22 Ogo 2011

for the rest of my life

mungkin terjadinya sesuatu perkenalan yg tidak diduga oleh seseorg itu akan masa hadapan org itu bakal hadapi kelak akan juga memungkinkan seseorang itu hidup dlm merana? betul x? aku merasa seperti itu sekarang ini, dan adakah ini pembalasan aku terhadap org2 yg aku syg tapi x pernah kesampaian?

pertama kali dlm hidup aku, aku menerima seseorg itu. tetapi org itu ku kenali di tmpt kerja, bagi aku dialah segalanya, warna2 dlm kehidupan aku, kalo aku sedih, dialah badut aku, kira susah senang bersama, indahnya saat itu. tapi kenapa dia hilang mcm itu sahaja, pergi tanpa khabar berita, sampai satu masa dia menelefonku utk meminjam duit kpdku utk tujuan hantaran pertunangannya, masyaAllah, hanya Allah swt sahaja yg tahu perasaan aku ketika itu. tetapi aku tidak menuruti saja kemahuannya itu, kerana aku terkedu, kenapa itu terjadi kepadaku, aku redha...;(

sehinggalah aku menjejakkan kaki ke menara gading utk meneruskan cita-citaku. apa yg aku perlu ialah semangat utk meneruskan kehidupan. aku tidak mahu berpaling kpd kisah lama. itu azamku. lantaran itu, pertemuan aku dgn si dia seperti dunia ini indah belaka utk aku. hari2 yg aku lalui penuh dgn kegembiraan. kegembiraan yg tidak dpt aku gmbrkan dgn kata2. bg aku setiap hari itu adalah hak milik kami berdua. tetapi kebahagiaan yg aku kecapi itu tidak berpanjangan. dan seperti yang aku jangkakan, terputus di tengah jln. sedang aku mengayuh utk mencari jawapan, mencari apakah kesilapan yang aku telah buat, namun itu semua kecundang, alasan lain diberikan. cukup sudah aku sahaja yg tahu. aku tidak mahu mengaibkan si dia, biarlah aku sahaja yg tahu. pada mulanya si dia menceritakan hal sebenarnya terjadi perpisahan itu, aku terkejut, namun aku redha, mungkin ada sebab jodoh aku dgn si dia tidak boleh berpanjangan, aku terima hakikat itu sekali lagi. pasti ada jalan kebaikan aku di hadapan kelak.

setahun kisah2 itu pergi meninggalkan aku, aku meneruskan kehidupan seperti biasa, dan aku telah menanam hasrat utk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. namun sepanjang setahun itu, entah macam mana hatiku terikat dgn seseorg yg telah menambat hatiku. entahla mcm mana aku nk ckp. kalo boleh tiap2 hari nk jumpa si dia. dah macam hidup aku dah tak keruan tanpa si dia. sepanjang aku dgn si dia, aku terlalu memasang angan2 yg terlalu tinggi utk aku dgn si dia.

namun aku dapat rasakan, perhubungan aku tidak boleh diteruskan tanpa persetujuan ibu bapaku. aku telah menceritakan segalanya tentang pertemuan aku dgn si dia kpd mak aku, namun mak aku seperti sudah mengetahui akan masa hadapan aku. mak berkata biarlah cari yg elok sedikit. perkataan sudah cukup membuatkan hatiku meruntun. dan secara automatik, aku rasa bersalah hendak meneruskan perhubungan dgn si dia. aku tidak mahu menjalinkan hubungan tanpa restu. namun aku dpt tahu si dia seperti tiada kekuatan utk meneruskan perhubungan setelah aku menceritakan segalanya.

 setiap hari mesti ada sahaja yg tidak kena. seperti ada sesuatu yg tidak boleh kami meneruskan perhubungan. dan akhirnya kami pun putus. namun si dia tidak mahu melepaskan aku dan aku telah menolak secara baik keinginannya itu. aku memberi si dia semangat agar biarlah kejar cita-cita dahulu sebab aku tahu dia sahaja yg mencari nafkah utk kedua ibu bapanya di kampung. dan satu khabar berita yg baik, dan alhamdulillah si dia telah menemui kebahagiaan yg dicari dan telah mempunyai pekerjaan yg tetap, syukur, alhamdulillah...

dan akhirnya aku di terima masuk ke alam universiti, alam yg aku impikan sejak di bangku sekolah lagi, alhamdulillah. saat itu aku telah dipertemukan dgn sahabat yg sehingga kini memahami tentang diri aku. dia adalah bernama SAHABAT. si dia juga lah yang telah byk bercerita tentang seseorang yg semakin lama semakin aku ingin tahu siapakah gerangan lelaki itu. sehinggalah pada hari itu aku dipertemukan dengan si dia melalui SAHABAT. Ya Allah, saat aku melihat wajah si dia, terasa hati sejuk sentiasa. apabila si dia ada, angin kuat menyapa, semakin dalam rasa cinta. namun sehingga kini hanya aku sahaja dapat rasakan cinta itu. biar aku sahaja yang tahu betapa aku menyayangi si dia. sepanjang aku menimba ilmu di sana selama 4 bulan aku terasa hidup yg aku jalani ini berada di awang-awangan. tidak lekang nama dan wajahnya di minda aku. ada sahaja yg menggamit perasaan aku sehingga ia menguatkan kasih syg aku kpd si dia. aku menanamkan rasa positif pada diri, insyaAllah, jika Tuhan itu izinkan hubungan aku dengan si dia pada suatu hari nanti, syukur, alhamdulillah..

biarlah pahit mengenai si dia aku sahaja yg lalui. pada suatu hari, aku seperti sudah putus harapan, dan hilang semangat terus. aku menangis mengenangkan inilah pertama kali aku mengasihi lelaki secara diam2 dan dalam2. dan aku bertanyakan kpd hati ape aku hendak sebenarnya. dan aku menghukumi si dia kenapa si dia beranggapan sebegitu? saat aku mendengar luahan itu menerusi SAHABAT, aku mencuba utk mententeramkan diri aku. namun aku tidak dapat membendung perasaan aku ketika itu. aku mencuba utk menahan. namun aku tersungkur, menangisi dan meratapi apakah kurangnya aku? apakah banyak salahku aku pada masa silam? biar aku sahaja yg tahu.

sehingga saat ini aku rindukan dia yang teramat sgt, jika boleh aku mahu menggulung masa dan hari agar cepat berlalu, aku tak mahu karat rindu mula merebak, aku takut aku sakit, sakit rindu, Ya Allah, kau lah Tuhan yang mendengar rintihan hambamu ini, jika terdapat kekhilafan aku pada masa silam, aku memohon kpdmu agar dapat memaafkan aku...;(



1 ulasan:

  1. HAHA SAPE KAH GERANGAN SAHABAT ITU??
    adakah saya mengenali beliau??

    WEYH, chill ok.. Allah tahu apa yg trbaik utk hambaNya..Allah tak pernah dan tak akan kejam dgn hambaNya..cuma kita ni kdg2 terleka..

    Apepun back to basic ok..

    ingt, sahabat akan bergelar sahabat bile die selalu ade di sisi sahabat..

    no matter what happens, insyaAllah aku akan jadi SAHABAT itu ^^

    BalasPadam