22 Sep 2010

raya kedua begini pula

mari kita berjimba. uhukuhukuhuk. terbatuk la pula. raya kedua dimulakan dengan meziarahi neklang tercinta di port dickson, negeri sembilan. seingat aku, bertolak pun nak dekat tengah hari buta. dah siap2 semua maka kami pun bertolak. dalam perjalanan kami berhenti beristirehat di r&r. r&r mana entah. aku tak ingat pula. hetam je la. kami pun breakfast ape yang patut. breakfast ape jadahnya. lunch la. lunch bagai nak rak. banyak juga la melantak. padahal aku rasa neklang mesti masak punya. aku tak makan sangat. just ambil sikit2 makanan dengan minuman adik2 aku. tengok diaorang makan pun macam kebulur pun ade. eh jap. kebetulan time tu dari jauh aku nampak stall yang pernah aku kenali. cool blog. aku beli berapa ye. hmmmm. hah, tiga. aku, adik aku yang gemuk tu, dengan mak aku.

lepas tu kami pun meneruskan perjalanan. sampai highway simpang nak ke nilai punyalah sesak. sesak tu ada la jalan sikit2. lama juga. kami pun sampai la simpang ke tol port dickson. baba ambil jalan ke kiri takut terlajak jalan macam raya dua tahun lepas. sekali masuk simpang mana. berputar belit jalan. alhamdulillah, selamat sampai juga. ok, dah bayar tol semua kami teruskan jalan ke destinasi. dah sampai pun. masa sampai tu just toklang je yang ada kat rumah. neklang merayap mana entah. tak berapa dengar ibu borak dengan toklang. dalam 10 minit macam tu, neklang pun sampai. tapi korang nak tahu. adik aku yang bongsu jumpa kucing hutan tapi comel tau. jinak gila. betina. alolololo. comelnya. macam kucing aku kat rumah, kontot. tapi baba tak bagi bawa balik. huhuhuhu. sedih. nanti bawa balik mati karang kat dalam kereta. sape nak jawab. kontot kat rumah pun tak terjaga. ni pula nak beli lagi seekor kucing.

lepas sesi beramah mesra, imbas kembali zaman muda remaja, makan minum pun sudah, kami pun balik la. nak balik ambil gamba dulu. buat kenangan untuk mak saudara yang lain yang tak ziarah neklang. ni hah.


tengok tu. neklang excited. sebelum ambil gambar siap cakap neklang tak ada gigi la. malu nak senyum. tak ape neklang. henam je la. senyum macam tu cute pe. mana ada neklang cute macam ni. heeeeee~

hahahahaha. ok2. on the way nak balik kajang, adik aku yang gemuk tu ajak singgah kedai bundle. kedai bundle? adik aku ni lain sikit. dia ni banyak akal. kalau diam tu ada la dia fikir apa yang nak diketuk dekat baba atau ibu. dah masak dah perangai. masuk usha baju2 kat kedai bundle tu adik aku beli jaket kulit coklat berbulu. rm 20 je. murah kan. tapi cantik. lepas beli kami balik la. apa lagi da. ok, malam tu pula lepas solat maghrib nak ke kl tukar kereta pajero sebab nak jalan jauh raya tahun ni. mahu nak naik waja. mati tersepit kat belakang kereta. berhimpit-himpit. baba pun cakap rimas. bawa kereta pun nanti slow je.

lepas amek kami pun melepak makan2 minum2 kat kedai nasi kandar berkat ariffin, area f&n business park. ok gak makan kat situ. sedap. aku melantak nasi kandar lauk ayam goreng dengan papadom. adik aku, alia dengan melantak roti telur, ayam goreng dengan mihun goreng tomyam. mak aku pula kue teow goreng. sedap. baba pula roti nan. lepas tu aku minta izin baba nak order tomyam nak rasa sedap ke tak. sedap la. tapi tak habis. aku bungkus bawa balik.

kami pun lepas tu on the way ke cheras rumah atok sebab nak beraya dengan mak andak dengan family yang dah sampai kat cheras. diaorang dari johor. sampai petang. lepas beraya, borak2 dengan atok, kacau atok makan. ibu pun ajak balik. sebenarnya nak ambil ikan yang ditinggalkan kejap oleh mak aku masa raya first. ikan fresh tu. segar dari ladang. ladang nok. laut la. lepas tu ambil pad herba dari mak andak. lepas selesai urusan membayar, kami pun balik ke rumah. ok, mengantuk. bye.