12 Dis 2010

bukan apa

wah, rajinnya aku berbelog ya. heeee~ ya la, kat mana la aku tak luahkan isi hati aku ini kalau tak kat belog terperam and wondering ada ke orang baca. apa2 je lah dik non. janji akak bahagia. hehehe. aku bukan apa sejak akhir2 ni apa yang aku dah plan dengan berangan sekali tu macam tak menjadi je. arrrgggghhhhh!! bila fikir balik, ala, melepas la macam ni. huhuhu, sedih weh. aku nak cerita kat korang ni yang aku ada firasat yang mengatakan aku tak dapat pergi lagi anugerah skrin tahun ni. huuuuu~ sedih. aku dah la berangan nak masuk post party, ambil gambar dengan artis2 vogue cun melecun malam tu nanti. and then aku dah berangan yang aku nak dress up lawa2, cun2, huuuu~ tak jadi la nampaknya.

sebab apa. sebab kakak yang buat bil di dalam air cond dah pregnant. and i should happy for her but in the same time that i thought 'what'?? huuuu~ sebab kakak tu dah rupa tak larat. ya la, first pregnancy kan. so, banyak pantang larang. banyak kena jaga. aku pun kadang2 fkesian gak tengok kakak tu. mengadu asyik penant je. jalan pun dah lambat. and aku fikir2 balik, sebab kakak tu pernah bagi tahu yang dia tak larat and nak start cuti awal dalam pertengahan bulan ni. so, aku macam 'aduh, aku seorang je la kat dalam air cond ni'. nak harapkan kakak lagi satu buat bil pun tak boleh sebab dia kerja ofis, and sudah pun naik pangkat. jadi pangkat baru mestilah kerja banyak kan. kesian pun ada. and masalah aku sebenarnya aku memang tak dapat pick up apa2 yang berkaitan dengan nombor. memang lembab aku akui. sampai sekarang nak buat bil pun tak boleh sebab takut and fobia customer complain 'adik, ni kenapa mahal sangat. acik makan sikit je'. hah, tak pasal2 aku panik nanti. and tak pasal2 aku tarik muka dengan customer dengan bos2 sekali.

and dalam waktu terdekat ni pulak aku nak further study aku kat uitm. dah dapat pun. daftar bulan 1 ni 2011. so aku kesian gila kat bapak aku sebab dia penyelia shift malam. kalau dikirakan kakak yang buat bil yang betul2 ada sekarang cuma 1 dengan abang yang lagi seorang tu. dia pun macam aku, boleh buat bil, tapi untuk makanan dengan minuman yang senang je la. lagi satu kakak yang kerja ofis tu. tu pun tengok keadaan dia boleh datang buat kerja part time.

aku bukan apa. just bila aku dah war2kan yang aku nak sambung belajar balik and habis bulan ni je dorang macam lost. huuuu~ aku ni boleh dikirakan boleh mengemas, manyapu, mengelap dengan pantas. aku peduli apa kalau customer tengah makan ke minum ke, tapi aku kalau sapu tu tak ada la sampai habuk tu terbang sana sini. sapu lembut2 gitu. sepoi2 bahasa la. janji kerja siap dah menyenangkan kerja pekerja lain pulak. tolong antara satu sama lain. kerja pun jadi mudah.

apa yang risaukan dan aku mengharap sangat adik2 aku dapat cover kejap aka bekerja untuk shift malam sahaja. bulan 12 mestilah ramai customer sebab kan cuti sekolah lagi. nanti dah masuk tahun baru, customer pun kurang. kalau banyak pun customer dari hospital tawakal. macam  nurse, patient doktor, dengan family yang adatang melawat pesakit. bos aku pesan, order tu kalau boleh cepat, customer datang nak makan lepas tu balik la. itu memang boleh diuruskan. dibuatnya kalau ada customer yang suka membuang masa makan dengan minum tak seberapa itu memang tak boleh terima. aku boleh tension tau. sakit hati je. dorang ni tak ada rumah ke, anak bini tak ada ke, esok tak kerja ke. ke selalu masuk lambat sebab tidur lambat akibat buang masa di restoran. aigoooooo.

aku bukan apa. cuba meluahkan apa yang dirasa, bukan memaksa ataupun mencerca sesiapa.

11 Dis 2010

super duper!!!

kalau dikirakan dari sekarang tinggal 21 hari lagi aku memhabiskan kudrat-kudratku untuk bekerja. lepas ni aku aku merajinkan kudrat-kudratku untuk ke arah pembelajaran pula. tidak lupa pada otakku kerana kursus yang aku memerlukan pemerahan otak yang agak dahsyat. ya la, kata ijazah sarjana muda penulisan artistik (kepujian) kan. aku banyak juga la gooogle sana sini mengenai kursus penulisan artistik ni, menurutnya mulai intake disember ni, pelajar dari jurusan ini akan mendeklamasikan puisi mereka pada setiap hari rabu di anjung. dan aku terdiam seketika. macam-macam rasa ada. abah aku tanya kau boleh ke?. nak tak nak, boleh tak boleh aku kena juga buat. kata belajar. apa-apa pun perlukan usaha dengan minat baru la sesuatu kerja itu senang nak buat.

dan aku super excited menantikan 4/1/2011 ni. macam-macam yang tertanya-tanya oleh benak fikiran aku ini. bagaimana la suasana hari pendaftaran aku nanti? adakah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang aku harapkan. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hambamu ini.aku berjuang di jalanmu Ya Allah untuk menuntut ilmumu. berikan aku ruang untuk dipermudahkan segala urusan dan sewaktu pembelajaranku nanti. insyaAllah. Amin.

1 Dis 2010

assalamualaikum semua. sihat ke? aku macam biasa terlebih sihat. mana tak. balik kerja pukul 2 pagi masak untuk suffer. serius boleh dikatakan tiap-tiap malam aku masak. antaranya maggi, roti telur goreng, pasta makaroni sardin makan dengan roti, roti telur scrabble dan macam-macam lagi. lepas subuh baru boleh tidur. kalau tidur lepas makan confirm la kejang. and adik-adik dengan abah pun sibuk tumpang sekaki nak makan. dorang makan habis tak apa. hahahaha. aku kan tukang masak baik punya. makan mesti sampai licin.

and one thing yang aku nak share dengan korang semua adalah yang aku macam tak percaya yang aku diterima dan ditawarkan untuk sambung belajar di uitm. eh, betul ke ni? sampai surat tawaran aku baca berulang kali. serius weh. memang tak percaya. dari habis konvo julai 2009 sampai la ni pun aku still tunggu rezeki untuk aku sambung belajar. alhamdulillah, berkat doa orang-orang tersayang.

dan semalam pula lepas habis je online aku memulakan proses mengemas semua buku2, majalah2, surat2, sijil dan sebagainya diasingkan mengikut kategori untuk memudahkan aku mencarinya nanti pada masa hadapan. yela, mana la tau kan. dulu lepas habis konvo je main sumbat je dalam almari. sekarang ni sejuk sikit mata nak memandang. mak pun dah tak bising lagi suruh kemas mana yang tak pakai. korang tengok la apa yang aku dah kemas kat bawah ni ye. jangan terkejut lak.

ni semua koleksi kertas soalan dengan nota2 semester 6. ni semua duk punggah balik sebab nak prepare for interview utk kos penerbitan dan peyiaran di uitm dulu. sekarang ni tgh pikir nak letak mana kumpul satu tempat semua dari sem 1 sampai la sem 6. rasa2 dlm kotak kot. ala, kotak yg corak2 yg selalu orang duk kumpul/simpan.



ni pula setelah diasingkan mengikut keperluan/selalu diguna pakai balik untuk seharian/sebulanan. serabut kan? dulu lagi serabut. ni elok sikit sebab kertas simpan dalam sampul surat. lepas tu labelkan.


ni pulak semua koleksi adik aku alia dari sem 1 sampai berapa entah. dah habis belajar pun. tapi majlis graduasinya entah bila nak buat.


ni pulak setelah dipilih, diasingkan dan dibuang mana kertas yang tak guna dan menyemakkan mata. jadi la tiga beg plastik yang penuh dengan sampah.

and hari ni tiba2 aku rasa indah semacam. sebab apanya korang nak tahu? sebabnya adalah penyanyi yang aku adore sejak dia masuk AF2 sampai la bertanding dalam konsert final akhirnya aku dapat jugak berjumpa dengan Farah Breeep Breeep ni. ceritanya macam ni. kakak yang nak buat bil ni dia tak sure yang Farah ni makan ape. mee bandung ke mihun hailam. sebab colournya mcam mee bandung. so, aku beranikan diri tanya la si empunya makanan tu. lepas tanya mula la perbualan ini:

Aku/Farah

Aku: kak, minta maaf ye. nak tanya ni mihun hailam ke?
Farah: a'ah, mihun hailam.
Aku: (otak duk ligat pikir macam kenal je) Farah kan??
Farah: a'ah.
Aku: hai, hai.
Farah: hai.
Aku/Farah: (masing2 sengih)

dalam kesibukan melayan dan mengambil order dari customer aku dalam hati ni, ni kalau aku tak bergambar, melepas ni. dah lah susah nak jumpa lagi lepas ni. entah datang lagi ke tak makan kat restoran haslam. setahu aku dia tinggal kat putrajaya. tu yang aku macam memang patut kena ambil gambar berdua dengan Farah.

ok, dah line clear sikit, dorang pun makan macam dah kenyang ada aura macam nak balik. aku beranikan diri hentam keromo je la 'Farah, nak bergambar boleh?'. and yes. tapi jangan jeles tau. heeeeeeee~


see. lawa kan? manis je Farah pakai tudung. heeeeeeeee~

anyways, thanks kak Farah. You are really nice person!!!

29 Nov 2010

CT224 UITM

syukur, alhamdulillah. usaha saya berbaloi-baloi. heeee~ walaupun hantar sijil2 yg diperlukan sehari lmbt je. itu pun hentam je la guna pos laju. biar sampai cepat. kalo ikutkan byk jugak la permohonan aku yg sebelum menggunakan khidmat pos laju. semua gara2 terlupa. yeayyy!! syabas, diucapkan kerana terlupa. panggggg!!

semalam, iaitu, ahad la. masa tulis entry ni pun dah 29/11. isnin dah. petang tu lepas balik je dari lunch hati ni dah berdebar-debar nk tgk keputusan permohonan. kepala pun sama ikut membuat pusingan. alamak, kalo x dpt ni x tau la. nk give up ke x? ataupun tggu je reply keje dr kpkk utk jawatan sps. itu pun belum panggil temuduga lagi.

lepas dah taip no ic, tup keluar surat tawaran yg penuh. Ya Allah, saya x tahu nk ckp ape. sblm ni hanya berbekalkan 'harap maaf, permohonan anda tidak berjaya'. kali ni, ok saya mahu pengsan skrg. excited sampai belum hbs baca lagi dah tunjuk mak dgn abah ttg surat tawaran tu. and yg saya dpt adalah first choice.

iaitu ijazah sarjana muda teknologi kreatif (penulisan artistik) kepujian. hati saya mendaftar adalah 4/1/. so, ada sebulan lagi utk cover duit yuran masuk. first year aku bayar. maybe half kot. or maybe abah byrkan separuh. tgk la cane. sbb dlm perancangan lagi. so, pape kumpul duit dulu. kerja rajin2, jgn nak ponteng2 keje.

ok, ponteng keje pun sbb nk buat medical check up nnt. and then nk jumpe akak2 kesayangan di kuis.

ok, disebabkan lebih kurang 6 jam dari sekarang. saya patut masuk tidur. sbb dlm pukul 10 pg saya mahu gerak g kedai printing di saujana kajang. lagi cepat lagi bagus layanan. ada internet tau. senang saya mahu cetak apa tawaran dari uitm.

ok, mata sudah mahu melabuhkan tirai. selamat malam semua....;))

25 Nov 2010

sila faham

HIDUP AKU PENUH DENGAN KEBOSANAN.

29 Okt 2010

ini kenyataan

kadang-kadang aku bertanya kepada diri aku sendiri mengapa la perangai orang ini orang itu x serupa dengan nama mahupun rupa? aku berfikir sejenak. melucukan. bermacam-macam kerenah orang yang aku jumpa ketika aku bekerja. berikan aku memberikan pendapat aku di sini. ya, di blog aku sendiri. aku cuma untuk meluahkan kenapa ianya begitu rupa?

ada satu pasangan ini akan datang makan nak dekat-dekat pukul 12 malam. kadang-kadang ada juga la mereka ini datang awal. datang awal mesti mereka ini makan banyak. kalau datang lambat sudah semestinya aku akan dapat teka. masuk sahaja berfikir mahu duduk di meja mana. jikalau meja yang mereka duduk itu kebetulan ada pelanggan yang baru balik dari makan, semestinya meja itu x sempat dilap selepas pinggan mangkuk diangkat. belum duduk lagi dah kelam kabut minta tolong lapkan meja. rasa menyampah pun ada sebab aku tahu itu memang tugas aku dan aku tahu menja itu belum dilap lagi. so, kepada pasangan hendak saja mereka ini nak aku bagi penangan bahasa kasar. kalau order makanan atau minuman hanya aku saja yang tahu. memang cerewet sekali. pasangan ini aku akan ingat sampai mati.

6 Okt 2010

rutin harian

rutin harian aku setiap hari isnin sampai hari ahad adalah menjalankan tanggungjawab aku sebagai waitress di Restoran Haslam. waktu aku masuk kerja tak tentu. tapi yang tentu sebelum pukul 7 malam mesti sudah sampai di kedai untuk menggantikan pekerja-pekerja pagi yang habis waktu kerja mereka pada pukul 7 malam. maknanya ada dua shift. pagi dan malam. aku bekerja separuh masa (part time).

memulakan cerita rutin harian aku semasa berada di rumah aku bangun tidur lebih kurang tengah hari. untuk mencukupkan waktu tidur selama 7 jam. maknanya dari pukul 5 pagi aku tidur aku bangun tengah hari pukul 12 tengah hari. sampaikan subuh pun liat nak bangun. hari-hari kena bebel dengan mak. itu pun terlajak. dah azan zuhur baru bangun. bangun sahaja buat apa yang sepatutnya macam mandi, solat semua, cari maka dengan minuman tengah hari. sebabnya adalah kerana mak tak masak. kenapa mak tak masak. disebabkan anak-anaknya yang malas dan bangun tidur tengah hari. so, barang dapur nak masak tengah hari pun tak ada. conclusionnya di sini, pandai-pandailah hidup ya. lepas keluar merewang jalan-jalan cari makan, take away makan di rumah lepak depan tv membuang masa tengok movie sampai nak keluar pergi kerja. bertolak dari rumah lepas asar. sebelum pukul 5 petang atau 5 petang tepat mesti keluar dari rumah. sebabnya adalah aku mesti naik train pukul 5.12 minit untuk sampai di mid valley lebih kurang 5.45 petang. membuang masa lagi depan lepak di mcd. esoknya pula, beli donut ke dekat dunkin donut, kadang-kadang banyak duit makan pizza hut. macam tu lah hari-hari seterusnya akan di rotate mengikut angin. cuci-cuci mata tengok kasut ke. aku suka buat apa yang patut membuang masa sampai pukul 6.15 ke lebih macam tu lah tunggu bapak jemput di mid valley.

kenapa aku tidur 5 pagi. sebabnya adalah waktu ini sahajalah yang aku dapat tidur. kenapa tidaknya. balik dari kerja pukul 2 pagi baru sampai di rumah. perjalanan dari restoran yang terletak di kuala lumpur, jalan pahang mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke rumah. itu pun restoran melabuhkan tirai perniagaannya pada pukul 1.30 pagi.

kadang-kadang tak menentu waktunya. ada cepat ada lambat kerana customer ramai. lambat tutup pun kerana staff tak mencukupi. so, kerja-kerja yang sepatutnya di handle oleh pekerja itu dilakukan secara double oleh pekerja yang datang kerja pada hari itu.

kalau macam aku, aku suka buat kerja dengan pantas. tapi teratur. kadang-kadang ramai yang cakap aku ni kelam kabut. ape kehenya? aku selalu memudahkan kerja pekerja-pekerja yang lain. macam aku, dalam pukul 11 malam di dalam tempat makan berhawa dingin sudah mesti disapu lantainya. ini memudahkan pekerja lain untuk mop di dalam aircond. menyapu pun dah ambil masa setengah jam. kira aku menyapu ni memudahkan pekerja yang membuat bil di aircond boleh cover membuat bil di luar, tempat tak berhawa dingin.

lepas menyapu di aircond, aku mengemas, mengelap rak-rak di luar. lepas mengelap, membuang sampah sarap macam nasi kering ke yang bersepah-sepah di rak, aku memulakan menyapu di luar. menyapu di luar pun mengambil masa setengah jam. lepas siap semua, aku menyapu lagi di kawasan lalu lalang atau tempat makan di kawasan lalu lalang. di jalan raya dengan longkang yang meliputi kawasan restoran kena disapu juga. memang ini rutin harian aku. hari-hari kena menyapu. aku memudahkan kerja-kerja pekerja yang lain. sebab pekerja lain ada kerjanya yang aku memang tak reti nak buat or malas nak ambil tahu. aku memang tak suka mengemas lauk-pauk untuk disimpan di peti ais. macam kerja aku lebih kepada mengemas, mengelap dan menyapu.

selain itu juga, menyapu di lalu lalang mengambil masa setengah jam juga lebih kurang pukul 12.30 malam baru siap. dalam pada itu juga, aku mengemas atau mengambil order customer yang datang nak makan. cover sampai pukul 1 pagi. pukul 1 pagi kerusi meja di luar mesti disusun untuk di bawa masuk di susun di dalam restoran. pekerja yang lain pula mengemop lantai di luar dan pekerja yang lain pula menyiram air mop yang kotor sampai lantai bersih. sama juga di dalam restoran. masing-masing mengemop.

lebih kurang pukul 1.20 pagi baru siap semuanya. tirai restoran pun sudah dilabuhkan. macam itu lah rutin harian aku sebagai waitress. nak buat macam mana. gaji lumayan, kerja pun lumayan!!! apa-apa pun buat kerja dengan ikhlas dan jujur. chaiyok!!!!