24 Sep 2009

macam macam ada di hari raya

hari Ahad yang aku nantikan telah pun datang.pagi2 mak aku kejutkan lebih kurang pukul 6.30 pagi untuk bersiap-siap pergi rumah atok di Cheras..macam kebiasaan kami sekeluarga di pagi raya akan beraya di Cheras dulu..lebih kurang 7.30 pagi lepas bersiap-siap apa2 yang patut sementara menunggu adik2 lelaki aku yang terhegeh-hegeh bersiap,ibu dan baba da get ready kat kerusi untuk sesi bermaaf-maafan.macam kebiasaan kami sekeluarga akan bermaaf-maafan dahulu.lebih kurang pukul 7.45 pagi kami bertolak.sampai di kampung pukul 8.20 pagi

sesampai je di kampung lepas salam bermaaf-maafan dengan atok serta mak sedara kitaorang pun breakfast la dulu sebelum pergi sembahyang hari raya..nak dipendekkan cerita lepas solat,ziarah menziarahi sanak saudara kami sekeluarga sampai di rumah lebih kurang pukul 10 malam..da penat semua samapai teus tidur sebab esok kami sekeluarga akan pergi bercuti di Penang..

Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami bertolak ke Penang..almaklumlah kalau da penat memandu mesti la singgah di hentian rehat kan..kami singgah di hentian sebelah simpang pulai..lepas buat apa2 yang patut,tiba2 bapak aku nak start kereta tak boleh.so bapak aku da cuak..start punya start pun tak leh start jugak..adik aku bagi tahu la yang bapak aku terus matikan enjin kereta sebab selalunya bapak aku akan membiarkan enjin tu sekejap sebelum off enjin tu..aku pun menyampuk maybe enjin tu TERKEJUT sebab tiba2 tuannya matikan enjin terus..so nak start pun tak boleh la jadinya..lebih kurang setengah jam jugak la kami sekeluarga di hentian tu tanya punya tanya mula2 kat yang servis kereta bapak aku dia cakap maybe wiring tempat duduk belakang..bapak aku mula2 da agak..so call paksu,paksu pun cakap benda yang sama..bapak aku tanya kitaorang semua fikir la balik semula jadi ke nak pergi Penang dengan keadaan kereta macam tu..mak aku cakap diam je..bapak ko tu memang cepat cuak..so bapak aku try sekali lagi start enjin boleh la pulak..kami sekeluarga pun bertawakal la supaya takde pape yang terjadi dalam perjalanan ke Penang nanti..bapak aku ambil langkah berjaga-jaga dengan memandu di lorong kiri..

Lebih kurang 8.30 malam kami tiba di Butterworth,Penang..sebab atas cadangan bapak aku yang tahun lepas da pergi ke Penang..so tahun ni kami sekeluarga bercuti di Butterworth sebab mak aku jugak ramai kenalan di sini katanya..kami bermalam di Hotel Palm Inn di Bagan Luar area terminal feri..

Pagi keesokan harinya kami ke terminal feri untuk beraya di rumah uncle Shidee di Teluk Bahang..sesampai kami di Teluk Bahang rumah uncle Shidee,lepas bapak aku matikan enjin kitaorang masa tu da masuk dalam rumah uncle Shidee and then uncle Shidee minta tolong alihkan kereta bapak aku ke belakang sedikit..malang tak berbau,kereta bapak aku buat hal yang sama ketika di hentian pulai..nak dipendekkan cerita uncle Shidee tolong carikan foreman untuk servis kereta bapak aku..so aku dengan adik2 aku ikut uncle Shidee ke pantai untuk mandi laut.tapi uncle Shidee cadangkan kami pergi ke Monkey Beach dengan menaiki bot..kitaorang punya la seronok tak expect pun nak naik bot dalam perjalanan ke Monkey Beach..



 

 

 

 

 

 


semalam masuk ni da masuk hari khamis kan?sekarang pukul 1.02 pagi..semalam (rabu) kami sekeluarga baru balik dari Alor Star,Kedah..rumah maksu baba aku.sampai rumah lebih kurang pukul 9.00 malam.sepatutnya sampai awal sejam ke rumah,memandangkan adik lelaki aku yang ketiga dia da janji dengan Syafiq,anak Datuk Yusof Haslam untuk sleep over kat rumah dia so kami sekeluarga pun pergi hantar di kat Taman Melawati..sampai je lebih kurang 7 lebih la..lepas hantar je baba tanya ibu nak pergi minum dulu ke.ibu pun jawab suka hati la.so baba decided nak pergi minum kat tempat makan area Taman Melawati kalau tak silap di gerai Hainan Nasi Ayam Makcik Halimah kot..kami sekeluarga ni da bukan setakat minum,ni da makan malam sekali..tengok jam lebih kurang 7.30 malam..lepas order pape yang patut,habis makan lebih kurang pukul 8.00 malam terus bertolak pergi stesen Petronas untuk solat Maghrib dulu sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kajang..