27 Dis 2010

Anugerah Skrin 2010

thanks to my pak usu for realisasikan impian kita kali ni nak pergi ASK 2010. yeayyy!!, akhirnya kini pasti!!! (ala kak Anita Sarawak) huuuu~

huhuhu~ suka gila. dari rumah dah excited gila bagai padahal kat luar rumah hujan lebat gila tu. kilat sabung menyabung. ok, aku dah set nak pakai maxi dress yang aku beli hari tu dengan jaket kulit hitam or long cardigan. but maxi dress tu singkat la. promoter tu tipu je. kata free size. aku pakai sendeng siot. dah la aku pakai vuntut aku tonggek siot. malu seh nak pakai. sekali tak pasal2 kena tegur free dengan mak aku. siap aku. so, hati ni macam resah je kelaur bilik takut kena tegur free, so aku rembat baju or dress pendek leopard pakai dengan jaket kulit hitam. sarung jeans sudah. pakai kasut wedges hitam complete lah style aku. dah la tema glam. kira glam la juga pakai jaket kulit hitam tu kan dari yang nan ado kan?

dah siap semua keluar rumah dah sampai tol cheras tak hujan langsung. kering je lantai. langit pun baru nak mendung menandakan bakal akan hujan. tapi sampai je Pwtc tak la hujan lagi. so bapak aku drop kitaorang di Lrt Titiwangsa naik Lrt ke Pwtc. dah je aku dengan adik plan nak dinner dulu. so aku dengan adik dinner la kat Mcd di The Mall. waktu aku masuk banyak juga la orang. ada yang pakai over pun ada. dalam hati ni mesti nak pergi ASK 2010. lepas dinner keluar je Mcd nampak la sekumpulan abang2 krew ASK 2010 on the wy ke Mcd for dinner. masa tu kitaorang dah nak keluar ke surau Pwtc tunggu solat maghrib dulu baru keluar ke red carpets. sudah solat je, aku dengan adik terus ke red carpets. fuhhh!!! punya la ramai bertenggek kat tepi red carpets tu. nak mencelah pun tak boleh. apa lagi tunggu punya tunggu, artis pertama yang berjalan di red carptes adalah Fauzi Nawawi dengan Lisdawati. aku apa lagi bawak la keluar D3000. so, bila aku nak amek gambar geng dengan dorang yang ada dslr senang sikit la nak ambil gambar. kalo tak ada dslr ni kamera hp la jawabnya. mahu bateri kong jap lagi. huhuhu~

ok, nak dipendekkan cerita, persembahan semua ok. macam noryn aziz,adibah nor dengan jaclyn victor nyanyi triple duet untuk lagu Aku dan Duniaku. apa yang boleh aku cakap adalah combination yang mantap. meremang bulu roma aku. lagi jaclyn victor. fuhhhh~


Aku dan Duniaku by Noryn Aziz, Adibah Noor & Jaclyn Victor

persembahan kedua pulak

Kurnia by Mizz Nina feat Noh Hujan

persembahan ketiga pula hanya mainan muzik macam violin, guitar dengan seksafon. yang ni memang aku lupa la.

persembahan keempat


Ku Berjanji Karna Cinta by Anuar Zain


Pawana by Ziana Zain

persembahan kelima pulak


Hanyut & Superhero by Faizal Tahir

ok, sampai sini je la. esok aku akan update gambar yang meletupsss u all..huuuu~