23 Jul 2010

Lagenda Budak Setan

mula-mula sekali aku nak update pasal peristiwa yang berlaku semalam. yup. dah masuk 23/7 masa aku tulis blog ni. so, the first is, sampai je aku di mid valley dalam pukul 5.40 petang. aku berfikir samada aku nak melantak ataupun shopping some underwear for me. jalan punya jalan masuk ke metrojaya ke parkson? entah, lupa. keluar balik. dalam kepala fikir nak singgah mph bookstore belek novel, majalah ape yang best.

sekali aku jalan ke bahagian novel dan aku terus teringatkan tentang novel 'Lagenda Budak Setan' yang aku teringin sangat nak beli. tiga hari lepas iaitu hari isnin, aku cuti masa tu. pergi mph bookstore. rak bahagian novel gak. tiba-tiba aku terdengar dua orang budak lelaki sedang sibuk membelek novel LBS tu. aku pun pasang la telinga ape yang diaorang borakkan. yang satu cakap, 'eh, lagenda budak setan la'. yang dua tu, 'ala, kan dah tengok kat wayang, buat ape nak beli'. so, aku pun, yeayyyyy!! tapi, aku tunggu dulu. buat-buat tak berminat nak beli. beli novel lain.

so, hari ni aku ke mph, alhamdulillah, cari punya cari jumpa jugak novel LBS tu. Alhamdulillah. teringin mengidam semua ada la sejak aku tengok LBS ni kat wayang. aku dan jatuh cinta dengan cerita ni. dulu aku mana la fanatik sangat membaca novel ni. lima tahun lepas je baru minat membaca novel tu mula berputik sedikit demi sedikit. lama-lama dah ketagih. sekarang ni tak sampai satu bulan dah dua buah novel aku beli. maknanya dalam sebulan aku anggarkan dan asingkan duit untuk membeli dua buah novel nanti.

untuk yang terbaru, pada bulan ramadhan korang semua boleh la mencuri sedikit masa untuk menonton drama bersiri LBS ni di Astro Prima nanti. waktunya pula yang paling afdal sekali. tidak mengganggu waktu kita bertawarikh. macam tahu-tahu je kan?

ni jadual tayangan:

Lagenda Budak Setan
Tarikh: 10 Ogos 2010
Siaran: Astro Prima
Jam: 10.30 Malam

ni cover untuk novel LBS. edisi terhad ni.


ni di bahagian dalam cover.


*tak sabar siot nak baca. aku sebenarnya still blur lagi dengan LBS ni. ye la. aku memang tak pernah langsung baca novel ni. nak pinjam tak tahu menahu member-member zaman sekolah dulu ada novel. dalam filem je la aku tengok. faham dengan lebih mendalamnya tidak. pernah dengar je. tapi tak ambil pusing.

so sekarang semua dah ada, ko tunggu eh LBS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! can't wait!!!!!!!!!!!!