23 Jul 2010

Lagenda Budak Setan

mula-mula sekali aku nak update pasal peristiwa yang berlaku semalam. yup. dah masuk 23/7 masa aku tulis blog ni. so, the first is, sampai je aku di mid valley dalam pukul 5.40 petang. aku berfikir samada aku nak melantak ataupun shopping some underwear for me. jalan punya jalan masuk ke metrojaya ke parkson? entah, lupa. keluar balik. dalam kepala fikir nak singgah mph bookstore belek novel, majalah ape yang best.

sekali aku jalan ke bahagian novel dan aku terus teringatkan tentang novel 'Lagenda Budak Setan' yang aku teringin sangat nak beli. tiga hari lepas iaitu hari isnin, aku cuti masa tu. pergi mph bookstore. rak bahagian novel gak. tiba-tiba aku terdengar dua orang budak lelaki sedang sibuk membelek novel LBS tu. aku pun pasang la telinga ape yang diaorang borakkan. yang satu cakap, 'eh, lagenda budak setan la'. yang dua tu, 'ala, kan dah tengok kat wayang, buat ape nak beli'. so, aku pun, yeayyyyy!! tapi, aku tunggu dulu. buat-buat tak berminat nak beli. beli novel lain.

so, hari ni aku ke mph, alhamdulillah, cari punya cari jumpa jugak novel LBS tu. Alhamdulillah. teringin mengidam semua ada la sejak aku tengok LBS ni kat wayang. aku dan jatuh cinta dengan cerita ni. dulu aku mana la fanatik sangat membaca novel ni. lima tahun lepas je baru minat membaca novel tu mula berputik sedikit demi sedikit. lama-lama dah ketagih. sekarang ni tak sampai satu bulan dah dua buah novel aku beli. maknanya dalam sebulan aku anggarkan dan asingkan duit untuk membeli dua buah novel nanti.

untuk yang terbaru, pada bulan ramadhan korang semua boleh la mencuri sedikit masa untuk menonton drama bersiri LBS ni di Astro Prima nanti. waktunya pula yang paling afdal sekali. tidak mengganggu waktu kita bertawarikh. macam tahu-tahu je kan?

ni jadual tayangan:

Lagenda Budak Setan
Tarikh: 10 Ogos 2010
Siaran: Astro Prima
Jam: 10.30 Malam

ni cover untuk novel LBS. edisi terhad ni.


ni di bahagian dalam cover.


*tak sabar siot nak baca. aku sebenarnya still blur lagi dengan LBS ni. ye la. aku memang tak pernah langsung baca novel ni. nak pinjam tak tahu menahu member-member zaman sekolah dulu ada novel. dalam filem je la aku tengok. faham dengan lebih mendalamnya tidak. pernah dengar je. tapi tak ambil pusing.

so sekarang semua dah ada, ko tunggu eh LBS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! can't wait!!!!!!!!!!!!

22 Jul 2010

tolonggggggggggggggggggg!!!!

hwuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tolonggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!

sedihnya.

apa salah aku pada masa nan lalu?

adakah itu penyebab keputusan e-rayuan aku gagal?

mahu undur diri. fikir sejenak mengenang rezeki sudah tiada.

perlu teruskan hidup.

:(

21 Jul 2010

cuba memahami

awak?

kenapa awak dah tak macam selalu?

awak?

adakah disebabkan 'itu'?

awak?

sila maafkan saya.

awak?

saya tak berniat nak buat macam tu.

awak?

sebenarnya saya keliru dengan perasaan saya

awak?

saya minta maaf sebab sengaja memulakan segala masalah yang tak disangkakan ini

awak?

kita lupakan je apa yang berlaku.

20 Jul 2010

semangat baru

aku perlukan semangat baru. lepas tengok filem 'Inception' aku rasa aku mahu bermimpi seumur hidup aku berpatah balik pada dunia yang tak mungkin kita dapat perbaiki balik.

itulah susahnya. aku perlukan semangat baru. lepas tengok filem ni aku tiba-tiba je rasa macam sebak dan terharu semcam. pada permulaan filem jalan cerita agak sukar difahami, dan pada pertengahan jalan baru aku dapat merasai dan memahaminya satu persatu.

mungkin sedikit terpesong dari apa yang ingin aku perkatakan disini. sekarang ini pada saat ini aku cuma mahukan satu semangat baru untuk memulakan hari esok.

19 Jul 2010

cedera parah

AKU CEDERA PARAH. CEDERA PARAH KERANA AKU KECUNDANG DENGAN PERASAAN YANG AKU CUBA TABURKAN PADA INSAN YANG AKU LAHIR RASA SAYANG ITU.

KINI, AKU DALAM KEADAAN KOMA UNTUK MEMULIHKAN SEGALA KE DALAM KEADAAN NORMAL. SEMOGA RENUNGAN ITU TIDAK MAMPU MENGGOYAHKAN PERASAAN SAYANG ITU KEPADANYA LAGI.

*hilangnya cintamu, menusuk hatiku, hinggaku memilih, cinta yang fana. perginya dirimu, merobek jantungku, hinggaku terjatuh, dalam harapan...:(

18 Jul 2010

ada apa dengan sasau?

hahahahaha. sengal. hari ini memang gila sengal. hati aku kesengalan satu hari ini. entah kenapa aku macam neves semacam. itu lah. cari pasal lagi.

nak berdepan and bercakap macam biasa pun dah terketar-ketar. neves memanjang. aku cuba cool, tapi tak boleh. boleh tu boleh tapi akan terkantoi juga dek panahan itu.

apa nak buat lepas ni? perlu ke aku teruskan dengan cara begini? takut aku yang makan hati...;(

17 Jul 2010

hati kau bagai punnguk rindukan bulan

entah kenapa hari ini hati aku rasa macam kehilangan sesuatu yang cuma ketika hati itu terhibur di kala si dia ada. hati, kau sihat ke hari ini?

sepanjang perjalanan kerja hari ini pun terasa ingin dihabiskan cepat sahaja. setiap saat dan tempat aku mengelamun teringatkan si dia.

mungkin kerana aku sunyi keseorangan mahu didampingi kasih sayang yang dari seorang insan bernama lelaki yang aku ternanti-nanti selama ini yang masih jua tidak muncul hingga kini.

aku sering kali berpungguk rindukan bulan. aku cuma melukut. ya, melukut. aku cuma sepi. sepi. sunyi. sunyi. hanya dia dapat menceriakan hari aku. hati aku perlu menolak cinta dari bercinta dengan dia. tapi, aku tidak boleh melakukan. jika percintaan itu berlaku, pasti cinta itu binasa. binasa kerana kesilapan aku sendiri. aku tak mahu pisang berbuah dua kali. cukuplah dia sekadar aku menceriakan hari-hari aku aku rasakan masih tidak bermakna bagi diri aku.

hati, jangan kau berbunga demi dia. JANGAN SAMA SEKALI. SEKIAN, TERIMA KASIH...;(