10 Mei 2011

terbalik dunia

mari semua, rapat2, nak cerita ni, heh...sedepa lempang singgah kat muka aku, cehhh...;(

hehehe, bukan ape, disebabkan perasaan aku sekarang ni, membuatkan sayang tu kpd si dia semakin membuak-buak pula..

heee~ bukan ape, tapi entah la, first aku jumpe si dia ni tak ada la special sgt pun mamat tu, tapi makin lama semakin ada benda yang menarik perhatian aku utk aku mengenali si dia ni..

dan entah mcm mana disebabkan si dia juga la aku menangis, gila menangis teresak-esak gak la. sengal aku. hahaha. dlm sejarah bila fikir balik. dlm hidup aku ni mana ada aku nk nangis disebabkan oleh lelaki, lelaki ok? huuu, bila fikir balik, eh betul ke tu aku? siyes la aku ckp dgn korang, si dia ni dah sah2 mmg special utk aku sebab si dia la yang buat aku sebak and then nangis tiba2 tanpa motif.

maybe sebab aku pendam perasaan aku ni lama sangat, sayang kt si dia tu dah semakin melimpah-ruah dah ni. dah tak tau nk simpan kt mana lagi ni. simpan dlm hard disk dgn laptop je la yang termampu buat aku. hope satu hari nanti, i nak you sedar yang i ade kat sebelah you, oh please!! can't you imaging what i feel about him? huuuu~ serius la, i want it!!!!!...;(

*kita selalu lelapkan mata agar awak menemani saya tidur...;))

7 Mei 2011

1001 akhir sem 1

alhamdulillah, syukur sangat2 yg aku dah berjaya lalui sem 1 dgn jayanya, byk gak la suka dan duka sem 1 yg aku lalui, semuanya mengajar aku erti hidup...;))

actually aku mmg tak ada mood utk menulis recap utk sem 1, ttp aku hanya ley kongsikan dgn korang semua apa yang telah aku lalui utk sem 1...;))













18 Apr 2011

end of sem 1

sebelum nak mulakan catatan untuk entri hari ini, aku right klik nak tengok entri apa yang aku post the past of week yg aku dapat rasakan sewaktu taip entri ini rasa macam kekok lak, taip pun lambat. huh!

hahaha, dah baca pun entri yang berbulan-bulan lepas. lawak gila! hahaha. ok, firstly, secara sahnya aku dah memegang tanggungjawab sebagai Bendahari CASA untuk Fakulti TEKA. yeahh! agak cuak di sini. amat berat ye tanggungjawab itu. Bendahari ok! fuhhh! tarik nafas. citenya begini, secara tidak langsung aku telah mendaftar untuk menjadi calon CASA and fyi petang itu juga kena bagi open speech kt seluruh pelajar TEKA, ok pelajar TEKA, serius cuak beb. adui. dengan semangat yang kawan-kawan berikan yang aku ingat datang support aku that day ialah art, iba, iskandar, razak, kuren, fiza dengan aini. tu je la yang aku ingat. and aku nak ucapkan terima kasih kat korang sume sebab support aku walaupun dalam hati aku rasa nak tarik diri je. tapi apakan daya dah tak leh tarik diri, kena go on jugak. akhirnya aku diberi tanggungjawab sebagai Bendahari CASA 2011/2012. alhamdulillah, i wil try my best if korang support dengan program yang we all anjurkan, janji eh?

secondly, pasal minggu karyaone untuk mengiktiraf hasil kerja pelajar Fakulti TEKA untuk mendapat mata dari penggiat seni tanah air. so, its begin with minggu dulu. its call minggu karyaone. untuk first day meman kami tak datang la. sebab ura2 tak ada kena mengena dengan pelajar penulisan artistik. but that night, our dekan, Prof Razak turun padang buat announcement sesiapa yang tak datang untuk minggu karyaone akan ditolak markah, and what? guess what? kami dah cuak sangat sebab banyak jugak la markah nak kena potong. the second da we all pergi la, and that morning was bengkel monodrama by fared ayam. and fyi, fared ayam was so cool. aku tak pernah tengok lagi orang bagi speech cool gila macam fared ayam ini, sume ayat yang keluar dari mulut dia sumenya tentang kehidupan. wow!


third day lak, wacana seni bersama MDeC dengan MAC3 or pusat industri kreatif, wow! its was like sukanya!! teruja tau bila dorang bagi speech. sebab ia ada kena mengena dengan assignment academic writing for group. the whole wacana seni ni berlangsung, mata aku ni tak langsung nak mengantuk. so, wacana seni ni berjaya membuatkan aku tak mengantuk sebab information and sound yang bagus, ala2 dalam panggung wayang tau. teruja sangat2. heee, lagi satu yang penting, last for section untuk tanya soalan kepada sesiapa yang tak faham tentang speech yang disampaikan. and aku tanya la, 'saya nak tahu adakah CGI tertakluk dalam skop kerja Rythm & Hues ni'? and jawapannya adalah semua2 macam 3D, animasi VFX adalah termasuk dalam CGI. ahhh, leganya. heee, aku dapat hadiah tau. note kecik dari MDeC dengan MAC3. heee. cute! thanks!

last, malam karyaone, yeayyy!! hari dinantikan. secara kesimpulan yang aku boleh buat kat sini adalah aku bangga gila ditakdirkan sebagai pelajar TEKA. banyak pengajaran yang aku dapat dari apa yang aku lihat hasil dari kejayaan senior2 aku yang menang anugerah hasil titik peluh dorang. aku rasa macam gila tercabar. aku nak sangat dapat sesuatu yang aku boleh yakinkan diri aku ni aku boleh buat apa yang dorang sume boleh buat. hmmm. malam tu banyak jugakla dapat support dari artis2 veteran, contohnya dato jins, mariani, azizah mahzan, datuk m nasir, erra fazira, norman kru, freddie fernandez, one nation emcee, iqram dinzly, and heee, aku lupa la yang lain. dan yang paling best datuk vc bagi dewan sri budiman untuk pelajar TEKA buat event tapi dengan syarat kena kongsi dengan pelajar Masscom. dan2 best sangat2 datuk vc bagi dana 100 juta untuk bina fakuli TEKA yang baru di kampus induk, yeayy!! aku rasa macam, wow! terharu gila la. aku tau kenapa aku terharu sebab ade kisah di sebalik kehidupan di kampus puncak perdana. tambah lagi dapat support dari lectuer, siap bangun lagi, jerit 'TEKA' banyak kali, tanda setuju. heee~







till then
daaa~

1 Feb 2011

marathon utk 3 bulan

assalamualaikum semua, waaaaaaaaaaa!! rindu la. sorry mmg saya teramat-amat busy sekarang ni. dah bergelar pelajar mmg memerlukan komitmen yg tinggi. lagi2 byk perkara luar biasa yg aku buat sampai aku sendiri tanya, 'eh, betul ke ni aku?', 'eh, boleh ke aku buat? mcm x percaya je?'. hah, tu lah soalan yg bermain-main di benak fikiran aku ni. la ni pun mcm nk tembak dgn senapang gajah otak aku ni biar betul ke ni harisatun? hohoho. ramai kawan2 seangkatan sewaktu blaja dip dulu pun pelik, ni ke harisatun? mcm tak percaya je?

hohoho. ok, that day aku ade update psl suasana hari pendaftran kan? so far so good la. taklimat tu buka minda aku ni yg skrg aku sudah menjadi pelajar TEKA. dgn ucapan dekan yg tersyg lagi, lagi bertambah-tambah semangat. yeahhh!! harisatun chaiyok!!!

ok, masuk minggu kedua, if aku pun tak sure minggu bila yg mmbr2 aku ni ajak pergi interview utk sekretariat mahasiswa fakulti. wahh, gila la. entah mcm mana gak tergerak kaki ku ini pergi join interview. nk luruh jantung aku bila turn aku. penemuduga aku ada 3 masa tu. yg tanya 2 org sahaja. abang dd dgn abg e'in. perghh, soalan yg ditanya mmg menguji kecekalan aku, yg aku pun jawab tak menyakinkan diri sendiri. after that, in that week gak bergilir-gilir dpt sms yg dah lps interview tahap pertama. mlm tu gak kena pergi kursus as a calon smf. dan selama 2 minggu gak aku lalui mcm2 pengalaman sbg calon smf. and for the last week sblm cuti mmg hadir utk meeting biasa2 jek, tp abg dd umumkan mlm tu adalah pemilihan utk smf 2011/2012. perrgghh. cuak gila la. and aku pun tak terpilih utk smf. ttp aku akan diserapkan ke casa dimana aku akan bg open speech utk dak2 teka vote utk aku for jawatan mana yg aku ni sesuai pegang. arggghhh. siyes beb. mati aku. aku dah la gagap. mati kutu aku mcm ni. sengal. meh kepala aku nak hantuk kau, gatal sgt. huhhhh!!!!

and for my classmates, ct 224, you guys are the best. entah mcm mana alang2 nk cuti terasa lak nak berphotoshoot dgn dorang ni semua. spt yg aku dah plan awal2, after klas titas je pun dah lmbt. tinggal 10 minit je nk start klas bel, klas pn rosiah. hahaha, pn rosiah you are the best too. disbbkan pn rosiah la kami semua enjoy dgn masa yg ada semasa menantikan pn rosiah sampai, kami berphotoshoot di luar klas. luar klas pun jadi la. tp nasib baik semua pandai pose. suka maakkkkk!!!, and especially to lin, art, arol, anip, famy, ren dgn razak yg byk menceriakan komen2 di dlm fb. huhuhu. sem depan kita berphotoshoot lg ok. nnt kalo hang out sama2 tak keje aku leh je on, aku kan part time photogapher korang semua. bayar lebih ok. belanja ke? hahaha. mahu kena puk jap g. menggedik tak tentu pasal.

ok, la korang. skrg ni pun aku duk pening dgn assignment yg bertimbun. nasib baik academic writing dah lepas dgn en zan punya. titas on the way, othello lak nak cuti ni try la pinjam buku dgn prof solehah. cerpen lak mlm2 buta baru dpt idea. skrip pentas lak nak kena brainstorming balik. visual culture isnin ni dah start photoshoot. so standby kpd pelakon2, scripwriter, storyboarding..;p

gambar2 nnt aku akan update sbb guna lappy acer mmg lembab gila nk upload gmbr. haihhh!!!!...;(

9 Jan 2011

TEKA

TEKA? apa itu TEKA? TEKA tu adalah fakulti teknologi kreatif & artistik (TEKA) UiTM Puncak Perdana. huhu. i'm freshie student's. satu minggu taklimat mengenai fakulti aku dah jatuh cinta dengan kursus ni. dulu dikenali sebagai fakulti seni persembahan. Yana Shamsuddin dengan Farid Kamil pernah belajar dalam kursus ni. tapi dorang dah lama graduate.

tapi aku dalam kursus penulisan artistik. bagi subjek minor/elektif aku pilih untuk belajar production house. huhu. interesting right? rasa macam tak percaya ada peluang sambung belajar balik dalam penulisan, broadcasting atau production house. hah, amek sekali tiga aku akan belajar.

tapi bagi aku kursus ini adalah sangat best gila kerana our dean is Prof Madya A Razak Mohaideen. huhuhu. Pn Mastura cakap rebutlah peluang untuk cari 'duit poket' ye. huhu. baiklah puan. kalau ada masa dan kelapangan serta diberikan rezeki untuk mencuba, saya memang teringin sangat. memang inilah yang saya dah lama nanti-nantikan.

so, first day aku daftar selasa lepas. memang awal gila la keluar dari rumah. memang tepat sekali jangkaan ayah aku. sesak gila. around 9 am baru sampai di UiTM shah alam untuk sesi pendaftaran. selepas tu pulak kena bergegas ke fakulti di puncak perdana. masyaAllah. sesat la. around 11.30 pagi baru sampai fakulti. lepas hantar fail hijau di pejabat fakulti terus ke kolej kediaman untuk isi borang kolej kediaman, bayar rm 28 untuk baju, ambil kunci and check in bilik. fuhhh!! apartment la. bersih dan baru lagi, serta selesa dan besar. syukur, alhamdulillah.

petang dah mula kelas. first day kelas je dah ada assignment untuk buat cerpen, novel or cerita pendek. la ni aku pun tak habis2 taip lagi. idea tak sampai lagi la. lect suruh tengok cicak, cicak pun tak mai lalu. takut aku lastik la tu. huuu~ cicak, mai la datang!!

rabu lak ada sesi taklimat fakulti di studio pancha delima. around 5 pm baru habis. and semuanya memang hebat-hebat belaka dan bukan calang-calang our pensyarah. syukur, alhamdulillah lagi Allah swt memberikan tenaga pengajar yang terbaik semenjak aku tanamkan hasrat untuk bergelar pelajar universiti. syukur, alhamdulillah lagi diberikan kemudahan pembayaran pengajian yang tidak terlalu mahal. syukur!!

and for koko, aku masuk fire bridged. uitm puncak perdana adalah first batch untuk koko fire bridged. so, aku ambil peluang ini untuk mengembangkan koko aku. biarlah sampai ke sem yang ketiga perlu wajib lulus asalkan ada advantagenya.

isnin ni mula lah kuliah aku. so, sekarang aku pun dah nak bersiap-siap pulang ke uitm puncak perdana. okey, selamat tinggal kekasih gelapku. gelap ker?...;))

3 Jan 2011

ni yang suka ni

yeayyy!! dah dapat gaji. syukur, alhamdulillah. ni yang suka ni. tadi dapat gaji je sengih memanjang macam orang gila. orang gila pun sama je kalau dapat makanan, minuman, duit apatah lagi gila lah dia kan. sukanya dia!

lepas tu aku ada la buat kenduri kesyukuran sedikit dekat tempat aku kerja ni. kenduri lah sangat. cuma niat ikhlas tulus murni ni nak belanja mereka2 semua setelah berpenat lelah melayan kerenah dan bebelan aku sepanjang aku bekerja setahun dekat situ. agaknya mesti mereka2 ni jenuh gila dengar aku merungut dengan membebel apa semua kan? so, korang dah tak dengar dah bebelan tu semua sebab aku nak merantau. huuuu~ timba ilmu tau, bukan timba buat calon suami. so, kalau dah jodoh aku kat sana, aku terima je lah ye dok.

so, you guys enjoy the picture ok. ni semua muka2 pelahap, tapi cover gila tahap cipan dorang semua ni.

chicken chop 6 yang dipotong


muka pelahap satu..;p


muka pelahap dua wanita yang telah join bersama pelahap satu...;p








ni lah sedikit sebanyak farewell yang saya conduct. ceewahhhhhhhhhh!!!

ok, bye, pagi2 je nak keluar pergi post office, lepas breakfast, pergi tesco beli barang, bank in and last shopping di times square.

salam ukhwah semua ye....;))

1 Jan 2011

ni semua pasal jejaka idaman i

huuuu~ skandal yaww'sss.. aku tak sabar ni nak jumpa 3 jejaka comel, gemuk, tembam, mantap semua pun adalah. ok dah siap charge bateri kamera tinggal nak berphotoshoot je esok. kota kemuning adlah tempat yang cantik ok. tak ada sakit mata memandang. rumah kat sana mahal-mahal aku rasa. rumah yang aku nak pergi rumah maksu, adik mak aku yang bongsu sekali. dah kahwin, anak pun dah tiga orang, lelaki semuanya. dan semuanya comel tau!!!!

rindu tu dengan 3 comel2 ni. last jumpa pun masa kenduri kahwin abang saudara di pulau indah. tak la pulak tarikh tu. rasanya berbulan-bulan kot. ni baru anak saudara, kalau dah pakwe berjauhan lagi macam mana la agaknya kan? aku ni single lagi. perghhhhh!!! SINGLE TAU!!!!

so aku nak kenalkan lah dengan anak saudara aku ni yang comel2 ni yang buat aku tergila-gila, meroyan ape semua kalau dah jumpa dorang ni. OH MY DARLINGGGGGG!~!!!!!!

Ni la Luqman sayang saya (comel kan?)

adui comel la. huuuu~


yang baju biru tu, Adam, sayang saya nombor dua, nama panggilan manja dulu masa kecik, *gendut* sebab masa kecik dulu memang gendut tau. dah la bulat. lagi la bertambah-tambah sayang ni...;))


tengok betul tak? gendut kan? bibir mengalahkan angelina jolie tau. suka you....;))
ni yang ketiga yang bertambah-tambah tak ada dah tolak-tolak, sayang saya nombor tiga, Qayyum. pergghhh!!!! pipi melayut, tergantung.....;))

so, comel kan sayang2 aku ni? perghhh, tak sabar esok. nak peluk, cium, ramas, belek, main semua la habis-habisan dengan dorang ni. nanti bila lagi la dapat jumpa. selasa depan dah bakal jadi pelajar balik. huuuu~

ok, aku janji kan nak update gambar masa anugerah skrin 2010 jumaat lepas kan? aku tak boleh update banyak, sebab yang ni je yang aku nak sangat gila bergambar dengan dorang. kau tahu tak lena tidur aku disebakan dorang ni. ok, nah, ni dia...


yeayyy!! me with Fahrin Ahmad y'allll!!!!. SUKA SANGAT TAU!!!!! huuuuu~

me with Syamsul Yusof. pengarah kesayangan aku ni....;))

me with Shaheizy Sam, alololo he's so sweet ok!!!! bila dapat jumpa lagi ni. huuu~


aku sebenarnya kenal dia, from drama Bionik rasanya. tapi tak tahu nama la. bagi hint tau bila amek gambar dengan dia. baru dia ingat. alololo!!!!

aku SUKA GILA GAMBAR NI!!!! rasa dah macam model lak. padahal aku yang terpendek sekali. kasut yang aku pakai wedges je pun. ok la baju pun dah kira glam la jugak kan. huuuuu~ me with from left Iqram Dinzly, Fauzoah Ghous, Awal Ashaari & Scha Al Yahya...;))

so, korang sila tau jangan jeles dengan i. uhhhhhh~ please eh. sori tau. i tak mintak you all jeles dengan i. sori ok. tahun depan ada lagi. tapi korang kena la rajin tengok drama kat tv3 tau... promote tv3 lak. rating naik ni....:))