11 Ogo 2010

misi incomplete

misi aku kali ini incomplete sedikit. sebab ape kerana adik aku dia tak nak tengok movie. so, aku buat decision, ikut je la ape dia nak. janji teman aku jalan-jalan. mana tak nya, kata dah janji dengan. tiba-tiba lak kaki dia sakit, alasan sebab dia keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan dia semalam.

last-last dia terpaksa juga ikut aku. aku tunggu dia lepas habis bakar chocolate chips. lepas habis je terus siap semua and gerak dalam pukul 3 petang. sampai dalam 3.30 petang. so, first pit stop kitaorang adalah makan dulu. dekat mana? pizza hut la. apa punya plan. semangat plan nak makan kat Nando's. haram jadah.

pesan makanan dengan minuman macam esok nak tangki full. kitaorang pesan pizza set meal 1, side order macam spaghetti balagonise, chicken wings dengan mocha mint frappe. satu je yang tak habis makan. spaghetti. tu pun sikit je la yang tinggal. kenyang sudah.

masa makan plan dengan adik nak main game dekat atas. dia on. so, aku pun excited la. sebab nak main game racing kereta. sampai je dekat atas, aku tukar fikiran. bagi tahu adik lama dah tak main boling. aku ajak dia, tapi dia tak nak. dia nak satu syarat je, belanja dia. haih. bukan selama ni aku belanja dia je bila aku dapat gaji. macam x faham-faham.

main satu game je. itu pun adik aku yang menang. dia dapat strike satu je. aku? langsung haram tak ada. banyak telur ade la. sah lama tak main. asal baling je bola, masuk longkang, gelak bagai. frust siot. aduiyai.

lepas habis main, kitaorang gerak la kat tempat main game. main game racing kereta la, basketball la, tembak-menembak la. seronok gila. macam ni la baru lepas tension. asyik kerja je. tension aku. dah la penat nak mampus. kerja bagai.

and then kitaorang jalan-jalan, window shopping. aku aku ajak pergi Sinma. aku ikut je la. lepas beli ape yang tak ada. adik aku ajak pergi beli Big Apple. pergi-pergi je tutup. sebab ape diaorang cakap tutuo sebab diaorang pergi corporate annual dinner. owh.

tak jadi terus balik. on the way nak balik aku ternampak la stall Juice Fusion's. aku mengidam dah la. cuma tak berkesempata. so , aku ajak adik aku try la. macam sedap je. aku choose Pink Lemonade. uih, punyala sedap gila. masam nak mampus wa cakap sama lu. aduiyai. sedap-sedap. satu harga air ni rm 7.30. aku pilih yang power. so, rasa power juga.

terus ke tempat parking motor lepas selesai itu semua gerak la kitaorang. sesak sikit time tu. masa ni dah pukul 6 petang kot. aku bawa motor perlahan-lahan juga la. nanti laju terbabas pula. sape nak jawab.

sampai je mak aku call suruh pergi tesco beli telur. mak aku dari tadi suruh beli telur je. aku cakap balik nanti baru beli. nak keluar dulu. takut balik malam. tak sempat nak beli nanti. so, sampai je terus pergi tesco. tesco pun ramai juga hari ini orang pergi beli barang untuk sahur. aku beli telur 2 papan dengan pancake powder, sup campbell, keropok 2 bungkus. punya la banyak kitaorang makan. hehehe.

sampai rumah rileks kejap tunggu pengumuman puasa start bila. so, hari rabu la puasa. aku sebenarnya tak sabar nak tengok LBS. aku pergi makan pun dengan rush sebaik mungkin dan aku terlepas babak-babak yang lain untuk masa lebih kurang10 minit. hmmmm. melepas!

overall, cerita ni ok. but bahasa dalam drama ni ada yang ditambah or diubah. sebab dalam novel, bahasanya agak merimas penonton yang lain. dalam novel juga memang banyak yang karat berbanding dalam drama ni.

ok, fin.