24 Dis 2010

etika berpakaian di UiTM

etika berpakaian di sebenarnya dah lama aku risaukan. ye la, nak masuk ipta kan. dulu masa study diploma di kuis memang sepanjang masa berada di kampus kena memakai baju kurung/jubah. but sometimes we break the rules. heee~ still pakai baju kurung, tapi tudung/selendang for masscomm students biasa la dah dianggap suka break the rules kan. kasut pun jarang. kecuali for kuliah we all memang pakai kasut bertutup. for tutorial we all sarung sandal je.

and aku sebenarnya cuak gila ni bab2 etika berpakaian. takut kena saman nanti tak pasal2 pulak kan. so, aku sibuk menggoogle terjumpa blog ni http://fakeassassin.blogspot.com/. details la entry ni pasal etika berpakaian. lagi pun dia pun dapat sambung du uitm. so, aku pun nak share dengan korang semua apa yang patut or tak patut korang pakai. so, incase tak ada la susah sangat. lagi pun style aku memang labuh2 and menutup punggung. tak kuasa mak nak pakai jeans atas tutttttt. asyik2 nak betulkan je. nak cover tu cover ini. kan elok besopan bermanis pakai yang labuh. sekarang ni kan fesyen labuh, for vintage lovers. so, korang bolehla aplikasi style korang, tapi aksesori janganlah melampau. kita kan menuntut ilmu bukannya nak menjaja barang or menunjuk-nunjuk ye tak??

so, ini la yang i nak share dengan korang and peringatan untuk aku...

CIRI UMUM-Bersih, kemas, longgar, tidak jarang dan tidak menjolok mata.

-Tidak memakai topi (cap) dalam bangunan / blok perpustakaan, dewan akademik, dewan kuliah, dewan makan dan pejabat.

-Memakai baju kurung setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM) dan JUMAAT (pelajar bukan Islam digalakkan)

-Hanya dibenarkan memakai sepasang anting-anting atau subang.


BAJU

-Baju tidak jarang dan ketat sehingga menampakkan susuk badan

-Bahagian neck line tidak terdedah

-Lengan panjang sampai ke pergelangan tangan

-Labuh sekurang-kurangnya menutup punggung

-Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar.

SARUNG

-Labuh

-Tidak terbelah

-Longgar

-Tidak jarang

SELUAR

-Longgar dan tidak menampakkan bentuk badan

-Tidak jarang

-Tidak koyak dan bertampal-tampal

-Dipakai dengan baju longgar dan labuh yang menutup punggung
thanks yawww sekali lagi untuk MizahMalic fyi...;))