31 Dis 2010

selamat tinggal 2010, kalau singgah jangan tak masuk 2011

huhuuuu~ tinggal lagi beberapa jam je nak 2011 kan? banyak suka dan duka dalam 2010 kan? bagi aku semua sama rata. apa yang aku doakan dan ditunggu-tunggu pun dah dapat. aku bakal menjadi pelajar semula dalam 2011 sampai la 2013. insyaAllah. harap semuanya selamat di sana. padahal uitm shah alam je. setahun sudah ku menunggu akhirnya uitm menjadi milikku. korang bayangkan setahun weh. pelbagai dugaan yang menimpa aku dalam setahun ni.

mula dari aku habis konvo petang tu juga aku kena start kerja as a waitress. but sebelum konvo i dah pun start kerja. tapi nak menjelaskan yang betapa sibuknya aku. aku kerja sebelah malam, kira part time job. balik kerja pun pukul 2 pagi baru sampai rumah. membelek dan menggodek internet dan bermukabuku semua sampailah masuk subuh, lepas solat subuh ape semua baru aku masuk tidur. orang semua sibuk pergi kerja, breakfast ape semua aku bantai tidur. petang dalam pukul 2 petang baru aku terjaga. dari situ aku buat lah ape yang patut. mandi, solat, makan, minum, tengok tv kadang-kadang merayap ke sana ke mari, menghabiskan duit. sekarang ni pun duit aku dah habis tau.

aku ni akui lah yang aku ni memang tak boleh simpan duit sendiri. itu yang malas nak kerja. tapi bila difikirkan duit lah nombor satu dalam lumrah manusia. semua nak gunapakai duit. sekarang ni mana ada benda free. nak klise lagi masuk toilet pun kena bayar 20 sen. ye la. sape nak basuh toilet sampai kering, bersih dan wangi semua kalau bukan pekerja indon kan? dorang ni la kita harapkan. nak harapkan anak melayu sekarang, tahu menghabiskan duit mak bapak je.

ok, dalam setahun tu juga aku banyak juga la menghadiri interview, tapi semuanya tiada tindak balas. aku apply upu sampai 3 kali baru aku diterima masuk. tapi ini bukan jurusan masscomm. jenuhlah aku nak amek masscomm lagi. kalau ikutkan memang minat aku. tapi memandangkan ke semua interview aku telah direject untuk kursus yang aku dah apply tu ada interview tapi dah interview dan dah direject tu nak buat ape kan. so, aku pun teruskan berusaha mengapply kursus yang tak ada interview tapi dalam masa yang sama kursus itu memang menarik minat aku untuk terus belajar. so, aku dapat. ijazah sarjana muda penulisan artistik. yeayyy!! alhamdulillah.

so, ini adalah update yang cepat sekali. tepat pukul 12 malam nanti kan dah 2011 kan. aku pun tak nak lah ketinggalan menulis entry sempena tahun baru.

ok, bye semua. have a save journey ok. nak sambut tahun baru jangan over-over ok. ingat tuhan juga. salam...;))

28 Dis 2010

terima kasih Hanis Zalikha!!

wohoooo~ satu tepukan besar dan gemuruh untuk Hanis Zalikha sebab dia saya sudah berjaya membuat application wizards untuk Ovi Nokia. sekarang tengah tunggu giliran belog saya untuk diupdate di phone E5 saya. sukanya!!

hari tu nak buat tiba2 je under constructions la web Ovi Nokia tu. maka tergendala la nak buat. sebab zaman teknologi ni kalau boleh nak lagi senang. rajin Hanis Zalikha godek untuk Ovi Nokia ni. mesti ramai pengguna Nokia Ovi Suites tak tahu menahu pasal boleh berbelog through the phones. wohoooo~

kepada sesiapa yang tak buat lagi silalah menjeguk tutorial untuk membuat application wizards di belog Hanis Zalikha. kelik je link ini http://inibelogsaya.blogspot.com/2010/12/bagaimana-nak-jadikan-belog-sebagai.html

sekarang saya dah tak sabar ni. makin rajin la aku berphotoshoot dengan kamera phone E5 ni. sebab nak update runtin harian saya di belog kesayangan ini. sekian, terima kasih la wa cakap sama u la Hamis!! love yawwwww!!!!....;))

27 Dis 2010

Anugerah Skrin 2010

thanks to my pak usu for realisasikan impian kita kali ni nak pergi ASK 2010. yeayyy!!, akhirnya kini pasti!!! (ala kak Anita Sarawak) huuuu~

huhuhu~ suka gila. dari rumah dah excited gila bagai padahal kat luar rumah hujan lebat gila tu. kilat sabung menyabung. ok, aku dah set nak pakai maxi dress yang aku beli hari tu dengan jaket kulit hitam or long cardigan. but maxi dress tu singkat la. promoter tu tipu je. kata free size. aku pakai sendeng siot. dah la aku pakai vuntut aku tonggek siot. malu seh nak pakai. sekali tak pasal2 kena tegur free dengan mak aku. siap aku. so, hati ni macam resah je kelaur bilik takut kena tegur free, so aku rembat baju or dress pendek leopard pakai dengan jaket kulit hitam. sarung jeans sudah. pakai kasut wedges hitam complete lah style aku. dah la tema glam. kira glam la juga pakai jaket kulit hitam tu kan dari yang nan ado kan?

dah siap semua keluar rumah dah sampai tol cheras tak hujan langsung. kering je lantai. langit pun baru nak mendung menandakan bakal akan hujan. tapi sampai je Pwtc tak la hujan lagi. so bapak aku drop kitaorang di Lrt Titiwangsa naik Lrt ke Pwtc. dah je aku dengan adik plan nak dinner dulu. so aku dengan adik dinner la kat Mcd di The Mall. waktu aku masuk banyak juga la orang. ada yang pakai over pun ada. dalam hati ni mesti nak pergi ASK 2010. lepas dinner keluar je Mcd nampak la sekumpulan abang2 krew ASK 2010 on the wy ke Mcd for dinner. masa tu kitaorang dah nak keluar ke surau Pwtc tunggu solat maghrib dulu baru keluar ke red carpets. sudah solat je, aku dengan adik terus ke red carpets. fuhhh!!! punya la ramai bertenggek kat tepi red carpets tu. nak mencelah pun tak boleh. apa lagi tunggu punya tunggu, artis pertama yang berjalan di red carptes adalah Fauzi Nawawi dengan Lisdawati. aku apa lagi bawak la keluar D3000. so, bila aku nak amek gambar geng dengan dorang yang ada dslr senang sikit la nak ambil gambar. kalo tak ada dslr ni kamera hp la jawabnya. mahu bateri kong jap lagi. huhuhu~

ok, nak dipendekkan cerita, persembahan semua ok. macam noryn aziz,adibah nor dengan jaclyn victor nyanyi triple duet untuk lagu Aku dan Duniaku. apa yang boleh aku cakap adalah combination yang mantap. meremang bulu roma aku. lagi jaclyn victor. fuhhhh~


Aku dan Duniaku by Noryn Aziz, Adibah Noor & Jaclyn Victor

persembahan kedua pulak

Kurnia by Mizz Nina feat Noh Hujan

persembahan ketiga pula hanya mainan muzik macam violin, guitar dengan seksafon. yang ni memang aku lupa la.

persembahan keempat


Ku Berjanji Karna Cinta by Anuar Zain


Pawana by Ziana Zain

persembahan kelima pulak


Hanyut & Superhero by Faizal Tahir

ok, sampai sini je la. esok aku akan update gambar yang meletupsss u all..huuuu~

24 Dis 2010

etika berpakaian di UiTM

etika berpakaian di sebenarnya dah lama aku risaukan. ye la, nak masuk ipta kan. dulu masa study diploma di kuis memang sepanjang masa berada di kampus kena memakai baju kurung/jubah. but sometimes we break the rules. heee~ still pakai baju kurung, tapi tudung/selendang for masscomm students biasa la dah dianggap suka break the rules kan. kasut pun jarang. kecuali for kuliah we all memang pakai kasut bertutup. for tutorial we all sarung sandal je.

and aku sebenarnya cuak gila ni bab2 etika berpakaian. takut kena saman nanti tak pasal2 pulak kan. so, aku sibuk menggoogle terjumpa blog ni http://fakeassassin.blogspot.com/. details la entry ni pasal etika berpakaian. lagi pun dia pun dapat sambung du uitm. so, aku pun nak share dengan korang semua apa yang patut or tak patut korang pakai. so, incase tak ada la susah sangat. lagi pun style aku memang labuh2 and menutup punggung. tak kuasa mak nak pakai jeans atas tutttttt. asyik2 nak betulkan je. nak cover tu cover ini. kan elok besopan bermanis pakai yang labuh. sekarang ni kan fesyen labuh, for vintage lovers. so, korang bolehla aplikasi style korang, tapi aksesori janganlah melampau. kita kan menuntut ilmu bukannya nak menjaja barang or menunjuk-nunjuk ye tak??

so, ini la yang i nak share dengan korang and peringatan untuk aku...

CIRI UMUM-Bersih, kemas, longgar, tidak jarang dan tidak menjolok mata.

-Tidak memakai topi (cap) dalam bangunan / blok perpustakaan, dewan akademik, dewan kuliah, dewan makan dan pejabat.

-Memakai baju kurung setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM) dan JUMAAT (pelajar bukan Islam digalakkan)

-Hanya dibenarkan memakai sepasang anting-anting atau subang.


BAJU

-Baju tidak jarang dan ketat sehingga menampakkan susuk badan

-Bahagian neck line tidak terdedah

-Lengan panjang sampai ke pergelangan tangan

-Labuh sekurang-kurangnya menutup punggung

-Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar.

SARUNG

-Labuh

-Tidak terbelah

-Longgar

-Tidak jarang

SELUAR

-Longgar dan tidak menampakkan bentuk badan

-Tidak jarang

-Tidak koyak dan bertampal-tampal

-Dipakai dengan baju longgar dan labuh yang menutup punggung
thanks yawww sekali lagi untuk MizahMalic fyi...;))


21 Dis 2010

angin lalu bawa idea mcm ngok ngek

ngok ngek betul la. sekarang ni banyak gila plan yang aku nak ubah blog aku ni jadi menarik tertarik kebabom. boleh ke semeletup blog nurulcakap, hanis zalikha, macham iz punya, fsakinah, irine nadia marcello, fatin liyana, lyana hisham, maria elena zarul haih banyak lagi la yang kebabom. aku ni blog aku ni simple je, idea blogging pun ntah pape je. so, aku nak down boleh tak? please la otak, bagi up sikit la idea2 yang bernas2 yang beras yang ditanak sedap dimakan tu. kalau idea macam bubur je sape nak makan kan? baby je kot. wakluuuuu!!!!

aku pun nak berphotoshot macam hijab fashionista yang lain yang gojes lagi cun melecun tu. selalu update apa yang dipakai. menjadikan inspirasi dalam berfesyen tapi muslimah la. macam best je. aku ni ade je kamera digital tapi tak reti nak godek weh. gila buta kamera digital. kamera aku D3000. so, macam low profile kamera aku ni. sekarang ni dah Canon. dah tak pakai Nikon. macam sengal je. itu la bapak aku beli cepat sangat kamera. so, sekarang dah plan nak jual. tunggu je siapa nak beli. setakat baru pakai dah nak dekat setahun rasanya. semuanya baru lagi. sebab apanya. kata tak reti nak guna. nak bawa keluar berphotoshot pun aku malu seh. tergodek sana sini. orang lain tengok macam pro, tapi sebenarnya haram. macam PROFESIONAL la sangat aku.

lagi satu kebanyakan keloksi baju, tudung, shawls, jeans dan macam2 lagi adik2 adalah semuanya diimport dari Times Square je adik2 non. akak tak mampu la beli branded2 ni. aku memang sukakan branded things but aku akan fikir banyak kali sebelum membeli barangan yang mahal. aku fikir banyak lagi boleh aku beli dengan duit ni. so, memang la aku tak beli la. banyak lagi barangan buatan Malaysia ni weh. banyak juga la barangan yang up to date di TS tu. so, macam jimat je. alih2 amik kau dalam 10 beg shopping mall aku jinjing bawa balik. kaya mak!!!! kaya berjimat. alih2 duit dah habis sebelum hujung bulan. sebab apanya sebab aku suka makan minum sana sini. mencuba makan dengan minuman baru, tengok wayang ke. itu pun keluar mesti berteman. sape tak lagi adik bongsu aku. dia ni dah la kuat makan. tak sah kalau tak belanja dia update PSP dia dengan game baru. terbang rm 10 aku.

tapi korang perasan tak aku dah terkeluar headline? hehehe. itu la bak kata aku la, aku ni memang boleh nak simple je. tapi apakan daya, disebabkan kerasukan untuk berfashionista, kalau boleh semua benda nak buat. tapi aku ni kan dah la malas. hati tu nak je. tapi semua tak jadi. aku tak ada geng la. adik perempuan aku ni gegirls la. tak suka vintage2 ni. ada sikit la. tapi tak excited nak sangat macam aku ni. and adik2 lelaki aku seorang je boleh harapkan dalam berfesyen. adik aku yang ke-3. dia ni kan artis. hahaha. nak artis je. amik kau. tapi memang artis pun. style pun boleh la. smart je. itu korang boleh tengok gambar kat sebelah blog aku ni. adik aku ni pernah berlakon dalam skop production untuk drama 'roda-roda kuala lumpur'. sekarang ni berjinak-jinak pula dalam beryoutube. buat music video dengan short filem. habis satu family dengan satu sekolah dengan satu sekelas tahu pasal adik aku ni. kan tengok. artis adik aku nokkkkk~!!!! poyo!!!!!!!


adik aku yang kurung keding pakai baju hitam..;p



cuba teka mana satu adik aku? lol.....;p

okay, you all, sampai sini je la. insya Allah apa yang aku hari2 berangan menjadi la dalam blog aku ni ha. tak ada la boring je kan. adios la. salam ye. ni kejap lagi nak masak suffer. roti goreng bersalut telur. resepi zaman sekolah weh. kemahiran hidup ke ekonomi rumah tangga hah???....p

17 Dis 2010

Maysaa vs Hana Tajima vs Yuna vs Times Square vs J Jusco Card Member Sale

banyak benda nak cerita sebenarnya ni. asyik2 kumpul event je hanya tinggal masa tulis kat blog kesayangan ni. first, kita mulakan dengan fashion. i sebenarnya adore fashion style from nurulcakapcakap ni. dia dah la cute miut tau. pakai apa2 je comel tapi cantik. suka gila la dengan dia ni. i pernah beli tudung syria dengan dia  ni. kaler oren. ada juga la kenangan2 dari nurul ni. tak dapat jumpa pun tak apa la. ok, disebabkan semua gadis2 cantik yang sukakan style vintage fashion ni and event yang paling sekarang ni tapi event ni dah lepas iaitu Maysaa dari Hana Tajima, fashion designer dari London. Maysaa ni la label line dia. and yang penting semuanya cantik2 but simple. huhuhu. i cerita je la pasal event ni pergi pun tak.

disebabkan i suka sangat fashion style dari nurul comel ni, sanggup tau i shopping baju di Times Square. kat sana memang totally murah dan cantik2. memang banyak vintage style but murah yang pastinya. memang i selalu shopping di TS sebab memang banyak pilihan. apa yang i idamkan selama ni dapat juga i beli. sukanya!!! tapi i tak ada la nak tiru 100% style nurul ni kan. nanti prototaip pula. buat style sendiri sudah. simple je, but hot ok. hehehehe. yang memang i nak beli dress belang2 tu dengan baju kait ni. ni semua memang the last one. lagi2 the dress. i beli dari patung terus. sebab tinggal kaler hitam dengan putih je. yang ada kaler merah dengan putih. tak apa. lain kali nak beli merah dengan putih. tunggu hujung bulan ni. tak sabarnya.

and korang semua tak kan tak tahu kot 2 hari lepas merupakan jualan or sale bagi pemegang j jusco card. so, untuk 2 hari lepas telah diadakan sale besar-besaran tau. sukanya mak!!!!!! i dah plan walaupun i tak ada j jusco card, i dah plan untuk keluar awal ke mid valley untuk buat card. and i yang first yang sampai untuk registration and proses membuat card pun sangat cepat. lepas buat tu baru pukul 11 pagi. so, i dengan adik i brunch di kfc. habis makan je terus ke vincci untuk membeli kasut yang i dah lama usha berbulan-bulan mengharapkan ada harga runtuh. memang runtuh pun. dengan kuasa j jusco card, i pun dapat beli kasut tu dengan 20 % je. kalau tak rm 80 weh. kopak duit aku. setelah duk fikir2, mix and match dalam kepala otak sesuaikan dengan apa jua jenis baju dengan event i pilih kasut ni. yang lain i tak berkenan. kalau berkenan pun tapi kasut tu tinggi buat apa kan. i tak biasa sangat kasut tinggi2 ni. gawat la. teringin nak pakai, memandangkan i jenis yang berisi sedikit je, cehhh ayat berisi sedikit je. nak sedapkan hati. heeee~

lepas beli kasut, i terus ke gedung jaya jusco and damn ramai gila orang!!! semuanya masyarakat cina sahaja. memang kaki rembat juga dorang ni kan. heeeee~ apa2 pun, i memang dah lama gila nak beli seluar jeans yang kaler iras2 seluar jeans romp yang kaler lusuh2 gitu. buat apa beli mahal sampai rm 80 tu. dah ada durian runtuh ni weh. 70 % tu. seluar yang i beli tu harga asal rm 100 la. but after 70 %, rm 30 sahaja. rm 30 sahaja tau. murah gila. muat2 and sedap je pakai. macam tau2 je bila try terus jatuh cinta sebab muat kan. kaler pun macam iras2 kaler seluar romp tu. ok la dari tak ada kan. dekat rumah pun bukan banyak sangat jeans pun. semuanya dari zaman dahulu kala. tak ada dah i nak pakai. dulu masa zaman sekolah, i suka style hip hop. eh, percaya tau. dulu hot dengan ruffedge. tu yang style pun hip hop. seluar nak besar je. kasut nak high cut. tapi entah mana pergi kasut tu. beli dekat echo park tau. jangan main2. dulu hot label line dari echo park. sekarang ni x tau la. ada ke?


hehehehe. lepas shopping mopping ni i terus ajak adik i pergi main game dengan tingkat atas area cinema gsc tu. lepas gian  nak main kereta lumba dengan pukul2 gendang. ni je la yang sempat snap.

ok la, sampai sini je ye. nak tengok the fugitive plan b ni. bye!!! rain forever!!!!

12 Dis 2010

bukan apa

wah, rajinnya aku berbelog ya. heeee~ ya la, kat mana la aku tak luahkan isi hati aku ini kalau tak kat belog terperam and wondering ada ke orang baca. apa2 je lah dik non. janji akak bahagia. hehehe. aku bukan apa sejak akhir2 ni apa yang aku dah plan dengan berangan sekali tu macam tak menjadi je. arrrgggghhhhh!! bila fikir balik, ala, melepas la macam ni. huhuhu, sedih weh. aku nak cerita kat korang ni yang aku ada firasat yang mengatakan aku tak dapat pergi lagi anugerah skrin tahun ni. huuuuu~ sedih. aku dah la berangan nak masuk post party, ambil gambar dengan artis2 vogue cun melecun malam tu nanti. and then aku dah berangan yang aku nak dress up lawa2, cun2, huuuu~ tak jadi la nampaknya.

sebab apa. sebab kakak yang buat bil di dalam air cond dah pregnant. and i should happy for her but in the same time that i thought 'what'?? huuuu~ sebab kakak tu dah rupa tak larat. ya la, first pregnancy kan. so, banyak pantang larang. banyak kena jaga. aku pun kadang2 fkesian gak tengok kakak tu. mengadu asyik penant je. jalan pun dah lambat. and aku fikir2 balik, sebab kakak tu pernah bagi tahu yang dia tak larat and nak start cuti awal dalam pertengahan bulan ni. so, aku macam 'aduh, aku seorang je la kat dalam air cond ni'. nak harapkan kakak lagi satu buat bil pun tak boleh sebab dia kerja ofis, and sudah pun naik pangkat. jadi pangkat baru mestilah kerja banyak kan. kesian pun ada. and masalah aku sebenarnya aku memang tak dapat pick up apa2 yang berkaitan dengan nombor. memang lembab aku akui. sampai sekarang nak buat bil pun tak boleh sebab takut and fobia customer complain 'adik, ni kenapa mahal sangat. acik makan sikit je'. hah, tak pasal2 aku panik nanti. and tak pasal2 aku tarik muka dengan customer dengan bos2 sekali.

and dalam waktu terdekat ni pulak aku nak further study aku kat uitm. dah dapat pun. daftar bulan 1 ni 2011. so aku kesian gila kat bapak aku sebab dia penyelia shift malam. kalau dikirakan kakak yang buat bil yang betul2 ada sekarang cuma 1 dengan abang yang lagi seorang tu. dia pun macam aku, boleh buat bil, tapi untuk makanan dengan minuman yang senang je la. lagi satu kakak yang kerja ofis tu. tu pun tengok keadaan dia boleh datang buat kerja part time.

aku bukan apa. just bila aku dah war2kan yang aku nak sambung belajar balik and habis bulan ni je dorang macam lost. huuuu~ aku ni boleh dikirakan boleh mengemas, manyapu, mengelap dengan pantas. aku peduli apa kalau customer tengah makan ke minum ke, tapi aku kalau sapu tu tak ada la sampai habuk tu terbang sana sini. sapu lembut2 gitu. sepoi2 bahasa la. janji kerja siap dah menyenangkan kerja pekerja lain pulak. tolong antara satu sama lain. kerja pun jadi mudah.

apa yang risaukan dan aku mengharap sangat adik2 aku dapat cover kejap aka bekerja untuk shift malam sahaja. bulan 12 mestilah ramai customer sebab kan cuti sekolah lagi. nanti dah masuk tahun baru, customer pun kurang. kalau banyak pun customer dari hospital tawakal. macam  nurse, patient doktor, dengan family yang adatang melawat pesakit. bos aku pesan, order tu kalau boleh cepat, customer datang nak makan lepas tu balik la. itu memang boleh diuruskan. dibuatnya kalau ada customer yang suka membuang masa makan dengan minum tak seberapa itu memang tak boleh terima. aku boleh tension tau. sakit hati je. dorang ni tak ada rumah ke, anak bini tak ada ke, esok tak kerja ke. ke selalu masuk lambat sebab tidur lambat akibat buang masa di restoran. aigoooooo.

aku bukan apa. cuba meluahkan apa yang dirasa, bukan memaksa ataupun mencerca sesiapa.

11 Dis 2010

super duper!!!

kalau dikirakan dari sekarang tinggal 21 hari lagi aku memhabiskan kudrat-kudratku untuk bekerja. lepas ni aku aku merajinkan kudrat-kudratku untuk ke arah pembelajaran pula. tidak lupa pada otakku kerana kursus yang aku memerlukan pemerahan otak yang agak dahsyat. ya la, kata ijazah sarjana muda penulisan artistik (kepujian) kan. aku banyak juga la gooogle sana sini mengenai kursus penulisan artistik ni, menurutnya mulai intake disember ni, pelajar dari jurusan ini akan mendeklamasikan puisi mereka pada setiap hari rabu di anjung. dan aku terdiam seketika. macam-macam rasa ada. abah aku tanya kau boleh ke?. nak tak nak, boleh tak boleh aku kena juga buat. kata belajar. apa-apa pun perlukan usaha dengan minat baru la sesuatu kerja itu senang nak buat.

dan aku super excited menantikan 4/1/2011 ni. macam-macam yang tertanya-tanya oleh benak fikiran aku ini. bagaimana la suasana hari pendaftaran aku nanti? adakah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang aku harapkan. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hambamu ini.aku berjuang di jalanmu Ya Allah untuk menuntut ilmumu. berikan aku ruang untuk dipermudahkan segala urusan dan sewaktu pembelajaranku nanti. insyaAllah. Amin.

1 Dis 2010

assalamualaikum semua. sihat ke? aku macam biasa terlebih sihat. mana tak. balik kerja pukul 2 pagi masak untuk suffer. serius boleh dikatakan tiap-tiap malam aku masak. antaranya maggi, roti telur goreng, pasta makaroni sardin makan dengan roti, roti telur scrabble dan macam-macam lagi. lepas subuh baru boleh tidur. kalau tidur lepas makan confirm la kejang. and adik-adik dengan abah pun sibuk tumpang sekaki nak makan. dorang makan habis tak apa. hahahaha. aku kan tukang masak baik punya. makan mesti sampai licin.

and one thing yang aku nak share dengan korang semua adalah yang aku macam tak percaya yang aku diterima dan ditawarkan untuk sambung belajar di uitm. eh, betul ke ni? sampai surat tawaran aku baca berulang kali. serius weh. memang tak percaya. dari habis konvo julai 2009 sampai la ni pun aku still tunggu rezeki untuk aku sambung belajar. alhamdulillah, berkat doa orang-orang tersayang.

dan semalam pula lepas habis je online aku memulakan proses mengemas semua buku2, majalah2, surat2, sijil dan sebagainya diasingkan mengikut kategori untuk memudahkan aku mencarinya nanti pada masa hadapan. yela, mana la tau kan. dulu lepas habis konvo je main sumbat je dalam almari. sekarang ni sejuk sikit mata nak memandang. mak pun dah tak bising lagi suruh kemas mana yang tak pakai. korang tengok la apa yang aku dah kemas kat bawah ni ye. jangan terkejut lak.

ni semua koleksi kertas soalan dengan nota2 semester 6. ni semua duk punggah balik sebab nak prepare for interview utk kos penerbitan dan peyiaran di uitm dulu. sekarang ni tgh pikir nak letak mana kumpul satu tempat semua dari sem 1 sampai la sem 6. rasa2 dlm kotak kot. ala, kotak yg corak2 yg selalu orang duk kumpul/simpan.



ni pula setelah diasingkan mengikut keperluan/selalu diguna pakai balik untuk seharian/sebulanan. serabut kan? dulu lagi serabut. ni elok sikit sebab kertas simpan dalam sampul surat. lepas tu labelkan.


ni pulak semua koleksi adik aku alia dari sem 1 sampai berapa entah. dah habis belajar pun. tapi majlis graduasinya entah bila nak buat.


ni pulak setelah dipilih, diasingkan dan dibuang mana kertas yang tak guna dan menyemakkan mata. jadi la tiga beg plastik yang penuh dengan sampah.

and hari ni tiba2 aku rasa indah semacam. sebab apanya korang nak tahu? sebabnya adalah penyanyi yang aku adore sejak dia masuk AF2 sampai la bertanding dalam konsert final akhirnya aku dapat jugak berjumpa dengan Farah Breeep Breeep ni. ceritanya macam ni. kakak yang nak buat bil ni dia tak sure yang Farah ni makan ape. mee bandung ke mihun hailam. sebab colournya mcam mee bandung. so, aku beranikan diri tanya la si empunya makanan tu. lepas tanya mula la perbualan ini:

Aku/Farah

Aku: kak, minta maaf ye. nak tanya ni mihun hailam ke?
Farah: a'ah, mihun hailam.
Aku: (otak duk ligat pikir macam kenal je) Farah kan??
Farah: a'ah.
Aku: hai, hai.
Farah: hai.
Aku/Farah: (masing2 sengih)

dalam kesibukan melayan dan mengambil order dari customer aku dalam hati ni, ni kalau aku tak bergambar, melepas ni. dah lah susah nak jumpa lagi lepas ni. entah datang lagi ke tak makan kat restoran haslam. setahu aku dia tinggal kat putrajaya. tu yang aku macam memang patut kena ambil gambar berdua dengan Farah.

ok, dah line clear sikit, dorang pun makan macam dah kenyang ada aura macam nak balik. aku beranikan diri hentam keromo je la 'Farah, nak bergambar boleh?'. and yes. tapi jangan jeles tau. heeeeeeee~


see. lawa kan? manis je Farah pakai tudung. heeeeeeeee~

anyways, thanks kak Farah. You are really nice person!!!