6 Okt 2010

rutin harian

rutin harian aku setiap hari isnin sampai hari ahad adalah menjalankan tanggungjawab aku sebagai waitress di Restoran Haslam. waktu aku masuk kerja tak tentu. tapi yang tentu sebelum pukul 7 malam mesti sudah sampai di kedai untuk menggantikan pekerja-pekerja pagi yang habis waktu kerja mereka pada pukul 7 malam. maknanya ada dua shift. pagi dan malam. aku bekerja separuh masa (part time).

memulakan cerita rutin harian aku semasa berada di rumah aku bangun tidur lebih kurang tengah hari. untuk mencukupkan waktu tidur selama 7 jam. maknanya dari pukul 5 pagi aku tidur aku bangun tengah hari pukul 12 tengah hari. sampaikan subuh pun liat nak bangun. hari-hari kena bebel dengan mak. itu pun terlajak. dah azan zuhur baru bangun. bangun sahaja buat apa yang sepatutnya macam mandi, solat semua, cari maka dengan minuman tengah hari. sebabnya adalah kerana mak tak masak. kenapa mak tak masak. disebabkan anak-anaknya yang malas dan bangun tidur tengah hari. so, barang dapur nak masak tengah hari pun tak ada. conclusionnya di sini, pandai-pandailah hidup ya. lepas keluar merewang jalan-jalan cari makan, take away makan di rumah lepak depan tv membuang masa tengok movie sampai nak keluar pergi kerja. bertolak dari rumah lepas asar. sebelum pukul 5 petang atau 5 petang tepat mesti keluar dari rumah. sebabnya adalah aku mesti naik train pukul 5.12 minit untuk sampai di mid valley lebih kurang 5.45 petang. membuang masa lagi depan lepak di mcd. esoknya pula, beli donut ke dekat dunkin donut, kadang-kadang banyak duit makan pizza hut. macam tu lah hari-hari seterusnya akan di rotate mengikut angin. cuci-cuci mata tengok kasut ke. aku suka buat apa yang patut membuang masa sampai pukul 6.15 ke lebih macam tu lah tunggu bapak jemput di mid valley.

kenapa aku tidur 5 pagi. sebabnya adalah waktu ini sahajalah yang aku dapat tidur. kenapa tidaknya. balik dari kerja pukul 2 pagi baru sampai di rumah. perjalanan dari restoran yang terletak di kuala lumpur, jalan pahang mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke rumah. itu pun restoran melabuhkan tirai perniagaannya pada pukul 1.30 pagi.

kadang-kadang tak menentu waktunya. ada cepat ada lambat kerana customer ramai. lambat tutup pun kerana staff tak mencukupi. so, kerja-kerja yang sepatutnya di handle oleh pekerja itu dilakukan secara double oleh pekerja yang datang kerja pada hari itu.

kalau macam aku, aku suka buat kerja dengan pantas. tapi teratur. kadang-kadang ramai yang cakap aku ni kelam kabut. ape kehenya? aku selalu memudahkan kerja pekerja-pekerja yang lain. macam aku, dalam pukul 11 malam di dalam tempat makan berhawa dingin sudah mesti disapu lantainya. ini memudahkan pekerja lain untuk mop di dalam aircond. menyapu pun dah ambil masa setengah jam. kira aku menyapu ni memudahkan pekerja yang membuat bil di aircond boleh cover membuat bil di luar, tempat tak berhawa dingin.

lepas menyapu di aircond, aku mengemas, mengelap rak-rak di luar. lepas mengelap, membuang sampah sarap macam nasi kering ke yang bersepah-sepah di rak, aku memulakan menyapu di luar. menyapu di luar pun mengambil masa setengah jam. lepas siap semua, aku menyapu lagi di kawasan lalu lalang atau tempat makan di kawasan lalu lalang. di jalan raya dengan longkang yang meliputi kawasan restoran kena disapu juga. memang ini rutin harian aku. hari-hari kena menyapu. aku memudahkan kerja-kerja pekerja yang lain. sebab pekerja lain ada kerjanya yang aku memang tak reti nak buat or malas nak ambil tahu. aku memang tak suka mengemas lauk-pauk untuk disimpan di peti ais. macam kerja aku lebih kepada mengemas, mengelap dan menyapu.

selain itu juga, menyapu di lalu lalang mengambil masa setengah jam juga lebih kurang pukul 12.30 malam baru siap. dalam pada itu juga, aku mengemas atau mengambil order customer yang datang nak makan. cover sampai pukul 1 pagi. pukul 1 pagi kerusi meja di luar mesti disusun untuk di bawa masuk di susun di dalam restoran. pekerja yang lain pula mengemop lantai di luar dan pekerja yang lain pula menyiram air mop yang kotor sampai lantai bersih. sama juga di dalam restoran. masing-masing mengemop.

lebih kurang pukul 1.20 pagi baru siap semuanya. tirai restoran pun sudah dilabuhkan. macam itu lah rutin harian aku sebagai waitress. nak buat macam mana. gaji lumayan, kerja pun lumayan!!! apa-apa pun buat kerja dengan ikhlas dan jujur. chaiyok!!!!