29 Mei 2010

fall or not to fall

why you makes my heart so sick when your eyes deep into my soul?

i try to figure it out because i knew that i won't get it.

please somebody help me..;(

26 Mei 2010

semua benda boleh berlaku

semua benda boleh berlaku. YA. dalam dua bulan ini banyak benda yang berlaku dengan tak sengaja ataupun disengajakan. dalam bulan april adalah bulan yang paling gembira dalam hidup saya. its my birthday. so, entah macam mana sewaktu saya sedang bekerja and there goes surprise birthday for me. terharu sangat sehinggakan saya menumpahkan airmata yang tak sepatutnya ditumpahkan. YA. buruk okey. tak dibayangkan. sembab je muka saya. nak tahan tak boleh. saya seorang yang cepat sensitif. and bulan april juga its my birthday dua orang adik saya. kami sambut semeriah yang mungkin. ya, untuk meraikan hari istimewa seseorang.

dan perkara yang paling saya tunggu dalam hidup saya adalah untuk sambung belajar dalam ijazah. and so that saya telah dipanggil temuduga untuk dua kursus yang saya mohon di uitm, shah alam. satu ijazah dalam penyiaran dan penerbitan. and entah macam mana dalam test bertulis, soalan meminta saya menulis kursus apa yang anda mohon dan apakah sebabnya. pertama, saya menulis tentang penyiaran in details. but in penerbitan cuma sekerat jalan. sebabnya adalah tension dan kesuntukan masa. semasa dipanggil temuduga saya dapat penemuduga yang begitu sporting. mereka tanya bermacam macam soalan. ada satu soalan tu mereka tanya apa yang telah terjadi di hulu selangor. oh my gucci. seriuslah saya tak tahu. sah2 tak baca paper and tengok berita. kata mohon dalam penyiaran. so macam mana tak boleh tahu apa yang berlaku disana.

dalam keadaan disitu ketika saya diajukan soalan yang bertalu talu diiringi sindiran dan gelak ketawa, saya menjawab tidak tahu. saya blur terus. ada terbaca tapi tak ambil pusing. entahlah. sebab saya memang tak suka politik. membuatkan saya pening kepala. walaupun ia tak melibatkan dengan diri saya, tetapi ada satu aura yang saya malas nak fikir pasal politik. itu pasal saya tak boleh jawab semasa ditanya mengenai kejadian apa yang berlaku di hulu selangor.

dari mulai saat itu, saya mengambil iktibar dan nekad untuk mengubah diri dan persepsi diri saya untuk mengambil tahu semua benda walaupun tiada kaitan. YA. untuk menjamin perubahan diri yang mendatang. YA. persiapan. and one thing mereka tanya juga jika tidak diberi kesempatan atau erti kata lain TAK LULUS dalam temuduga penyiaran, adakah awak sedia diberi peluang untuk kursus lain dan mereka juga menyuruh saya berjanji untuk mengubah diri saya. saya pun bersetuju sahaja. lagipun peluang yang diberikan major in publishing. ijazah sarjana muda komunikasi dengan kepujian (komunikasi intruksional dan latihan). mula2 dalam test saya tandakan ijazah sarjana muda komunikasi dengan kepujian (pengurusan komunikasi & polisi). and secara tak sengaja saya mengambil keputusan saya tak nak mohon kursus itu. sekarang saya hanya menunggu keputusan yang dijangka bakal keluar dalam minggu ketiga bulan jun ini. insyaAllah, saya dapat yang terbaik untuk masa depan saya.

saya bukanlah seorang yang bijak pandai seperti cendiakawan. tetapi saya perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri saya dan masa depan keluarga saya. saya tak mahu menyusahkan orang lain. biar orang lain menyusahkan untuk diri saya, jangan sesekali saya menyusahkan orang lain.