21 Sep 2010

raya pertama aku macam ni la

puasa pun dah berlalu. sekarang ni dah masuk raya ke 12. so far raya aku ok la. macam raya tahun2 yang dah lepas. raya pertama satu hari tu dipenuhkan dengan menziarahi sanak saudara. pagi raya ke cheras rumah atok. on that day pula aku tak boleh sembahnyang raya. so aku buat la apa yang patut. contohnya basuh pinggan mangkuk lepas family aku, pak uda, mak uda  dengan atok breakfast. lepas tu pula potong lak nasi impit. senang la keje aku nanti. dah potong siap2, lepas goreng ayam madu yang mak aku perap 1 hari aku boleh la sambung tidur. mengantuk seh.

raya pertama jatuh pula hari jumaat so sanak saudara aku yang lain pun datang nak dekat2 waktu sembahyang jumaat. sebelum tu makan minum dulu and then baru pergi sembahyang. sunyi kejap rumah atok. aku pun sambung tidur aku. tak ada keje nak buat. semua dah tersedia. sape yang dah makan minum tu diaorang basuh la sendiri pinggan mangkuk yang diaorang guna. atok dah tak larat. mak uda lagi la. sehari suntuk masak lauk pauk raya. sambung pula jahit baju anak-anak dia yang separuh siap. pukul 4 pagi baru boleh tidur. mana tak penat. tiap2 tahun macam ni.

lepas jumpe sanak saudara yang lain lebih kurang pukul 5 petang baru gerak ke rumah sanak saudara yang lain. beraya rumah nek cik di keramat. lepas tu rumah nek cu di gombak. lepas tu yang terakhir rumah paklong dengan maklong di greenwood. lepas tu korang layang je la gambar kat bawah ni.



hahahaha. pagi2 dah buat aksi gedik yang tak jadi.


gedik kan?? kata je la.


hah. tengok. adik aku yang bongsu ni lagi gedik gila. nak tampar je. nasib gambar cantik. thanks ba.


sudah la tu.


memperkenalkan, ni la tok mak saya. tengok tu, gelak tak ingat.

ok, sampai sini je la cerita raya pertama aku. esok aku update untuk raya kedua pula ye walaupun raya dah masuk raya ke 12.










20 Ogo 2010

idaman hati

aku menanti yang aku nantikan.

11 Ogo 2010

misi incomplete

misi aku kali ini incomplete sedikit. sebab ape kerana adik aku dia tak nak tengok movie. so, aku buat decision, ikut je la ape dia nak. janji teman aku jalan-jalan. mana tak nya, kata dah janji dengan. tiba-tiba lak kaki dia sakit, alasan sebab dia keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan dia semalam.

last-last dia terpaksa juga ikut aku. aku tunggu dia lepas habis bakar chocolate chips. lepas habis je terus siap semua and gerak dalam pukul 3 petang. sampai dalam 3.30 petang. so, first pit stop kitaorang adalah makan dulu. dekat mana? pizza hut la. apa punya plan. semangat plan nak makan kat Nando's. haram jadah.

pesan makanan dengan minuman macam esok nak tangki full. kitaorang pesan pizza set meal 1, side order macam spaghetti balagonise, chicken wings dengan mocha mint frappe. satu je yang tak habis makan. spaghetti. tu pun sikit je la yang tinggal. kenyang sudah.

masa makan plan dengan adik nak main game dekat atas. dia on. so, aku pun excited la. sebab nak main game racing kereta. sampai je dekat atas, aku tukar fikiran. bagi tahu adik lama dah tak main boling. aku ajak dia, tapi dia tak nak. dia nak satu syarat je, belanja dia. haih. bukan selama ni aku belanja dia je bila aku dapat gaji. macam x faham-faham.

main satu game je. itu pun adik aku yang menang. dia dapat strike satu je. aku? langsung haram tak ada. banyak telur ade la. sah lama tak main. asal baling je bola, masuk longkang, gelak bagai. frust siot. aduiyai.

lepas habis main, kitaorang gerak la kat tempat main game. main game racing kereta la, basketball la, tembak-menembak la. seronok gila. macam ni la baru lepas tension. asyik kerja je. tension aku. dah la penat nak mampus. kerja bagai.

and then kitaorang jalan-jalan, window shopping. aku aku ajak pergi Sinma. aku ikut je la. lepas beli ape yang tak ada. adik aku ajak pergi beli Big Apple. pergi-pergi je tutup. sebab ape diaorang cakap tutuo sebab diaorang pergi corporate annual dinner. owh.

tak jadi terus balik. on the way nak balik aku ternampak la stall Juice Fusion's. aku mengidam dah la. cuma tak berkesempata. so , aku ajak adik aku try la. macam sedap je. aku choose Pink Lemonade. uih, punyala sedap gila. masam nak mampus wa cakap sama lu. aduiyai. sedap-sedap. satu harga air ni rm 7.30. aku pilih yang power. so, rasa power juga.

terus ke tempat parking motor lepas selesai itu semua gerak la kitaorang. sesak sikit time tu. masa ni dah pukul 6 petang kot. aku bawa motor perlahan-lahan juga la. nanti laju terbabas pula. sape nak jawab.

sampai je mak aku call suruh pergi tesco beli telur. mak aku dari tadi suruh beli telur je. aku cakap balik nanti baru beli. nak keluar dulu. takut balik malam. tak sempat nak beli nanti. so, sampai je terus pergi tesco. tesco pun ramai juga hari ini orang pergi beli barang untuk sahur. aku beli telur 2 papan dengan pancake powder, sup campbell, keropok 2 bungkus. punya la banyak kitaorang makan. hehehe.

sampai rumah rileks kejap tunggu pengumuman puasa start bila. so, hari rabu la puasa. aku sebenarnya tak sabar nak tengok LBS. aku pergi makan pun dengan rush sebaik mungkin dan aku terlepas babak-babak yang lain untuk masa lebih kurang10 minit. hmmmm. melepas!

overall, cerita ni ok. but bahasa dalam drama ni ada yang ditambah or diubah. sebab dalam novel, bahasanya agak merimas penonton yang lain. dalam novel juga memang banyak yang karat berbanding dalam drama ni.

ok, fin.


7 Ogo 2010

semuanya tentang tolak minus

tolak sama dengan minus.

aku kira perlu atau tak?

semangat itu ini. tapi keinginan mengatasi segala. macam mana nak atasi?

tolak sana sini, minus sana sini masih banyak perlu diselesaikan.

adakah aku masih lagi meneruskan harapan yang menggunung?

kita tunggu sahaja...;(

2 Ogo 2010

the list

leather jacket (black)
cardigan (black)
jam swatch
nokia Eseries
baju kurung (raya)
wedges/flat/high heels (Vincci)
skirt high waist
mini dress (black/vintage)
leggings
duit raya
suk selangor
linguaphone

27 Jul 2010

a list for me

sekarang aku still menunggu tawaran/permohonan untuk menyambung pelajaran aku. masuk ini dah tiga kali aku gagal. frust gila. tapi aku perlu dayakan usaha aku untuk bersabar. rezeki tetap ada dengan izinNya. betul tak?

so sekarang aku nak buat persediaan. dekat mana dan apa yang aku nak sambung belajar? samada dalam mengharap lagi belajar dalam komunikasi ataupun dalam kursus lain. dalam erti kata dengar pendapat orang yang lebih tua yang tahu tahap kita dimana mahupun ikut naluri hati lagi.

so aku terpaksa membuat research tentang apa yang aku nak sambung nanti. payah juga kalau time tu juga nak isi borang time tu juga nak baca information tentang apa yang kita nak apply nanti. huh! memang pening beb. last-last boleh dibuat fed up nanti.

okey, ni aku dah list mana yang jadi pilihan aku buat masa sekarang ni. so nanti tak ada la kelam kabut.

Universiti Kebangsaan Malaysia
-Fakulti Pendidikan
*Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu

-Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
*Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
-Program Pengajian Bahasa Melayu

*Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
-Program Komunikasi Media
-Program Komunikasi dan Dasar Awam

Universiti Putra Malaysia
-Fakulti Pengajian Pendidikan
*Bacelor Pendidikan
-Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama

-Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
*Bacelor Komunikasi (B.Comm)

semua pilihan yang di atas ni aku fikirkan peluang pekerjaan yang menjamin masa depan aku sahaja. even boleh kerja sebagai guru, pensyarah or media. but media maybe aku choose to be di sebalik tabir je. ada sebab aku pilih untuk begitu.

26 Jul 2010

pangku mana satu?

pangku mana satu?

aku sukakan lelaki yang menyenangkan atau menyakitkan hati?

menyenangkan hati.

kalau teman lelaki idaman aku mempunyai salah satu ciri ini adalah amat menyenangkan hati aku.
apa sahaja kerenah aku dia akan layan je. tak ada nak menyakitkan hati even kalau benda tu menyakitkan hati dia. boleh ke?

menyakitkan hati.

aku paling tak suka teman lelaki orangnya suka menyakitkan hati aku dan orang-orag di sekeliling. mestilah kena jaga hati masing-masing. jangan main lepas cakap je. berlapik bertapis siap-siap sebelum bercakap. bercakap guna otak. jangan pakai lutut. aku paling tidak suka orang berperangai begini.

so, pangku yang mana satu?

fikirkan di minda jauh di sudut hati.