9 Jun 2011

tujuh sebelas

ok, ni bukan pasal nobor ekor ke ape ke, ni pasal contest. contest ape, ha mari sini jenguk2 ape yang kita nak bagi tahu ni. tadi pergi kedai 7e (tujuh sebelas), plan nak beli cereal milo dgn air kotak besar milo tu, last2 up lg beli la stikko dgn chacho's, sbb malam2 kita macam kucing kat rumah kita ni malam2 kebuluran. saje nak tambah stok makanan.

campur2 semua dah 4 barang kan. tiba2 cashier suruh isi borang. aku tanya la nak isi borang ape. cashier tu jawab contest, aku pandang punya pandang mana la borang tu, owh contest 'Win n Ride'. macam menarik. tapi sebelum tu nak join contest ni you all semua kena la beli 3 barang/makanan ke atas dalam satu resit SAHAJA dalam sesuatu pembelian ok? ini untuk melayakkan korang semua untuk join contest ni, nanti cashier tu bagi la korang resit untuk di attachkan di borang contest yang comel tu.

macam2 hadiah yang ditawarkan, jika menang la. first, dapat hadiah motosikal/scooter tu. wow!! bestnya. yamaha nouvo LC 135cc, sape tak nak kan? semua nak. hadiah yang lain2 pula ialah i pad 2, sekarang ni kan trend nak2 je pakai i pad, so, nak rasa diri bertuah ke tak join la contest ni, mana tau kan rezeki, dapat la i pad tu, ade lagi hadiah, nikon dslr dgn gift certificates, menarik2, so, korang semua, ape lagi, pergi sekarang beli ape2 sahaja di 7e tu, tak kira la murah ke mahal ke janji 3 makanan/minuman ke atas tetapi perlu diingatkan di dalam satu resit sahaja tau. nak tahu lebih lanjut klik la sini tujuh sebelas

kredit to google image


ok, kita nak isi borang ni, hee, mana la tahu rezeki datang, ala, try je, bukan susah sangat pun, heh...;D

8 Jun 2011

Fashion Bloggers Rehab Bazaar

main tekan2 je event di atas rupanya tahu tak tempat event ni ada dekat area mana? rupanya dekat empire gallery shopping, subang jaya tu. yes!! dalam kepala dah mind set nak pergi, dah niat semua dah, harap gaji pun dapat sebelum nak pergi bazar tapi walaupun bagaimanapun tidak seperti yang aku harapkan. terpaksa meminjam duit dari ibu untuk bekalan tapi wajib ganti balik.

pagi ahad tu dah siap bangun pagi bersihkan diri, beli sarapan semua, adik pula tak bangun2 lagi. hmmm, sabar je la. lama2 pun bangun. dah siap semua dari rumah 11 pagi lebih. sampai di soho tu dalam rumah tu pun dah sesak dengan gadis2 manis dan lawa2 semua tak kira dari segi fashion mahupun paras rupan. owh terasa kerdil disitu ye. walau apa2 pun ia tak mematahkan semangat aku untuk berjumpa dengan bloggers kesayangan iaitu Adriani Adnan, Shea Rasol, Hana Tajima, Maria Elena Zarul dan Nurulcakapcakap. tetapi nurul tak sempat nak jumpa sebab nurul pun tak sampai lagi. lagi pun nak kejar masa. petang kena masuk kerja. heee....;D

suka!! nak hias mcm ni kat bilik, sedih...;(

penyangkut kayu baju yang comel, cantiknya...;D

akhirnya me with Shea Rasol, hai...;D

akhirnya me with Adriani Adnan and my sister, Alia, hai...;D

hahaha, yeayy!! me with Hana Tajima, my idol...;D

tu dia, dia dah mai dah, yeayy, me with Maria Elena Zarul, peace yawww!!...;D

me with Ami Schaheera, owh my, tak tahu pula yang kak Ami ni sedang berperang dengan penyakit kanser, semoga cepat sembuh ye kak Ami....;D

lastly, segmen menggedik, lantak la, ade aku  kesah??...;P