9 Sep 2009

gila

fuhh!!macam da lama je tak update blog aku ni.sibuk sangat membuat tempahan biskut raya yang makin hari makin banyak.dush!!!amik ko..wuhuuuu~

korang nak tahu tak?lepas je bersahur dan selepas je aku habis basuh pinggan sementara tunggu mak aku habis ambil wuduk kat toilet,aku macam biasa la kemas pape yang patut.aku tutup la lampu dengan kipas kat ruang tamu.lepas tu aku nak masuk bilik buang tisu yang aku da lap mulut.sekali korang tahu apa yang aku nampak.sekali pandang macam hantu(pakai telekung).rupanya adik aku alia dia tengah solat.gila!!!mahu tak terjerit terlolong aku.solat dalam gelap pulak tuh.tambah2 lagi aku tutup lampu kat ruang tamu.hah!!amik ko..ni gara2 aku tengok cerita kuntilanak la ni semalam kat tv2..mahu tak pengsan aku pagi2 tadi..

cerita pasal menu berbuka puasa aku hari ni sebenarnya tak banyak sangat yang dibeli kat bazar ramadan..cuma hari ni malas gila nak keluar beli makanan kat bazar tu.kebetulan pulak semalam barang2 yang aku beli kat tesco memang nak dimasak untuk berbuka puasa hari ni.so,aku prepare la segala bahan2 yang nak dimasak supaya takdela kelam kelibut kan nak cari barang yang perlu digunakan nanti ye tak?

dan menu yang aku masak adalah siakap stim masak limau dengan kerabu ayam.perggggghhhh!!!wa cakap sama lu olang.memang shedap wooo~sampai adik2 aku meratah segala kuah kerabu dengan siakap stim tu..dengan berkat pengalaman aku belajar memasak ala2 tomyam kat restoran haslam akhirnya membawa hasil untuk family aku.yang family aku dapat la merasa apa yang aku belajar memasak selama 3 bulan aku praktikal dengan kerja part time kat restoran haslam.

ni la antaranya menu tersebut yang tak seberapa walaupun tak jelas la sangat.kalau nak resepi just e-mail je kat link ni okey ye kawan2.jangan segan2 okey..myboo_eris@yahoo.com

 
siakap stim masak limau

 
kerabu ayam