31 Ogo 2009

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!..weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~..thats only the 'word' can i say..terharunya!lagi2 tengok filem HATI MALAYA kat tv1..lagi la bertambah sedih..sedih bukan ape.aku dapat rasa perjuangan Tunku untuk ke London menuntut Kemerdekaan tapi tak ada duit nak pergi ke London.So,rakyat jelata pada yang bersidang pada hari tu,Mala yang berdiri dan bangun menyahut seruan Tunku untuk sama2 mengumpul dana Tunku dan rombongannya ke London..babak ni la yang paling aku rasa semangat 1Malaysia perlu ada dalam diri rakyat Malaysia pada masa sekarang kerana tanpa perpaduan yang teguh 1 negara bangsa tidak akan dapat dicapai jika lapan nilai yang terkandung dalam 1Malaysia tidak diserapkan kedalam jiwa masing2.lapan nilai yang ada dalam 1Malaysia yang patut korang semua tahu dan fahami sedalam-dalamnya adalah ketabahan,penerimaan,pendidikan,integriti,meritokrasi,rendah hati,kesetiaan dan budaya kecemerlangan.

Berikut adalah Perutusan Hari Kemerdekaan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia,pada 30 Ogos 2009 (Ahad),jam 9 malam dimana teks ini dipetik dari laman web 1Malaysia...layari www.1malaysia.com.my...semoga kita mendapat keberkatan dari Allah diatas kurniaan yang diberikan..AMIN..

***Di bawah ialah teks perutusan Hari Kebangsaan yang saya sampaikan sempena 52 tahun Malaysia merdeka.

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN OLEH
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 30HB OGOS 2009 (AHAD), JAM 9 MALAM

Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

1. Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita semua mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T justeru di atas rahmat dan limpah izinNya jua, esok sekali lagi kita akan menyambut hari kebangsaan kali ke-52 dengan tema 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
2. Fifty two years ago, a group of national patriots led by YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj successfully gained this country its independence after nearly five centuries under colonial rule.

3. The post-independent period saw the task and responsibility of determining the direction of this great land once held by colonists pass into the hands of its native sons.

4. With a new government bearing limited administrative experience, amidst the still-unabated communist upheavals, a socio-economic imbalance grew and spread, reinforced by the multi-ethnicity of a young nation, hence many predicted a pending demise of Malaya.

5. Despite the predictions, we have proven the sceptics wrong. In the five decades of our independence we have emerged among the leaders of the developing nations. We became the first country in the world to defeat the communist uprising and brought social justice through a sense of equal ownership within a short period of a mere two generations.

Ladies and Gentlemen,

6. What is this secret formula that drives our success? Certainly and undoubtedly, it is unity amongst our people of various ethnicity and beliefs, based upon a philosophy that celebrates diversity as a source of strength, rather than a point of discord that causes disunity.

7. Sadly, the passing of time has witnessed the bridge painstakingly built by our forefathers now shaken by certain quarters that attempt to disrupt the peace. They have exploited the fine lines that exist in a multi-ethnic society, be it political, religious or social in nature, to serve their own warped agenda.

8. At this crossroads, the biggest challenge facing Malaysians is to restore this bridge and demolish the walls that separate us. At its core, we must continue to manage success, building upon what we have achieved by cultivating the principles we have long nurtured. Let us remember that what we now enjoy might not become better, instead it could deteriorate if neglected. The proof is in the world’s history, where success poorly managed ends in failure.


9. It is true that success does not come easy. Hence, I must remind everyone especially the younger generation that the good fortune we enjoy today did not come without careful planning, efficient implementation and great sacrifice.

10. This success is the result of the great struggles, blood, sweat and tears of our heroes whether sung of or not. It was built by our ancestors. It was defended by our security forces who were ready to give up their lives. It was nurtured by scholars and educators who strove regularly in classrooms and lecture halls. It was enhanced by heroes of the private sector, corporate heroes, hawkers and small entrepreneurs who tirelessly worked for prosperity. Finally, it was catalysed by the dedicated public servants.

11. Clearly, the success and prosperity of Malaysia all this while grew and developed out of the contribution and support of people of all races, all religious beliefs, all walks of life, whether in rural or urban areas, whether the haves or have-nots, old or young. Therefore, I wish to reaffirm that every one of us is given equal opportunity under the Malaysian sky. The only barrier to our individual achievement is the will to succeed, the willingness to work hard, and the courage to take risks.

Ladies and Gentlemen,

12. Above all else, for over five decades Malaysia has faced numerous milestones. All of them were met for better or for worse with a united spirit.

13. Beginning from the bitter chapter of the Bintang Tiga brutality, the monumental need to create meaning to our independence which was gained without bloodshed, through socioeconomic bias, ethnic discord on 13 May ’69, the economic downturn of the 80s and the Asian economic crisis at the end of the 90s. All of these were confronted and all of these we survived. Clearly regardless of our achievements, we cannot afford to rest upon our laurels without striving for more success.

14. With that in mind, in order to ensure a better tomorrow the government has introduced more effective policies that will propel us forward towards becoming a developed nation. At the beginning of my administration I had initiated the 1Malaysia concept based upon the Federal Constitution and Rukun Negara as the foundation for the government’s goals. We do not stop at setting a mission statement, instead we have constructed concrete initiatives. Starting with efforts to overhaul the public service delivery system, promoting the public welfare agenda as a government priority leads to efforts to stimulate the national economy so that continuous prosperity can be enjoyed by the country and its people.

15. In closing, let us reignite the spirit of patriotism by dedicating our efforts unequivocally in the name of 1Malaysia. Let us realise a more prosperous and peaceful future for all Malaysians. Let us ensure the hallowed banner of our Jalur Gemilang flies proud in the eyes of the world. Together, let us pray for this noble journey to continue, blessed and guided by God.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh. Thank You.
2. Lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.

3. Pasca kemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan.

4. Dengan pengalaman berkerajaan sendiri begitu singkat, berlatar belakangkan pula pemberontakan komunis yang masih belum reda, wujudnya ketidakseimbangan sosioekonomi yang meluas di tambah lagi dengan sifat majmuk negara baru, maka banyak pihak kala itu yang meramalkan bahawa Malaya ibarat retak menanti belah dan tidak mungkin berjaya.

5. Namun begitu, kita telah membuktikan bahawa sangkaan tersebut meleset sama sekali. Di dalam tempoh lima dekad merdeka kita telah berjaya muncul sebagai negara membangun yang termaju. Kita telah menjadi negara pertama di dunia yang berjaya mengalahkan pemberontakan komunis di samping kita juga berjaya mewujudkan keadilan sosial dengan rasa kehakmilikan saksama hanya dalam tempoh masa amat singkat yakni dua generasi sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

6. Apakah formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini? Sesungguhnya, tidak lain dan tidak bukan, ia adalah faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan.

7. Sayangnya , masa yang berguling telah menyaksikan jambatan dibina oleh bapa-bapa kita dahulu dengan segala susah payah telah mula digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum sama ada ianya bersifat politik, agama mahupun sosial demi untuk memuaskan agenda sempit mereka.

8. Di persimpangan ini, cabaran terbesar rakyat Malaysia ialah untuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama kita. Pokoknya, kita perlu terus mengurus kejayaan, membina di atas apa yang ada dengan membajai dan menyuburkan kerukunan terpupuk selama ini. Beringatlah, apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik malah akan musnah jika kita tidak berwaspada. Buktinya, lipatan sejarah dunia sarat dengan catatan bahawa kejayaan yang tidak diurus dengan baik akan berakhir dengan kegagalan.

9. Benarlah kata orang, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada semua terutamanya generasi muda bahawa nikmat yang kita sedang kecapi hari ini tidak terhasil begitu sahaja tanpa perancangan yang rapi, pelaksanaan yang cekap dan pengorbanan yang tinggi.

10. Kejayaan ini hasil perjuangan, keringat, air mata dan darah para wira serta para wirawati negara sama ada yang di dendang atau pun tidak. Ia dibangunkan oleh pendahulu-pendahulu kita yang lampau. Ia dipertahankan oleh anggota pasukan keselamatan yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa. Ia disuburkan oleh para murabbi dan pendidik yang gigih berjuang di kelas-kelas dan bilik kuliah. Ia dimakmurkan oleh wira swasta, wira korporat, para penjaja, waima peniaga kecil yang gigih dengan semangat keusahawanan mereka mencipta kemakmuran. Tuntasnya, ia dilincirkan pula oleh para penjawat awam yang gigih berkhidmat.

11. Nyatanya, kejayaan dan kemakmuran Malaysia sepanjang ini tumbuh dan berkembang hasil sumbangan serta dokongan semua kaum, semua penganut kepercayaan, semua lapisan masyarakat, di desa mahupun di kota, yang berada ataupun tidak, tua atau muda. Kendati itulah, saya ingin tegaskan bahawa setiap seorang daripada kita mempunyai peluang yang terbentang di bawah langit Malaysia. Yang membataskan pencapaian masing-masing hanyalah kemahuan untuk berjaya, kesanggupan untuk bekerja keras dan keberanian untuk mengambil risiko.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12. Di atas segala, sepanjang lebih lima dekad Malaysia telah melalui pelbagai detik dan panca peristiwa. Segalanya, dilalui penuh dengan suka duka, pahit manis dan jatuh bangun bersama dalam kemajmukan.

13. Bertitik tolak dari kepahitan mengharungi ganasnya Bintang Tiga, keperluan monumental mengisi erti kemerdekaan bitara yang dicapai tanpa pertumpahan darah, kepincangan sosioekonomi, keretakan hubungan kaum tanggal 13 Mei 69, kemelesetan ekonomi 80an dan krisis kewangan Asia hujung 90-an. Semuanya telah kita tempuhi dan semuanya telah kita redahi dengan jaya. Ternyata walau apa pun, harus diinsafi bahawa kita tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lalu tanpa berusaha mencipta kejayaan-kejayaan baru.

14. Lantaran itu, untuk menentukan hari esok lebih baik dari hari ini kerajaan telah pun memperkenalkan dasar-dasar yang lebih ampuh dan mampu menjulang kita menjadi sebuah negara yang maju. Sebermula pentadbiran saya telah diutarakan konsep 1Malaysia yang berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai teras hala tuju matlamat kerajaan. Kita tidak berhenti setakat penyataan hasrat sebaliknya kita telah mengadakan prakarsa yang konkrit. Bermula dengan usaha merevolusi sistem penyampaian sektor awam, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan perdana membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus merahmati rakyat dan negara.

15. Akhir kalam, ayuhlah kita suburkan semangat patriotisme yang membara dengan mendedikasikan usaha tanpa berbelah bahagi atas nama 1Malaysia. Marilah kita realisasikan masa depan yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia . Marilah kita pastikan panji keramat Jalur Gemilang berkibar megah di persada antarabangsa. Sama samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjukNya jua.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh


Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan...


-

28 Ogo 2009

berbuka puasa

macam biasa setiap hujung minggu,family mak aku akan buat open house untuk berbuka puasa.so,this week uma nenek di kampung cheras baru..

so,esok ada majlis tahlil sekali selepas solat tarawih berjemaah..mak sedara aku ni kalo masak best2 sangat..tu yang tak sabar tu..macam2 ada.setiap family mesti bawa juadah buah tangan masing2,iaitu masak sendiri tau.kadang2 sape yang tak sempat nak buat tu dorang beli..tak kisah pun.janji semua dapat merasa kan?

hmmm..tak sabarnya hari esok..weeeeeeeeee~

ni je la gambar yang sempat aku snap time budak2 ni main2 kat luar,so cute tau.excited gila dorang ni bila nak amik gambar..weeeee~

 
  

27 Ogo 2009

The Real Thing

The Real Thing-Sara Overall

Everytime I see you
my mind runs wild

My eyes wanna see through
what I don't know now

We can touch the other side
if we let go and love will decide

I'm standing between
this world and a dream

But I know,
it feels like the real thing.

I think it's for me
you seem to be
what I want
I'll call you the real thing

Good-bye to the heartache
I've fell through so long

Now I feel the earth shake
'cause I'm where I belong

Now there's nothing left to hide
We'll never know unless we try

I'm standing between
this world and a dream
But I know
it feels like the real thing

I think it's for me
you seem to be
what I want
I'll call you the real thing

Am I dreaming?
Someone pinch me

You're so real
I can't be sleeping

Am I dreaming?
Someone pinch me
You're so real
I can't be sleeping

I'm standing between
this world and a dream
But I know
it feels like the real thing
I think it's for me
you seem to be
what I want
I'll call you the real thing
I'll call you the real thing
I'll call you the real thing

***Lagu ni bestttttttttttttt sangat..weeeeeeeeeeeeeeee~

26 Ogo 2009

relakan saja aku pergi

baru tadi.tadi..aku rasa macam hidup aku terawang-awangan.tapi,aku tak begitu pasti.adakah ia selamanya hanya angan-angan aku sahaja??
Dia..dia berada jauh dari kehidupan di kota.aku,aku,aku masih disini.Dia tidak jemu2 beri kata2 semangat untuk aku.tapi,ini semua tak mungkin terjadi.apa yang kita harapkan tak mungkin berlaku sama sekali.aku dan dia perlu menempuh realiti.realiti yang tidak mampu dia dan aku harungi.tak mungkin sama sekali.hanya aku yang tahu semua itu..aku tak mampu lagi..
berterus-terang adalah maksud yang begitu mendalam.malah ia boleh mematikan jiwa seseorang itu.aku perlu lakukan semua itu.dan telah aku laksanakan amanat itu.perit hati ini untuk menerimanya apa yang telah terjadi.dia juga menyedari tidak mungkin ada harapan antara aku dan dia.malah lebih kuat tidak seperti yang dijangkakan.
 Dia..penghalang dan perbezaan bukan baginya.dia juga percaya cinta yang dicurahkan selama ini bukan hanya untuk hari ini,minggu depan mahupun bertahun-tahun lamanya,tetapi SELAMANYA..benar..hanya Tuhan yang dapat memutuskan semuanya.hendak percaya kata hati akan binasa diri sendiri.biarlah aku bersendiri buat sementara dari melukakan hati semua orang yang aku sayangi..
 namun..aku cuba fahami apa yang terjadi di sebalik semua ini..adakah ia ada hikmah disebaliknya???Ya Allah..berikanlah hambamu petunjuk..
***Pertanyaan Untuk CINTA...

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.



Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
Namun hakikat CINTA yang sebenar adalah CINTA kepada Pencipta dan RasulNya..
Kebahagiaan Dunia & Akhirat pasti menjadi milikmu dengan rahmat-Nya
Kerana itulah janji-Nya yang benar  yang pasti akan dikotakan..
Bekalkanlah iman dan taqwa sebagai bekal bagi memberati neraca timbanganmu
Untuk mengharap sesuatu yang kita sendiri belum lagi pasti baik atau sebaliknya
Sebagaimana CINTA yang kita dambakan atas makhluk diatas dunia yang fana' ini..
CINTA???
Seorang bijak pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri...tidak mengikut hawa nafsumu...kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya.. "
* kenali hakikat CINTA itu, sememangnya CINTA itu tersangat indah..

 

25 Ogo 2009

tension!!!!

argggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

KORANG SUME TAHU TAK MACAM MANA NAK BAGI PROFILE2 KORANG SUME LEH TIMBUL KAT FOLLOWERS KAT BLOG AKU NI?AKU TAK TAHUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU..SILA LA BANTU SAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..........e-mail(myboo_eris@yahoo.com).TOLONGGGGGGGG...!!!

24 Ogo 2009

Seadanya aku...



Seadanya Aku>>Nubhan

Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

***Lirik amat mendalam bagi aku..

23 Ogo 2009

Akan Datang!!!

weeeeeeeeeeeeeeee~

korang nak tahu apa yang bakal menjelma kat blog aku ni?

korang nantikan pada selepas raya tahun ini..

satu pembaharuan akan berlaku..

nantikan kemunculan kami..

weeeeeeeeeeeeeeeee~

22 Ogo 2009

buka puasa..weeeeeeeeeee~

hari ni baru je lepas buat almond london..tapi belum salut choc lagi..yippi!!kesemua badam telah dihabiskan.seronoknya!hmmmmm..takleh nak seronok2 lagi sebab kena buat almond london yang berbentuk bulat pula.yang da habis buat tu berbentuk bujur ya pak..kui3.untuk pengetahuan u all..i start buat2 ni dari pukul 9 pg sampai pukul 2 ptg.kira pecah rekod jugak la.mana taknya.selalu muka pukul 9 pg lepas pukul 2 ptg tak siap2.buat kerje depan tv.alamat mata kat tv je la bukan fokus kt almond tu.mak da bising.kerje lambat siap.weeeee~esok pula tak paln lagi nak buat biskut ape.mak tak bagi tahu lagi.

korang buka puasa kat mana hari ni?selalu mula2 puasa ni ramai yang makan kat luar.maybe ada yang malas nak masak.so,buat tempahan kat mana2 restoran,da nak dekat buka puasa baru bertolak.makanan dan minuman sudah sedia terhidang.or beli je kat bazar ramadhan tu lauk yang da siap.lepas tu masak nasi je.lagi senang.selalunya bagi family aku,mak aku la,dia sibuk buat tempahan biskut raya.sampai makan buka puasa pun ala2 kadar.but,tiap2 tahun jugak kitaorang adik beradik memang kaki pergi bazar ramadhan.yela,da tolong2 mak,mak kita bagi la beli something.n then yang selalu kitaorang beli nasi ayam madu,kadang2 ayam percik,laksa,taufufa,air soya ke,char kue teow ke,kuih bakar ke,itupun kadang2 je tau.jangan nanti bulan puasa kita jadikan tabiat membazir pula.kalo makan habis takpe.

hari ni or setiap weekend family mak aku memang tiap2 tahun bulan puasa akan adakan berbuka puasa dirumah masing2.so,this week,family makteh aku di selayang.hmmm..nak ke selayang mesti la kena bertolak awal kan?jalan menuju ke selayang memang jem teruk.lagi2 di persimpangan ke pwtc.maybe dari kajang bertolak dalam pukul 5.45 ptg or tepat pukul 6 ptg ke.bukan ape.takut tak sempat berbuka.kalo nak berhenti stesen minyak pun da membuang masa ye tak?so,kena la buat perancangan awal.contoh macam bawa la bekalan air masak dengan kurma di dalam kereta.so,takdela terlambat nak berbuka kan sementara sampai ke rumah makteh.

hmmm..menu yang selalu dihidangkan family makteh memang dahsyat2.ada masak ketam la,ayam madu la,tapi memang sedap la.lagi satu menu wajib sandwich hotdog bersalut roti tepung.memang kaw la rasanya.sedap gila.fuhhhhhhhhhhhhhh~da la..da mula lapar kang asyik cite pasal makanan je..

ok..tu saja.bye2..

21 Ogo 2009

fuhhhhhhhhh!!lega...tapi???

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!alhamdulillah,da habis pun..penatnya dan sampai luka2 jari jemariku memarut nenas lebih kurang dalam 40 biji.setiap sebiji dibelah 4 keping ok.so you all bayangkan betapa banyaknya keping2 tu.lepas parut kena dituskan sebab air nenas kita taknak ye puan2.yang mana keping2 nenas yang da parut tu takkan nak parut sampai habis.putus jari wey.so yg kecik2 kita potong menjadi kiub kecil2 untuk diblend menjadi halus sebelum dituskan lagi.hmmm...nasib baik ada adik2 lelaki aku ni walaupun buat kerje separuh jalan.excuse sebab mengantuk la,luka jari la..kena paksa gak buat sampai habis sebab masing2 da advanced duit upah awal2 lagi.so,kena tolong la.nak buat macam mana kan?

kejap lagi proses masak nenas2 ni pulak.hmmm..dalam satu periuk yang ala2 masak rendang gitu you all.penat tau nak mengacaunya.bayangkan kalo da campur gula,daun pandan dan macam2 lagi la.mestila berat kan?Ya Allah,hanya Tuhan je yang tau.dengan sebelah tangan je nak mengacau nenas ni.gerenti lenguh beb.lepas masak terus pengsan.

macam ni la proses2nya sebelum menjadi inti nenas untuk buat biskut tart nenas.hanrganya 50 biji dalam satu balang rm 18 ringgit.tetapi,kalo sesiapa yg pernah pergi makan kt restoran haslam di jalan pahang berdekatan dengan hospital tawakal mesti ada nampak dijual disitu ye.

parut2 akibat memarut nenas tanpa pakai glove memang sakit tak terhingga.kalo kena air nenas tu memang kaw2 sakit la.lepas da kena baru nak pakai.sampai mak bising2.tu la ibu cakap tak dengar.bukan apa mula memang tak terasa.mungkin da lama2 setiap keping nenas tu kan ade lubang2 tajam tu..tu yang kena kat jari2 aku ni..

hmmm..k la..nak makan ni.lapar la pulak.memang la.da tengah hari..weeeeeeeeeeeeeee~

suka sangat-sangat!!!

Untuk pengetahuan semua kawan-kawan,korang da tengok filem hollywood yang terbaru (G.I JOE: THE RISE OF COBRA)..??



Filem tu memang best dan suspen gila.sampai aku kat dalam panggung tu asyik 'wow' je keje.yela,aksi yang dipaparkan memang mendebarkan.sampai korang akan panas punggung nak tahu aksi-aksi yang selanjutnya..walaupun aksi-aksi tu memang CGI..tapi aku tak boleh nak describe sebab aksi-aksinya memang cun habis la..

Tapi pada awal penceritaannya memang da cukup membuatkan jantung aku asyik berdebar.macam aku berada di dalam situasi filem tersebut.percayalah..korang baca la sinopsis filem tu kat bawah ni..mesti teruja la..sampai adik lelaki aku yang pergi tengok filem 'SETEM' semalam melahirkan rasa tak syok la..yela,dia dengar je cakap kawan-kawan dia yang dorang cakap filem tu best..actually tak tahu la best ke tak up kat korang la..dia cakap rugi aku tak suruh dorang tengok G.I JOE..aku cakap la..ala lain kali ko tengok la..tak lari pun filem tu..tup2 kuar VCD..hah,hari2 leh tengok tak gitu?


Sinopsis(G.I JOE: THE RISE OF COBRA)

The film opens in France, in 1641. The Scotsman Klan McCullen has been accused of selling weaponry to both the Scots and French. Rather than being executed for treason, the jury brands his face with a white-hot mask in order to humiliate him. In the near future, weapons expert James McCullen (Christopher Eccleston) has created a nanotechnology-based weapon capable of destroying an entire city. His company MARS sells four warheads to NATO, and the U.S. Army is tasked with delivering the warheads. Duke (Channing Tatum) and Ripcord (Marlon Wayans) are delivering the warheads when they are ambushed by the Baroness (Sienna Miller), who Duke recognized to be his ex-fiancee Ana Lewis. Duke and Ripcord are rescued by Scarlett (Rachel Nichols), Snake Eyes (Ray Park) and Heavy Duty (Adewale Akinnuoye-Agbaje). They take the warheads to The Pit, G.I. Joe's command center in North Africa, and upon arriving rendezvous with General Hawk (Dennis Quaid), the head of the G.I. Joe Team. Hawk takes command of the war-heads and excuses Duke and Ripcord, only to be convinced to have them join his group after Duke reveals that he knows the Baroness.

McCullen is revealed to be using the same nanotechnology to build an army of soldiers with the aid of the Doctor (Joseph Gordon-Levitt), planning on using the warheads to bring panic and bring about a new world order. Using a tracking device, McCullen locates the G.I. Joe base and sends Storm Shadow (Lee Byung-hun) and the Baroness to retrieve the warheads with assistance from Zartan (Arnold Vosloo), inflicting casualties on several G.I. Joe soldiers. After a fight, Storm Shadow and the Baroness retrieve the warheads and take them to Baron DeCobray, the Baroness's husband, for him to weaponize and use them to destroy the Eiffel Tower to serve as a showing of the warhead's destructive power. Making their way to Paris, the Joes pursue them through the streets but are unsuccessful in stopping them from launching the missile. Duke manages to hit the kill switch, but in doing so he is captured and taken to McCullen's base under the Arctic.

G.I. Joe locates the secret base and fly there as McCullen loads three missiles with nano-mite warheads. After Snake Eyes takes out one, Ripcord pursues the remaining missiles in a prototype Night Raven jet while Scarlett and her group infiltrate the base. While Scarlett and Snake Eyes attempt to shut down the Arctic base, with Heavy Duty leading an attack on Cobra's forces, Duke learns that the Doctor is Rex Lewis, Ana's brother believed to have been killed on a mission led by Duke four years ago. He was trapped in a bunker with Doctor Mindbender (Kevin O'Connor), disfigured in the blast which everyone presumed had killed him. The Baroness tries to free Duke but the Doctor reveals he has implanted her with nano-mites which has put her under his control for the past four years, admitting his amazement that she is resisting the programming. Attempting to kill Duke, McCullen ends up being facially burned as he flees with Rex to an escape vessel. Duke and the Baroness pursue him while the Joes fall back when Rex activated the base's self destruct sequence.

Rex then heals McCullen's burned face with nano-mites, encasing it in silver as he christens McCullen "Destro" and assumes the identity of Cobra Commander before they are captured by G.I. Joe soon after. On board the supercarrier USS Flagg, Baroness is placed in protective custody until they can remove the nano-mites from her body. Meanwhile, Zartan, having been earlier operated on by Rex, infiltrates the White House during the missile crisis and assumes the identity of the President of the United States.


Dan watak yang paling aku suka dalam filem ini boleh dikatakan semua yang aku suka..tetapi watak yang paling aku ingat ialah 'Baroness'(Sienna Miller).Dia ni memang kejam habis la.Lagi satu 'Storm Shadow'.Ni lagi ganas gila..

So,apa lagi korang pergi la tengok..jangan tak tengok..weeeeeeeeeeeeee~

20 Ogo 2009

rabu yang boring!!

Pukul 6.50 pagi macam biasa bangun solat subuh.lepas solat tidur kejap.pukul 8.30 pagi bangun lagi hantar adik aku pergi tempat praktikal.today dia tak bawa motor.dia sleepover kat uma member dia coz ada birthday party dengan member2 dia.

Lepas hantar aku beli sarapan nasi lemak lauk ayam rendang kat kawan mak aku.harganya rm 2.50.boleh tahan sedap la jugak.habis aku makan.lepas makan,aku kena basuh kain.everyday.lepas spin mak aku yang jemurkan.sebabnya mak aku da bagi tahu awal2 yang dia suruh aku tolong basuh kain sebab dia kene gentel2 tepung dengan badam untuk almond london.so,da dekat 2 minggu nak raya takdela kelam kabut kan?time tu nak celup coklat,time tu baru nk buat biskut.tak menyusahkan badan namanya?

Hmmm..lepas mandi,tengok tv jap lepas memang la mengantuk gila.sebab ape?ye la,pagi2 da kena bangun..kui3.so,time2 macam ni la elok tido.padahal time tu da pukul 10.30 pagi aku da landing atas katil.mula2 cadang nak baca majalah remaja yang baru beli pagi tadi.hmmm..haram.baru baca cover depan je,mata pun lelap sampai pukul 12.15..mak da sibuk bising2 suruh bangun pergi pasar beli lauk untuk masak tengahari.so,aku pun bangun dengan penuh segagah yang mungkin takut jatuh terjelopok lak kang.yela,tidur membuta sampai ke tengahari.mahu mak aku tak bising.hehe.macam mana la aku ni.umur da meningkat.kang takde sape nak pinang aku nanti.kui3..

So,aku pegi la pasar beli ape yang mak aku suruh.aku beli bayam,kepala setengah,dengan ikan kembung 2 ekor.balik je aku terus rendam sayur,siang ikan,blend santan.lepas masak2 semua,perut pun da kenyang aku pun terus solat.boring pulak.aku belek majalah remaja yang aku memang tak sempat nak baca tadi sampai la aku lentok lagi.tak habis2 membuta je keje aku ni.weee~

Tapi kalo diikutkan kalo korang ditempat aku mesti lagi boring gila kan?da la kawan aku dari convent school ramai yang da lost contact.ni pun ade gak la yang still lagi keep in touch.nasib baik.

Hmmm..ok la.nk tidur ni..tidur lagi.k..papai..nite sume!!luv ya...