1 Dis 2010

assalamualaikum semua. sihat ke? aku macam biasa terlebih sihat. mana tak. balik kerja pukul 2 pagi masak untuk suffer. serius boleh dikatakan tiap-tiap malam aku masak. antaranya maggi, roti telur goreng, pasta makaroni sardin makan dengan roti, roti telur scrabble dan macam-macam lagi. lepas subuh baru boleh tidur. kalau tidur lepas makan confirm la kejang. and adik-adik dengan abah pun sibuk tumpang sekaki nak makan. dorang makan habis tak apa. hahahaha. aku kan tukang masak baik punya. makan mesti sampai licin.

and one thing yang aku nak share dengan korang semua adalah yang aku macam tak percaya yang aku diterima dan ditawarkan untuk sambung belajar di uitm. eh, betul ke ni? sampai surat tawaran aku baca berulang kali. serius weh. memang tak percaya. dari habis konvo julai 2009 sampai la ni pun aku still tunggu rezeki untuk aku sambung belajar. alhamdulillah, berkat doa orang-orang tersayang.

dan semalam pula lepas habis je online aku memulakan proses mengemas semua buku2, majalah2, surat2, sijil dan sebagainya diasingkan mengikut kategori untuk memudahkan aku mencarinya nanti pada masa hadapan. yela, mana la tau kan. dulu lepas habis konvo je main sumbat je dalam almari. sekarang ni sejuk sikit mata nak memandang. mak pun dah tak bising lagi suruh kemas mana yang tak pakai. korang tengok la apa yang aku dah kemas kat bawah ni ye. jangan terkejut lak.

ni semua koleksi kertas soalan dengan nota2 semester 6. ni semua duk punggah balik sebab nak prepare for interview utk kos penerbitan dan peyiaran di uitm dulu. sekarang ni tgh pikir nak letak mana kumpul satu tempat semua dari sem 1 sampai la sem 6. rasa2 dlm kotak kot. ala, kotak yg corak2 yg selalu orang duk kumpul/simpan.



ni pula setelah diasingkan mengikut keperluan/selalu diguna pakai balik untuk seharian/sebulanan. serabut kan? dulu lagi serabut. ni elok sikit sebab kertas simpan dalam sampul surat. lepas tu labelkan.


ni pulak semua koleksi adik aku alia dari sem 1 sampai berapa entah. dah habis belajar pun. tapi majlis graduasinya entah bila nak buat.


ni pulak setelah dipilih, diasingkan dan dibuang mana kertas yang tak guna dan menyemakkan mata. jadi la tiga beg plastik yang penuh dengan sampah.

and hari ni tiba2 aku rasa indah semacam. sebab apanya korang nak tahu? sebabnya adalah penyanyi yang aku adore sejak dia masuk AF2 sampai la bertanding dalam konsert final akhirnya aku dapat jugak berjumpa dengan Farah Breeep Breeep ni. ceritanya macam ni. kakak yang nak buat bil ni dia tak sure yang Farah ni makan ape. mee bandung ke mihun hailam. sebab colournya mcam mee bandung. so, aku beranikan diri tanya la si empunya makanan tu. lepas tanya mula la perbualan ini:

Aku/Farah

Aku: kak, minta maaf ye. nak tanya ni mihun hailam ke?
Farah: a'ah, mihun hailam.
Aku: (otak duk ligat pikir macam kenal je) Farah kan??
Farah: a'ah.
Aku: hai, hai.
Farah: hai.
Aku/Farah: (masing2 sengih)

dalam kesibukan melayan dan mengambil order dari customer aku dalam hati ni, ni kalau aku tak bergambar, melepas ni. dah lah susah nak jumpa lagi lepas ni. entah datang lagi ke tak makan kat restoran haslam. setahu aku dia tinggal kat putrajaya. tu yang aku macam memang patut kena ambil gambar berdua dengan Farah.

ok, dah line clear sikit, dorang pun makan macam dah kenyang ada aura macam nak balik. aku beranikan diri hentam keromo je la 'Farah, nak bergambar boleh?'. and yes. tapi jangan jeles tau. heeeeeeee~


see. lawa kan? manis je Farah pakai tudung. heeeeeeeee~

anyways, thanks kak Farah. You are really nice person!!!