17 Dis 2010

Maysaa vs Hana Tajima vs Yuna vs Times Square vs J Jusco Card Member Sale

banyak benda nak cerita sebenarnya ni. asyik2 kumpul event je hanya tinggal masa tulis kat blog kesayangan ni. first, kita mulakan dengan fashion. i sebenarnya adore fashion style from nurulcakapcakap ni. dia dah la cute miut tau. pakai apa2 je comel tapi cantik. suka gila la dengan dia ni. i pernah beli tudung syria dengan dia  ni. kaler oren. ada juga la kenangan2 dari nurul ni. tak dapat jumpa pun tak apa la. ok, disebabkan semua gadis2 cantik yang sukakan style vintage fashion ni and event yang paling sekarang ni tapi event ni dah lepas iaitu Maysaa dari Hana Tajima, fashion designer dari London. Maysaa ni la label line dia. and yang penting semuanya cantik2 but simple. huhuhu. i cerita je la pasal event ni pergi pun tak.

disebabkan i suka sangat fashion style dari nurul comel ni, sanggup tau i shopping baju di Times Square. kat sana memang totally murah dan cantik2. memang banyak vintage style but murah yang pastinya. memang i selalu shopping di TS sebab memang banyak pilihan. apa yang i idamkan selama ni dapat juga i beli. sukanya!!! tapi i tak ada la nak tiru 100% style nurul ni kan. nanti prototaip pula. buat style sendiri sudah. simple je, but hot ok. hehehehe. yang memang i nak beli dress belang2 tu dengan baju kait ni. ni semua memang the last one. lagi2 the dress. i beli dari patung terus. sebab tinggal kaler hitam dengan putih je. yang ada kaler merah dengan putih. tak apa. lain kali nak beli merah dengan putih. tunggu hujung bulan ni. tak sabarnya.

and korang semua tak kan tak tahu kot 2 hari lepas merupakan jualan or sale bagi pemegang j jusco card. so, untuk 2 hari lepas telah diadakan sale besar-besaran tau. sukanya mak!!!!!! i dah plan walaupun i tak ada j jusco card, i dah plan untuk keluar awal ke mid valley untuk buat card. and i yang first yang sampai untuk registration and proses membuat card pun sangat cepat. lepas buat tu baru pukul 11 pagi. so, i dengan adik i brunch di kfc. habis makan je terus ke vincci untuk membeli kasut yang i dah lama usha berbulan-bulan mengharapkan ada harga runtuh. memang runtuh pun. dengan kuasa j jusco card, i pun dapat beli kasut tu dengan 20 % je. kalau tak rm 80 weh. kopak duit aku. setelah duk fikir2, mix and match dalam kepala otak sesuaikan dengan apa jua jenis baju dengan event i pilih kasut ni. yang lain i tak berkenan. kalau berkenan pun tapi kasut tu tinggi buat apa kan. i tak biasa sangat kasut tinggi2 ni. gawat la. teringin nak pakai, memandangkan i jenis yang berisi sedikit je, cehhh ayat berisi sedikit je. nak sedapkan hati. heeee~

lepas beli kasut, i terus ke gedung jaya jusco and damn ramai gila orang!!! semuanya masyarakat cina sahaja. memang kaki rembat juga dorang ni kan. heeeee~ apa2 pun, i memang dah lama gila nak beli seluar jeans yang kaler iras2 seluar jeans romp yang kaler lusuh2 gitu. buat apa beli mahal sampai rm 80 tu. dah ada durian runtuh ni weh. 70 % tu. seluar yang i beli tu harga asal rm 100 la. but after 70 %, rm 30 sahaja. rm 30 sahaja tau. murah gila. muat2 and sedap je pakai. macam tau2 je bila try terus jatuh cinta sebab muat kan. kaler pun macam iras2 kaler seluar romp tu. ok la dari tak ada kan. dekat rumah pun bukan banyak sangat jeans pun. semuanya dari zaman dahulu kala. tak ada dah i nak pakai. dulu masa zaman sekolah, i suka style hip hop. eh, percaya tau. dulu hot dengan ruffedge. tu yang style pun hip hop. seluar nak besar je. kasut nak high cut. tapi entah mana pergi kasut tu. beli dekat echo park tau. jangan main2. dulu hot label line dari echo park. sekarang ni x tau la. ada ke?


hehehehe. lepas shopping mopping ni i terus ajak adik i pergi main game dengan tingkat atas area cinema gsc tu. lepas gian  nak main kereta lumba dengan pukul2 gendang. ni je la yang sempat snap.

ok la, sampai sini je ye. nak tengok the fugitive plan b ni. bye!!! rain forever!!!!