14 Jul 2010

hatiku berbicara tentang cinta


apa yang aku rasa tatkala ini? hati, luahkan rasamu. jangan kau malu kerana engakau pun sepi tanpa cinta. aku mengerti aku mula rasa ingin dekat dengan cinta. semakin aku dekat, semakin ia menjauh. apa salah hati aku? tolong jawab hati. biar aku tenang dan mampu mengukuhkan benteng keyakinan aku untuk bebicara tentang cinta pada seseorang yang aku benar-benar rasa itu adalah cinta untuk diriku.




siapa yang suka hati ini? aku mulai resah berbicara tentang ini. segala rasa mula menerjah mengetuk-ngetuk ruang hati. aku terasa kerdil. kerdil sangat. kerdil dikelilingi cinta yang indah. sakit hati bila aku rasa cinta hadir pada orang lain. orang lain yang bahagia dengan cinta. tapi aku?



cinta dahulu pernah menyakitkan hati. tapi hati aku sakit bila disakiti cinta yang aku rasa debar dan getar seluruh jiwa. adakah ia cinta sejati? tapi aku menafikan. menafikan. mungkin aku terlalu pentingkan citarasa. citarasa untuk masa depan aku. semakin aku cuba memahami hati, semakin hati ini membelot perasaan itu.




mengapa aku selalu kalah dalam berjuang menafikan segala rasa itu? hati, jangan kau kuat mengalah. jangan biar ia meruntuhkan benteng keutuhan yang selama ini kau bina. hati, kerana cinta, rosak binasa nanti. bukan rosak mengharap cinta, rosak menanti cinta yang tak kunjung tiba. biar ia berlalu sehingga kau sedar bila ia datang menyelamatkan kau dari terseksa kerana cinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan