11 Dis 2010

super duper!!!

kalau dikirakan dari sekarang tinggal 21 hari lagi aku memhabiskan kudrat-kudratku untuk bekerja. lepas ni aku aku merajinkan kudrat-kudratku untuk ke arah pembelajaran pula. tidak lupa pada otakku kerana kursus yang aku memerlukan pemerahan otak yang agak dahsyat. ya la, kata ijazah sarjana muda penulisan artistik (kepujian) kan. aku banyak juga la gooogle sana sini mengenai kursus penulisan artistik ni, menurutnya mulai intake disember ni, pelajar dari jurusan ini akan mendeklamasikan puisi mereka pada setiap hari rabu di anjung. dan aku terdiam seketika. macam-macam rasa ada. abah aku tanya kau boleh ke?. nak tak nak, boleh tak boleh aku kena juga buat. kata belajar. apa-apa pun perlukan usaha dengan minat baru la sesuatu kerja itu senang nak buat.

dan aku super excited menantikan 4/1/2011 ni. macam-macam yang tertanya-tanya oleh benak fikiran aku ini. bagaimana la suasana hari pendaftaran aku nanti? adakah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang aku harapkan. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hambamu ini.aku berjuang di jalanmu Ya Allah untuk menuntut ilmumu. berikan aku ruang untuk dipermudahkan segala urusan dan sewaktu pembelajaranku nanti. insyaAllah. Amin.