29 Okt 2010

ini kenyataan

kadang-kadang aku bertanya kepada diri aku sendiri mengapa la perangai orang ini orang itu x serupa dengan nama mahupun rupa? aku berfikir sejenak. melucukan. bermacam-macam kerenah orang yang aku jumpa ketika aku bekerja. berikan aku memberikan pendapat aku di sini. ya, di blog aku sendiri. aku cuma untuk meluahkan kenapa ianya begitu rupa?

ada satu pasangan ini akan datang makan nak dekat-dekat pukul 12 malam. kadang-kadang ada juga la mereka ini datang awal. datang awal mesti mereka ini makan banyak. kalau datang lambat sudah semestinya aku akan dapat teka. masuk sahaja berfikir mahu duduk di meja mana. jikalau meja yang mereka duduk itu kebetulan ada pelanggan yang baru balik dari makan, semestinya meja itu x sempat dilap selepas pinggan mangkuk diangkat. belum duduk lagi dah kelam kabut minta tolong lapkan meja. rasa menyampah pun ada sebab aku tahu itu memang tugas aku dan aku tahu menja itu belum dilap lagi. so, kepada pasangan hendak saja mereka ini nak aku bagi penangan bahasa kasar. kalau order makanan atau minuman hanya aku saja yang tahu. memang cerewet sekali. pasangan ini aku akan ingat sampai mati.