof. pengarah kesayangan aku ni....;))

me with Shaheizy Sam, alololo he's so sweet ok!!!! bila dapat jumpa lagi ni. huuu~


aku sebenarnya kenal dia, from drama Bionik rasanya. tapi tak tahu nama la. bagi hint tau bila amek gambar dengan dia. baru dia ingat. alololo!!!!

aku SUKA GILA GAMBAR NI!!!! rasa dah macam model lak. padahal aku yang terpendek sekali. kasut yang aku pakai wedges je pun. ok la baju pun dah kira glam la jugak kan. huuuuu~ me with from left Iqram Dinzly, Fauzoah Ghous, Awal Ashaari & Scha Al Yahya...;))

so, korang sila tau jangan jeles dengan i. uhhhhhh~ please eh. sori tau. i tak mintak you all jeles dengan i. sori ok. tahun depan ada lagi. tapi korang kena la rajin tengok drama kat tv3 tau... promote tv3 lak. rating naik ni....:))