27 Jul 2010

a list for me

sekarang aku still menunggu tawaran/permohonan untuk menyambung pelajaran aku. masuk ini dah tiga kali aku gagal. frust gila. tapi aku perlu dayakan usaha aku untuk bersabar. rezeki tetap ada dengan izinNya. betul tak?

so sekarang aku nak buat persediaan. dekat mana dan apa yang aku nak sambung belajar? samada dalam mengharap lagi belajar dalam komunikasi ataupun dalam kursus lain. dalam erti kata dengar pendapat orang yang lebih tua yang tahu tahap kita dimana mahupun ikut naluri hati lagi.

so aku terpaksa membuat research tentang apa yang aku nak sambung nanti. payah juga kalau time tu juga nak isi borang time tu juga nak baca information tentang apa yang kita nak apply nanti. huh! memang pening beb. last-last boleh dibuat fed up nanti.

okey, ni aku dah list mana yang jadi pilihan aku buat masa sekarang ni. so nanti tak ada la kelam kabut.

Universiti Kebangsaan Malaysia
-Fakulti Pendidikan
*Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu

-Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
*Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
-Program Pengajian Bahasa Melayu

*Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
-Program Komunikasi Media
-Program Komunikasi dan Dasar Awam

Universiti Putra Malaysia
-Fakulti Pengajian Pendidikan
*Bacelor Pendidikan
-Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama

-Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
*Bacelor Komunikasi (B.Comm)

semua pilihan yang di atas ni aku fikirkan peluang pekerjaan yang menjamin masa depan aku sahaja. even boleh kerja sebagai guru, pensyarah or media. but media maybe aku choose to be di sebalik tabir je. ada sebab aku pilih untuk begitu.