12 Dis 2010

bukan apa

wah, rajinnya aku berbelog ya. heeee~ ya la, kat mana la aku tak luahkan isi hati aku ini kalau tak kat belog terperam and wondering ada ke orang baca. apa2 je lah dik non. janji akak bahagia. hehehe. aku bukan apa sejak akhir2 ni apa yang aku dah plan dengan berangan sekali tu macam tak menjadi je. arrrgggghhhhh!! bila fikir balik, ala, melepas la macam ni. huhuhu, sedih weh. aku nak cerita kat korang ni yang aku ada firasat yang mengatakan aku tak dapat pergi lagi anugerah skrin tahun ni. huuuuu~ sedih. aku dah la berangan nak masuk post party, ambil gambar dengan artis2 vogue cun melecun malam tu nanti. and then aku dah berangan yang aku nak dress up lawa2, cun2, huuuu~ tak jadi la nampaknya.

sebab apa. sebab kakak yang buat bil di dalam air cond dah pregnant. and i should happy for her but in the same time that i thought 'what'?? huuuu~ sebab kakak tu dah rupa tak larat. ya la, first pregnancy kan. so, banyak pantang larang. banyak kena jaga. aku pun kadang2 fkesian gak tengok kakak tu. mengadu asyik penant je. jalan pun dah lambat. and aku fikir2 balik, sebab kakak tu pernah bagi tahu yang dia tak larat and nak start cuti awal dalam pertengahan bulan ni. so, aku macam 'aduh, aku seorang je la kat dalam air cond ni'. nak harapkan kakak lagi satu buat bil pun tak boleh sebab dia kerja ofis, and sudah pun naik pangkat. jadi pangkat baru mestilah kerja banyak kan. kesian pun ada. and masalah aku sebenarnya aku memang tak dapat pick up apa2 yang berkaitan dengan nombor. memang lembab aku akui. sampai sekarang nak buat bil pun tak boleh sebab takut and fobia customer complain 'adik, ni kenapa mahal sangat. acik makan sikit je'. hah, tak pasal2 aku panik nanti. and tak pasal2 aku tarik muka dengan customer dengan bos2 sekali.

and dalam waktu terdekat ni pulak aku nak further study aku kat uitm. dah dapat pun. daftar bulan 1 ni 2011. so aku kesian gila kat bapak aku sebab dia penyelia shift malam. kalau dikirakan kakak yang buat bil yang betul2 ada sekarang cuma 1 dengan abang yang lagi seorang tu. dia pun macam aku, boleh buat bil, tapi untuk makanan dengan minuman yang senang je la. lagi satu kakak yang kerja ofis tu. tu pun tengok keadaan dia boleh datang buat kerja part time.

aku bukan apa. just bila aku dah war2kan yang aku nak sambung belajar balik and habis bulan ni je dorang macam lost. huuuu~ aku ni boleh dikirakan boleh mengemas, manyapu, mengelap dengan pantas. aku peduli apa kalau customer tengah makan ke minum ke, tapi aku kalau sapu tu tak ada la sampai habuk tu terbang sana sini. sapu lembut2 gitu. sepoi2 bahasa la. janji kerja siap dah menyenangkan kerja pekerja lain pulak. tolong antara satu sama lain. kerja pun jadi mudah.

apa yang risaukan dan aku mengharap sangat adik2 aku dapat cover kejap aka bekerja untuk shift malam sahaja. bulan 12 mestilah ramai customer sebab kan cuti sekolah lagi. nanti dah masuk tahun baru, customer pun kurang. kalau banyak pun customer dari hospital tawakal. macam  nurse, patient doktor, dengan family yang adatang melawat pesakit. bos aku pesan, order tu kalau boleh cepat, customer datang nak makan lepas tu balik la. itu memang boleh diuruskan. dibuatnya kalau ada customer yang suka membuang masa makan dengan minum tak seberapa itu memang tak boleh terima. aku boleh tension tau. sakit hati je. dorang ni tak ada rumah ke, anak bini tak ada ke, esok tak kerja ke. ke selalu masuk lambat sebab tidur lambat akibat buang masa di restoran. aigoooooo.

aku bukan apa. cuba meluahkan apa yang dirasa, bukan memaksa ataupun mencerca sesiapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan