17 Jul 2010

hati kau bagai punnguk rindukan bulan

entah kenapa hari ini hati aku rasa macam kehilangan sesuatu yang cuma ketika hati itu terhibur di kala si dia ada. hati, kau sihat ke hari ini?

sepanjang perjalanan kerja hari ini pun terasa ingin dihabiskan cepat sahaja. setiap saat dan tempat aku mengelamun teringatkan si dia.

mungkin kerana aku sunyi keseorangan mahu didampingi kasih sayang yang dari seorang insan bernama lelaki yang aku ternanti-nanti selama ini yang masih jua tidak muncul hingga kini.

aku sering kali berpungguk rindukan bulan. aku cuma melukut. ya, melukut. aku cuma sepi. sepi. sunyi. sunyi. hanya dia dapat menceriakan hari aku. hati aku perlu menolak cinta dari bercinta dengan dia. tapi, aku tidak boleh melakukan. jika percintaan itu berlaku, pasti cinta itu binasa. binasa kerana kesilapan aku sendiri. aku tak mahu pisang berbuah dua kali. cukuplah dia sekadar aku menceriakan hari-hari aku aku rasakan masih tidak bermakna bagi diri aku.

hati, jangan kau berbunga demi dia. JANGAN SAMA SEKALI. SEKIAN, TERIMA KASIH...;(