24 Sep 2009

macam macam ada di hari raya

hari Ahad yang aku nantikan telah pun datang.pagi2 mak aku kejutkan lebih kurang pukul 6.30 pagi untuk bersiap-siap pergi rumah atok di Cheras..macam kebiasaan kami sekeluarga di pagi raya akan beraya di Cheras dulu..lebih kurang 7.30 pagi lepas bersiap-siap apa2 yang patut sementara menunggu adik2 lelaki aku yang terhegeh-hegeh bersiap,ibu dan baba da get ready kat kerusi untuk sesi bermaaf-maafan.macam kebiasaan kami sekeluarga akan bermaaf-maafan dahulu.lebih kurang pukul 7.45 pagi kami bertolak.sampai di kampung pukul 8.20 pagi

sesampai je di kampung lepas salam bermaaf-maafan dengan atok serta mak sedara kitaorang pun breakfast la dulu sebelum pergi sembahyang hari raya..nak dipendekkan cerita lepas solat,ziarah menziarahi sanak saudara kami sekeluarga sampai di rumah lebih kurang pukul 10 malam..da penat semua samapai teus tidur sebab esok kami sekeluarga akan pergi bercuti di Penang..

Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami bertolak ke Penang..almaklumlah kalau da penat memandu mesti la singgah di hentian rehat kan..kami singgah di hentian sebelah simpang pulai..lepas buat apa2 yang patut,tiba2 bapak aku nak start kereta tak boleh.so bapak aku da cuak..start punya start pun tak leh start jugak..adik aku bagi tahu la yang bapak aku terus matikan enjin kereta sebab selalunya bapak aku akan membiarkan enjin tu sekejap sebelum off enjin tu..aku pun menyampuk maybe enjin tu TERKEJUT sebab tiba2 tuannya matikan enjin terus..so nak start pun tak boleh la jadinya..lebih kurang setengah jam jugak la kami sekeluarga di hentian tu tanya punya tanya mula2 kat yang servis kereta bapak aku dia cakap maybe wiring tempat duduk belakang..bapak aku mula2 da agak..so call paksu,paksu pun cakap benda yang sama..bapak aku tanya kitaorang semua fikir la balik semula jadi ke nak pergi Penang dengan keadaan kereta macam tu..mak aku cakap diam je..bapak ko tu memang cepat cuak..so bapak aku try sekali lagi start enjin boleh la pulak..kami sekeluarga pun bertawakal la supaya takde pape yang terjadi dalam perjalanan ke Penang nanti..bapak aku ambil langkah berjaga-jaga dengan memandu di lorong kiri..

Lebih kurang 8.30 malam kami tiba di Butterworth,Penang..sebab atas cadangan bapak aku yang tahun lepas da pergi ke Penang..so tahun ni kami sekeluarga bercuti di Butterworth sebab mak aku jugak ramai kenalan di sini katanya..kami bermalam di Hotel Palm Inn di Bagan Luar area terminal feri..

Pagi keesokan harinya kami ke terminal feri untuk beraya di rumah uncle Shidee di Teluk Bahang..sesampai kami di Teluk Bahang rumah uncle Shidee,lepas bapak aku matikan enjin kitaorang masa tu da masuk dalam rumah uncle Shidee and then uncle Shidee minta tolong alihkan kereta bapak aku ke belakang sedikit..malang tak berbau,kereta bapak aku buat hal yang sama ketika di hentian pulai..nak dipendekkan cerita uncle Shidee tolong carikan foreman untuk servis kereta bapak aku..so aku dengan adik2 aku ikut uncle Shidee ke pantai untuk mandi laut.tapi uncle Shidee cadangkan kami pergi ke Monkey Beach dengan menaiki bot..kitaorang punya la seronok tak expect pun nak naik bot dalam perjalanan ke Monkey Beach..



 

 

 

 

 

 


semalam masuk ni da masuk hari khamis kan?sekarang pukul 1.02 pagi..semalam (rabu) kami sekeluarga baru balik dari Alor Star,Kedah..rumah maksu baba aku.sampai rumah lebih kurang pukul 9.00 malam.sepatutnya sampai awal sejam ke rumah,memandangkan adik lelaki aku yang ketiga dia da janji dengan Syafiq,anak Datuk Yusof Haslam untuk sleep over kat rumah dia so kami sekeluarga pun pergi hantar di kat Taman Melawati..sampai je lebih kurang 7 lebih la..lepas hantar je baba tanya ibu nak pergi minum dulu ke.ibu pun jawab suka hati la.so baba decided nak pergi minum kat tempat makan area Taman Melawati kalau tak silap di gerai Hainan Nasi Ayam Makcik Halimah kot..kami sekeluarga ni da bukan setakat minum,ni da makan malam sekali..tengok jam lebih kurang 7.30 malam..lepas order pape yang patut,habis makan lebih kurang pukul 8.00 malam terus bertolak pergi stesen Petronas untuk solat Maghrib dulu sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kajang..

16 Sep 2009

berbuka di mana???

salam

esok adalah kami 1 family berbuka puasa di luar..except my mother she's is not come along..

di mana???Restoran Haslam>>Masakan Melayu Tulen..memang tulen you all.memang shedappp sangat2..rugi tak datang merasa makan makanan lat sini..

wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~can't wait..:P

15 Sep 2009

mengira

lamanya tak update

ini semua gara2 tutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt la..

arggghhhhhh!!!

aku dengan adik aku alia yang TERPAKSA menanggung semua kesalahan yang diaorang dah lakukan

hari ni baru la aku terlepas dari seksaan

sengal!!!

aku tak sabar mengira-ngira ni

maknanya lagi 2 hari aku kena struggle buat tempahan biskut raya

esok pagi2 da kena buat ubtuk siapkan mana biskut yang tak siap lagi

jumaat ibu kata nak shopping

but actually its not for me la of course

for HIM>>ibu

i da selamat,hari ahad 1 hari aku dengan alia shopping di jalan tuanku abdul rahman,maju junction,sogo and lastly kitaorang pergi times square..

see..banyak sangat kan tempat kitaorang pergi..tapi semuanya tak berkenan..benda yang sama jugak..

mula2 plan pergi jalan TAR,sogo,maju junction dengan mid valley lepas tu terus balik rumah naik bas naik ktm baru naik bas tunggu kat stesen bas kajang

but baba suggest suruh kitaorang berbuka kat restoran haslam after shopping

but,aku suggest lain lak yang kitaorang berbuka kat times square..buang masa sementara tunggu berbuka puasa selama 1 jam melepak di borders dan langsung tak beli pape sebabnya takde novel yang terbaru..

so kitaorang plan nak berbuka kat Mcd tapi tak jadi,time tu dalam 6.30 petang confirm da penuh takde tempat nak duduk

so kitaorang mula pergi kat Banana Leaf tengok menu macam takde yang menarik so tukar fikiran pergi kat Station Kopitiam akhirnya..

mula2 lagi aku suggest la nak pergi berbuka kat Rasa Utara tapi tak jadi sebab da penuh dengan reserved..

hmmmm

mengantuk sangat

nak tidur la

esok update lagi ye

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!

9 Sep 2009

gila

fuhh!!macam da lama je tak update blog aku ni.sibuk sangat membuat tempahan biskut raya yang makin hari makin banyak.dush!!!amik ko..wuhuuuu~

korang nak tahu tak?lepas je bersahur dan selepas je aku habis basuh pinggan sementara tunggu mak aku habis ambil wuduk kat toilet,aku macam biasa la kemas pape yang patut.aku tutup la lampu dengan kipas kat ruang tamu.lepas tu aku nak masuk bilik buang tisu yang aku da lap mulut.sekali korang tahu apa yang aku nampak.sekali pandang macam hantu(pakai telekung).rupanya adik aku alia dia tengah solat.gila!!!mahu tak terjerit terlolong aku.solat dalam gelap pulak tuh.tambah2 lagi aku tutup lampu kat ruang tamu.hah!!amik ko..ni gara2 aku tengok cerita kuntilanak la ni semalam kat tv2..mahu tak pengsan aku pagi2 tadi..

cerita pasal menu berbuka puasa aku hari ni sebenarnya tak banyak sangat yang dibeli kat bazar ramadan..cuma hari ni malas gila nak keluar beli makanan kat bazar tu.kebetulan pulak semalam barang2 yang aku beli kat tesco memang nak dimasak untuk berbuka puasa hari ni.so,aku prepare la segala bahan2 yang nak dimasak supaya takdela kelam kelibut kan nak cari barang yang perlu digunakan nanti ye tak?

dan menu yang aku masak adalah siakap stim masak limau dengan kerabu ayam.perggggghhhh!!!wa cakap sama lu olang.memang shedap wooo~sampai adik2 aku meratah segala kuah kerabu dengan siakap stim tu..dengan berkat pengalaman aku belajar memasak ala2 tomyam kat restoran haslam akhirnya membawa hasil untuk family aku.yang family aku dapat la merasa apa yang aku belajar memasak selama 3 bulan aku praktikal dengan kerja part time kat restoran haslam.

ni la antaranya menu tersebut yang tak seberapa walaupun tak jelas la sangat.kalau nak resepi just e-mail je kat link ni okey ye kawan2.jangan segan2 okey..myboo_eris@yahoo.com

 
siakap stim masak limau

 
kerabu ayam

7 Sep 2009

berbuka puasa

semalam,hari sabtu bersamaan dengan 15 september 2009 adalah giliran rumah aku pula untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk sedara-mara aku.juadah kami sememangnya simple tapi sedap..soal rasa lidah tak boleh bohong..weee~promote iklan mee sedap jap..huhu.so,aku,ibu dengan baba pergi la pasar kajang.actually da terlalu lambat pergi pasar kajang yela,dalam 11.30 baru la nak keluar dari rumah.nasib baik la ibu sempat habiskan bakar biskut samperit.kang sape la yang nak tolong tengokkan..kain jemuran da sempat dijemur.takde la kelam kelibut nanti kan?

menu yang disediakan oleh family kami adalah kerabu pucuk paku,ikan siakap dengan bawal sweet sour,grill chicken,udang masak lemak,tempe goreng cicah cili kicap..yang lain macam air makteh aku bawak,juadah kuih muih mak sedara aku yang lain2 yang bawakkan.macam2 la..tapi janji habis kesemuanya..alhamdulillah.tiada berlaku pembaziran.tapi yang have fun sekali time grill chicken depan rumah.sampai jiran2 aku semua pandang2..segam siot!!mana taknya..asap berkepul-kepul.yang taukeh masak2 ni member adik aku,ace..dia ni pro dalam menggrill..

 
yang sibuk renjis2 ni adik aku yang ke-3..sekali pandang aku memang nak lempang dia ni..*geram tengok gaya renjis2 tu..takleh blah..
  
baju hitam tu adik aku,baju hijau tu Ace,member adik aku,belakang tu pulak tokmak aku,baju putih ni lak bapak aku..
  
the style pro of grill..pro la sangat..
 

 yummm2..

6 Sep 2009

meronggeng di metro kajang

selepas berbuka puasa,aku plan nak pergi kajang saje2 tengok pape yang patut.so,aku cakapla kat mak aku,'ibu,kaklong nak pergi kajang la.boring duduk uma.saje nak jalan2'..pastu mak aku bagi la 'green light' kat aku tapi dengan syarat beli makanan..itu sudah semestinya kacang saja..so,lepas solat aku siap2 sementara tunggu adik aku mandi.dalam 8.15 malam kitaorang bertolak.

mula2 pergi bank dulu cucuk duit.mana la nak korek kang belanja kejap lagi ni ha.lepas tu kitaorang singgah kejap la pergi beli makanan kat mak aku ni ha.makan je kejenya.memang patut pun.penat seharian seh mak aku dengan aku buat biskut raya.boleh tahan banyak jugak la tempahan tahun ni.pukul 6 petang baru habis kerje.huish!penat beb..dari pukul 9.30 pagi tu..pastu aku saja la cari pasl dengan mak aku cakap nak meronggeng konon la malam ni.mak aku da sibuk2 tanya,'ko tak penat ke'?ala..kejap je bu..saja nak tengok2,usha2 dulu..kang senang nak budget.

lepas tu aku dengan adik aku pergi la metro kajang.parking motor da amek masa..adik aku ni ha tak reti nak kunci tempat duduk tu lepas gantung helmet.aku lagi la tak reti.motor baru la katakan.susah sikit nak meronggeng ke sana sini.mampus nak kena sound dengan bapak aku ada la.nasib baik da minta permission.dan lagi2 aku suka sebab ada kunci khas motor tu..tu yang aku suka sangat nak keluar malam.kat kajang ni memang gila angkut motor yang tak berkunci.ketat siot rule kat kajang ni.silap2 hari bulan takut motor aku lak yang kena..mampus aku!

aku usha la kot2 ada baju yang aku berkenan.takde satu pun.tapi da la jugak.tapi harganya mahal gila.rm 200 lebih.tapi baju tu ala2 datuk ct..aku memang plan raya tahun ni nak pakai style macam tu.tapi aku rasa tak payanh beli lagi.aku just tengok2 je mana yang berkenan.pape ahad depan mesti pergi KL dulu.kalau takde yang berkenan di hati barulah shopping di kajang.

3 Sep 2009

takde benda

hari ni takde special kes nak diceritakan kat korang semua.sebab ape??penat gila 1 hari buat biskut raya..tempahan banyak gila nak mampus.jangka habis siap pun maybe 2 3 hari lagi nak raya baru siap.aduh..malam raya terbongkang la aku..

tapi tak apa,shopping raya mesti diteruskan..buat2 jugak biskut raya kan.first raya mesti melaram la.bila lagi nak melaram.raya kedua memang malas la aku ni kan nak melaram-laram ni.sebab raya kedua mesti family pergi holiday kat mana2 la.sebab tahun lepas di penang.tahun ni pulak maybe kat langkawi.hah,tu dia,langkawi,cek nak mai da ni..tunggu sat na.nanti raya kedua kami 1 family hambat pi sana..tu dia..

k la..bubye..assalamualaikum..:)

2 Sep 2009

kereta idaman

memandangkan tajuk entry kali ni mengenai kereta idaman,okey aku nak cite sikit pasal kereta idaman aku selama ni.takdela selama ni pun.okey mula aku suka gila kat kereta Toyota Harrier sejak aku form 1 lagi.entah macam mana aku minat pun tak tau.ada sebab2 tertentu yang tak dapat aku nyatakan.kalau ikutkan style kereta tu ada sikit2 macam sporty car,walaupun saiz kereta tu besar kan.tapi colour kereta ni yang membuatkan aku tertarik,maybe lain dari yang lain.

 
Toyota Harrier Hybrid 
lepas tu minat aku terhadap kereta semakin mendalam sejak aku menonton filem Evolusi KL Drift 1.aku tak tahu macam mana nak cakap.tapi memang aku suka semua kereta dalam filem ni.lagi2 kereta yang Sha (Fasha Sandha) pakai iaitu Rx7.lepas tu dengan kereta Joe (Aaron Aziz) lagi power beb..fuhhh!!..mengancam beb!terangkat aku nak buat rodeo tu semua.drifting dia lagi membuatkan aku ni nak sangat kereta tu.tak sabar gila lak aku nak tengok filem Evolusi KL Drift 2 nanti.tengok gambar dari blog anak bongsu Datuk Yusof Haslam pun aku da mula rasa panas punggung.kalau korang rajin klik la kat blog ni http://syafiqrevolution.blogspot.com..so,ni ada sedikit gambar yang aku petik dari blog syafiq ni,laman web rasmi bagi EKLD2 iaitu korang klik kat http://evolusikldrift2.com, http://gabanblog.blogspot.com dan google untuk tatapan korang semua..
 
 
ni la kereta yang dimaksudkan (EKLD1).yang kuning tu kereta Joe dan yang hitam ni lak kereta Zack.
 
 
ni pulak kereta Sha (EKLD1).tapi separuh je yang boleh nampak.tapi kalo korang nak tahu macam mana kereta tu rupanya jugak belila cd yang original ok?
***EKLD2

 
  
  
  
  
  
  
perrrrghhhhh!!!TAK SABAR SIOT NAK TENGOK FILEM NI!!!..SUMPAH TAK TIPU..HIDUP FILEM MALAYSIA..weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~
 


 
 

1 Sep 2009

bersama kita renungkan

***bersama kita renungkan..


Lirik Lari - The Fabulous Cats ft Kombat

Chorus

Lari lari lari aku lari
Lari lari lari dari mimpi
Lari lari aku lari dari sepi
Biar ku sendiri
Biar ku sendiri
Menganggung sepi menghilangkan diri
Menenangkan hati meneruskan mimipi
Menebus kembali
Maruah diri

Rap 1

Dia buluh yang tak dilentur
Penagih kasih sayang harapan sipenghuur
Didikan tiada dari orang tua nya
Rangkaian kaca jahudi menemani jalan hidup
Dia dah kenal cinta
Dia mula dah suka
Sudah berteman teman
Sudah berpegangan tangan
Cuba ringan ringan dah sampai nak ke lengan
Suka sama suka hina dosalah santapan
Dinoda goda tiba tiba duka dah diduga dah berbadan dua
Mana angkara hilang tah kemana terpinga pinga bencana menimpa
Tersorong sorang orang tua meradang tangan melayang menayang tak henti memanjang
Tiada memandang tiada dahu disandang
Terkapai duyong meraba capai baying dayung

Verse

Salah siapa salahkah kita
Salahkah aku atau kamu
Siapa ditanggung
Siapa mengendung
Siapa menanggung yang dikendung

Chorus

Rap

Sayang sayang kan dah jadi nangka
Taburan kertas kemewahan menelan simanja
Pinta papa saja papa hidangkan ya
Destinasi mana mama turutkan juga
Didikan cukup disediakan dengan sempurna
Cuma papa mama lupa nak ada bersama
Anakda merana ketagih belaian jiwa
Mengemis kasih saying bibik teman saudara
Tak cukup rasa memang tak serupa
Berkenalan pula dengan kokaina
Khayal khayalnya kebas sentiasa
Diampunya itu lah cintanya
Jamah jamuan santapan harian
Gigilan badan bagaikan taufan
Terlantar telanjang dikamarnya samar
Terpejam dia pejam tercerai dari badan

Verse

Chorus

Brigde

Berbagai cara untuk meneruskan
Perjalan yang tiada akhir
Aku sendiri mencari jalan pasti
Biarpun ku pun berlari pastikan ku temui
Berbagai cara untuk meneruskan
dosa dosa yang tiada henti
Aku sendiri meraba cari erti
Pastikan ku temui
Pastikan ku temui

Chorus sampai habis