6 Mac 2010

membeli belah makan sakan

wah, entry nampak sakan ye ye o je kan. hmmm, memang pun saya baru balik dari membeli belah *barang dapur je la. tiap tiap bulan family saya akan hang out sama2 beli belah barang dapur *tak include lagi janjan kitaorang lagi.  nak masuk simpang belakang cheras perdana lama lalu jambatan bandar sg long tetiba je jem. and mak saya tetiba bukak mulut, and dia cakap "kenapa tak lalu depan msuk cheras perdana yg lalu tol tu"? and baba cakap "kenapa tak bagi tahu awal2"? and baba pun straight away corner terus ke cheras perdana. nampak je Econsave Balakong terus je ke destinasinya.

sampai2 je rupanya lag senang dan cepat lalu belakang. tak jem. selamat sampai kitaorang terus membeli belah yang sepatutnya je la. tapi kitaorang da list barang2 yang wajib beli je pun kadang2 gatal tangan gak amek yang bukan2. saya pun rembat mini pack cereal yang dalam tu ada enam cereal contoh macam mili, koko krunch, crispy, honey star and macam2 lagi la. and mm. wajib ok. but akhir2 ni rasanya dah lain. lebih coklat pulak. dah tak sedap macam dulu.adik2 saya macam2 gak dorang rembat. ada yang amek oligo la, ovaltine crunchy la, pencuci muka garnier men yang scrub tu la, perfume dashing, deodarant, shampoo, sabun, and lots more. banyak gila. total2 semua rm 200 ke atas. memang selalu budget rm 200 kalau barang2 dapur ni. but bagi saya, dah tak macam barang dapur lagi dah. barang diri sendiri ada la.

lepas je beli belah, baba tanya nak makan kat mana. and kitaorang cakap suka hati la mnak makan kat mana. and baba cakap makan kat ikan bakar je la. and semua senyap. tak mengiyakan or menganggukkan pu tak. and baba cakap makan kat ikan bakar je. lagi pun kat sini mana ada tempat makan. and aku pun terus terfikir, mengidam lak mee bandung muar tu. malas lak nak makan nasi. sampai2 je aku terus order makanan aku. yang lain terus amek nasi campur. lepas makan habis semua, kitaorang pun balik. hmmmm, panas dah membahang dalam kereta. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar and jem pun tak ada. kalau ikutkan baba dia cakap jem sebab LTDL. but quit ok tak la jem sangat. da keluar rumah pukul 1 lebih. LTDL tu pukul 10 lebih memang la dah habis.

and lastly satu perkara lagi yang menggembirakan aku. today maybe dapat gaji or esok. not sure. but hati saya dah senang. apa lagi, joli sakan la. yeahhhhhhhh!!!..and aku akan update maybe isnin or selasa tentang shawl2 yang aku punya hendak dilelog di blog ini. murah2 jek. and for sure sekali dengan posting. wait okey..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan