9 Jul 2010

tangan kiri gatal

hahahahahaha. korang semua jangan salah faham pulak headline ni. ni semua adalah gara2 aku apabila setiap awal bulan akan masyukkkkkkkkkkkkkkkkk!!! yeayyyyyyyyyyyyyyy!!!

tiga hari yang lepas aku telah merancang dengan sebaiknya ekspedisi menghabiskan duit untuk benda yang telah lama aku idamkan. makan hati lama2 kalau tak dapat apa yang aku nak. tapi kena la rajin berusaha kan? kalau tak mana nak dapat beli itu ini dengan duit hasil titik peluh sendiri. rasa best je perasaan itu.

ni semua pun beli kena control juga. tak boleh over budget. mula2 plan nak je makan kat tempat high class. yang sedap2. last2 mekdi je. boleh la. adik tak nak. best juga ada penasihat. kalau tak melabur macam tu je la duit aku. last2 jadi tahi. makan hati lagi.

dan aku mula start mencari benda yang aku idamkan. nak rambang plus rabun mata aku dibuatnya. tapi aku tahan nafsu. tolak jauh2. setan ni asyik jahanamkan duit aku je. tahan2. mula2 cari leather jacket yang macam yuna pakai tu. dua tiga kedai masuk tapi lengan semua pendek. tahan lagi. tengok kedai lain. jumpa pun. and macam2 pilihan ada. tak tahu nak pilih ape. murah lak tu. kt uptown entah pape je. best gak kat sg wang ni. ni pun aku macam jakun je shopping hari tu. its ok la. lagi pun kebanyak kedai owner cina. so, dorang tak leh agak yang aku ni jakun. lagi pun ni atas saranan cik izzah jalidar, bloggers yang best gila. dia la sarankan aku pegi sg wang cari leather jacket yang macam dia adik beradik pakai. memang best la style dorang. suka!!!!!!

kita pun ronda2 lagi cari baju vintage yang jadi trend sekarang ni. aku suka la vintage2 ni. sweet sangat. innocent pun ada. aku cari baju sekali dengan skirt, sebab senang sikit. jimat. lagi pun tak ke nampak pelik kalau aku pakai. sebab ibu agak cerewet sikit bab2 pakaian ni. so, untuk menjaga hati dia, aku beli la yang labuh tutup buntut. leather jacket dah tentu boleh cover lengan aku. so, boleh la sedap sikit mata memandang. tak ada la tercucuk cucuk je biji mata orang lain yang menengoknya kan? buat tambah dosa kau dengan orang tu je.

dah dapat ape yang aku nak, adik aku cadang pergi tempat lain lak. so, aku pun pergi la times square. plan bak cari baju lagi satu, selendang kalau ada yang berkenan and beg vintage. dalam banyak2 ni baju je yang sempat aku beli. selendang dengan beg of course la tak ada yang menambat di hati. so, jimat sikit duit kan. kalah setan. tak berjaya pujuk aku bazir duit.

lepas makan ape semua, plan dengan adik nak ziarah atok dengan ibu di cheras baru. dimana ibu aku temankan atok sementara mak uda balik kampung kat perak. so, aku beli la buah tangan untuk atok, iaitu kfc. atok suka sangat kfc, lagi2 potato wedges. beli satu set snack plate dengan potato wedges. sampai dalam pukul tujuh malam, lepas maghrib aku pun bertolak balik kajang. lepas la aku dapat urut dengan ibu. sebab rindu ibu urut. sedapnya. lega badan. yela, penat kerja kan. tak ada masa nak pergi spa2 ni. cehhh!!!. macam kaya je aku ni nak pergi spa. banyak cantik muka aku. heeeeeeeeeeee~

singgah pula warung nasi lemak belikan adik2 aku yang kat uma tu. kesian kebuluran adik2 aku tu. menunggu akak2nya yang kaki merayap. dari pukul 2.15 dari uma, sampai uma je dalam pukul 9 malam. mana tak kebulur adik2 aku tu. nasib baik dah bekalkan makanan siap sebelum gerak. kesian.

best juga dapat cuti luangkan masa dengan adik2 bawa jalan2 shopping sakan semua. so, lepas ni what the next plan untuk bulan depan. menabung untuk kahwin???....;))