20 Ogo 2011

untuk kau yang bernama lelaki

saat itu ku rasa pilu
adakah kau ingin tahu
mengapa aku rasa begitu
kerana kau sakiti hatiku

bodohnya aku mencintaimu
kini aku menanggung itu
sakit yang bertalu-talu
kecewa aku keranamu

adakah ini mainanmu
benar aku rasa tertipu
tika nanti hari itu
aku mahu kau jatuh

jika ini keinginanmu
sakiti hati tak akan sembuh
jika engkau tahu itu
hati yang kau tusuk

tika bahagia itu milikmu
pasti tidak kekal satu
kerana aku mahu kau tahu
dulu kau sakiti hatiku

9 Ogo 2011

oh bulan itu, bulan kita

assalamualaikum kpd sesiapa yg tersinggah ke blog ni, aku kira sudah dua bulan aku tidak update apa2 di dlm blog ni, bkn aku sengaja, tetapi masa tak mengizinkan utk menulis. syukur alhamdulillah dgn kelapangan yg ada ni aku ingin berkongsi serba sedikit dgn anda2 semua apa yg dah berlaku dlm tempoh dua bulan ni.

bulan 7 adalah bulan yg rahmat utk kawan baik aku masa study diploma dahulu, ros anis, memerangkap roomate aku. tahniah buatmu, ros anis dgn pasangannya mohamad aidil yg sudah pun selamat mendirikan rumah tangga pada 23/7/2011. syukur alhamdulillah, aku tau ko dah lama plan dari zaman study dulu, iaitu tarikh keramat itu adalah birthday suaminya, sudah pun terlaksana. congratulations!! aku harap korang bahagia sehingga hujung nyawa tau, amin...;)

an then, pada tarikh 9/8/2011 ialah hari ke-9 umat Islam berpuasa, hanya tinggal dua minggu lagi utk menyambut lebaran. ok la, korang semua dah beli ke baju raya? yg tempah tu dah siap ke belum? kalau teragak-agak bila nak siap tu, better la korang semua pergi jenguk tailor kesayangan tu, dah siap potong ke belum ukuran baju raya korang tu, hehehe. bukan ape, takut dah siap potong, nanti tak sempat jahit pula, rajin2 lah bawak juadah berbuka utk tailor tu supaya semangat sikit untuk menjahit baju raya korang semua, hahahaha.

seperti biasa la, aku dah beli baju raya. tak ada masa nak beli kain nak tempah. kali ni aku beli setelah aku survey baju raya online iaitu calaqisya yang di vogue kan oleh 3 farah, iaitu farah mislina, farah ilyana dgn farah azrina. semua collection dorang memang ohsem la. aku minat dengan baju raya collection dorang sejak sneak peak yang dorang photoshoot untuk majalah jelita. dah pasang niat nak beli kaler kuning. bila dah sampai di rock the youth hari tu terus beli kaler pink sebab tengak kak farah ilyana pakai terus jatuh cinta, hehehehe. ok ni link http://www.calaqisya.com/

dorang ade gak calaman especially untuk aksesori wanita macam hand bag, kasut, dah kata calaman kan mestilah for guys, memang ade jugak collection baju2 yg vintage for guys, sure korang tak rugi la beli dari dua2 cala ni, sebab banyak feedback, collection dorang yang dah dapat parcel memang cantik2. ni linkhttp://thecalaman.blogspot.com/

sekarang ni dah plan baik punya nak holiday kt penang lagi, hehehe, terbaiklah. aku suka penang, mendamaikan walaupun 1 malam je, memang hilang stress, hehehe. sudah dua tahun, dua kali hari raya aidilfitri beraya di penang. hehehe. tahun pertama hotel tm, tahun lepas sudah lupa hotel mana tapi yang sebelah hard rock hotel tu, tapi tahun ni lak semestinya hard rock hotel la. yahooooo!!! alhamdulillah, syukur la sangat2, tercapai gak la impian aku nak tidur kat hotel 5 bintang tu. hehehehe. and tak pernah miss jugak beraya di kedah, alor setar. hotel mestila hotel samila bersebelahan dengan menara alor setar tu. trip kali ni lain sikit sebab tokmak ikut skali, oh yeahhh!!!

ok guys, sampai sini je yang aku boleh share dengan korang semua betapa happynya aku sekarang walaupun ade jugak yg tak happy, tapi life kena teruskan jugak, kalau ade jodoh, tak kemana lah, aku ambil positif tu sematkan dalam diri untuk kuatkan semangat, tak apa, after raya ni terubatlah segala kepahitan aku yang telah memungkinkan aku tidak menulis di blog ni selama dua bulan, sekian, wasalam....;D

9 Jun 2011

tujuh sebelas

ok, ni bukan pasal nobor ekor ke ape ke, ni pasal contest. contest ape, ha mari sini jenguk2 ape yang kita nak bagi tahu ni. tadi pergi kedai 7e (tujuh sebelas), plan nak beli cereal milo dgn air kotak besar milo tu, last2 up lg beli la stikko dgn chacho's, sbb malam2 kita macam kucing kat rumah kita ni malam2 kebuluran. saje nak tambah stok makanan.

campur2 semua dah 4 barang kan. tiba2 cashier suruh isi borang. aku tanya la nak isi borang ape. cashier tu jawab contest, aku pandang punya pandang mana la borang tu, owh contest 'Win n Ride'. macam menarik. tapi sebelum tu nak join contest ni you all semua kena la beli 3 barang/makanan ke atas dalam satu resit SAHAJA dalam sesuatu pembelian ok? ini untuk melayakkan korang semua untuk join contest ni, nanti cashier tu bagi la korang resit untuk di attachkan di borang contest yang comel tu.

macam2 hadiah yang ditawarkan, jika menang la. first, dapat hadiah motosikal/scooter tu. wow!! bestnya. yamaha nouvo LC 135cc, sape tak nak kan? semua nak. hadiah yang lain2 pula ialah i pad 2, sekarang ni kan trend nak2 je pakai i pad, so, nak rasa diri bertuah ke tak join la contest ni, mana tau kan rezeki, dapat la i pad tu, ade lagi hadiah, nikon dslr dgn gift certificates, menarik2, so, korang semua, ape lagi, pergi sekarang beli ape2 sahaja di 7e tu, tak kira la murah ke mahal ke janji 3 makanan/minuman ke atas tetapi perlu diingatkan di dalam satu resit sahaja tau. nak tahu lebih lanjut klik la sini tujuh sebelas

kredit to google image


ok, kita nak isi borang ni, hee, mana la tahu rezeki datang, ala, try je, bukan susah sangat pun, heh...;D

8 Jun 2011

Fashion Bloggers Rehab Bazaar

main tekan2 je event di atas rupanya tahu tak tempat event ni ada dekat area mana? rupanya dekat empire gallery shopping, subang jaya tu. yes!! dalam kepala dah mind set nak pergi, dah niat semua dah, harap gaji pun dapat sebelum nak pergi bazar tapi walaupun bagaimanapun tidak seperti yang aku harapkan. terpaksa meminjam duit dari ibu untuk bekalan tapi wajib ganti balik.

pagi ahad tu dah siap bangun pagi bersihkan diri, beli sarapan semua, adik pula tak bangun2 lagi. hmmm, sabar je la. lama2 pun bangun. dah siap semua dari rumah 11 pagi lebih. sampai di soho tu dalam rumah tu pun dah sesak dengan gadis2 manis dan lawa2 semua tak kira dari segi fashion mahupun paras rupan. owh terasa kerdil disitu ye. walau apa2 pun ia tak mematahkan semangat aku untuk berjumpa dengan bloggers kesayangan iaitu Adriani Adnan, Shea Rasol, Hana Tajima, Maria Elena Zarul dan Nurulcakapcakap. tetapi nurul tak sempat nak jumpa sebab nurul pun tak sampai lagi. lagi pun nak kejar masa. petang kena masuk kerja. heee....;D

suka!! nak hias mcm ni kat bilik, sedih...;(

penyangkut kayu baju yang comel, cantiknya...;D

akhirnya me with Shea Rasol, hai...;D

akhirnya me with Adriani Adnan and my sister, Alia, hai...;D

hahaha, yeayy!! me with Hana Tajima, my idol...;D

tu dia, dia dah mai dah, yeayy, me with Maria Elena Zarul, peace yawww!!...;D

me with Ami Schaheera, owh my, tak tahu pula yang kak Ami ni sedang berperang dengan penyakit kanser, semoga cepat sembuh ye kak Ami....;D

lastly, segmen menggedik, lantak la, ade aku  kesah??...;P

15 Mei 2011

sukan lasak masa kecil

korang mesti nak tahu di sebalik nama blog aku ni kan walaupun aku dah bagi hint awal2 untuk mukadepan profile aku ni, heee~

ok2, masa aku kecil dulu, aku ni memang lasak juga orangnya. bak kata kedua-dua orang tua aku dgn saudara mara. mereka mengingatkan kembali sewaktu aku zaman kanak-kanak dahulu. rasa malu pun ade. aku pun fikir juga, lasaknya aku dulu? mesti mak bapak aku susah jaga aku dulu kan? xpe2, ibu, baba, kaklong minta maaf tau kalau kecil2 dulu kaklong ni lasak sangat. hehehe. yela, anak sulung kan, anak pertama pula tu. lasak rupa macam lelaki. tapi tak semegah lelaki, ye tak? hehehe..

hahaha, pekara pertama yang aku still xleh lupa sebenarnya banyak juga la perkara2 tu. pertama, korang jangan gelak tau. dulu, mak bapak aku masa mula2 kahwin dulu dorang sewa flat kat area gombak, first floor. rumah tu juga la tempat adik kedua aku dilahirkan. tragis juga. huuu. tapi tak mahu cerita yang itu. saya mahu cerita pasal saya. ok, kalau ikutkan flat ini ada lima tingkat. seperti yang korang tau aku ni kan lasak. entah macam mana aku dah sampai di tingkat atas, tapi aku tak sure and tak ingat di tingkat berapa. mak dengan bapak aku cari aku satu flat. huu~ kesian dorang, penat cari aku, akhirnya jumpa juga. heee~

perkara kedua pula kejadian ini di dalam kereta ketika bapak aku tengah memandu. hahaha. ni lawak sket. hihih. kira bahaya juga la. mana tak nya. aku jengukkan kepala aku ke luar tingkap, masa tu aku di tempat duduk belakang. bapak aku cuak la. mana tak nya. aku masa tu senyap je. tengok2 aku feel tonjolkan kepala aku ke luar tingkap. bapak aku terus berhentikan kereta and tutup tingkap terus. heee...

setiap budak2 kecik mesti ade basikal training kan? ala, bukan basikal jenis kayuh tu, ni basikal yang baby baru nak belajar berjalan kot rasanya la. masa ni umur aku dah besar panjang, tapi bila ingat balik memang aku sengaja cari pasal. mana tak nya. aku pergi berdiri atas basikal tu, tiba2 aku jatuh rebah ke bumi, mahu tak ting tong kepala aku, tak termasuk lagi tangga katil double decker, masa tu dah tanggal habis dah tangga tu, tiba2 entah macam mana terkena kat kepala aku, berdarah siot. huuu, bapak la, semua kena dekat kepala. hahaha, ting tong kepala aku still sekarang.

huhuhuhu, hanya kejadian2 ini lah yang aku leh ingat sampai sekarang, sebenarnya banyak lagi kejadian yang ekstrem tapi aku xleh ingat la. nak tanya balik mak bapak malu lak. hehee....;p

12 Mei 2011

dia yang bernama

dia yang bernama
selalu indahkan hariku
dengan senyuman itu
tidak mungkin dapat di mana-mana

dia yang bernama
mengusik jiwa kecilku
mengajak mengintai dirinya
menyuntik semangat baruku

dia yang bernama
tolong papahkan aku
kembali sedar di alam nyata
agar kenangan itu berlagu

dia yang bernama
kehadiran aku di sini
terpanggil cintaku menyelami
dasar sayang telah terbina

dia yang bernama
senantiasa seiring doaku
kau dan aku bersama
mengorak langkah satu tuju

dia yang bernama
kekal itu manis buatku
harap kenangan itu membantu
bersama akhir selamanya

KHAS UNTUK SI DIA, AKU HARAP DIA FAHAM ISI HATI AKU NI...T_T