11 Mei 2013

CANDY BAR/BUFFET/BOOTH PROMOTION!!!


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon yang tertera

JANGAN LEPASKAN PELUANG! MURAH NI~

9 Mac 2013

sem 4 dan latihan praktikal

Assalamualaikum to dear blogku yang dirindui dan semakin dilupakan..

Pengajianku semester 4 telah pun berlalu, dan alhamdulillah pointerku naik, especially subjek yang aku pulun habis dengan tidur tidak cukup, dapat A. Amin.

Dan semalam pun berakhirlah latihan praktikal di Jabatan Penyiaran Malaysia (Angkasapuri) RTM. Honestly, it was a great experience. dulu masa diploma in masscomm tak dapat merasa pengalaman sebagai reporter. bermula menjalani latihan praktikal di unit berita radio sebelum bertukar dan mengaplikasikan apa yang dah belajar di unit berita radio di unit berita tv.

terima kasih kepada staff, reporter and bos besar, penyelia yang memberikan peluang berpraktikal di wisma tv dan wisma radio. Alhamdulillah.



sekian, saya Nur Harisatun Bt Mohamad Mokhti melaporkan untuk Berita Wilayah, TV1.

Hahahaha~

21 Sep 2012

si lesung pipit

Assalamualaikum

kepada si lesung pipit

tahu tak yang dua bulan tu
macam-macam yang saya ingat
ingat macam mana saya jumpa awak
macam mana saya buat biasa gelak tawa dengan awak
padahal saya nervous gila
bila tengok gambar awak dengan saya
saya rasa happy sangat-sangat
kalau boleh saya nak pergi time tu
kalau tak kerana dia mungkin saya tak kenal awak
sampai bila-bila pun awak tak kenal saya
satu je saya nak cakap
tahu tak saya rindu awak???
okey sila faham harisatun
hati tidak boleh dipaksa-paksa kan?
sabar ya...

21 Jun 2012

minggu terakhir sem 3, baru nak update ke kak eton???

assalamualaikum buat pembuka bicara, ok dah tak ada bicara-bicara lagi dah. now straight to the point. sekarang saya dah nak habis penghujung semester yang ketiga di fita, uitm puncak perdana ini. tinggal dua minggu lagi je nak final exam. start hari ni sampai la hari sabtu, 23 jun 2012 akan diadakan festival filem & video pelajar malaysia (ffvpm) yang ke 9. amat berbangga sebab uitm shah alam menjadi tuan rumah kali ni. congrats uitm!!

ok now saya nak cerita pula tentang apa yang berlaku kepada saya lately ni. serius tak dapat nak tipu la lately memang stress dengan assignments. pasal grouping. i hate it ok. tak nak mengaibkan sesiapa di dalam blog ni. just nak share dengan you all, just one more thing, please respect each other kalau dah buat assignments dalam grouping. kalau tak ada nila-nilai murni ni, macam mana la orang lain nak respect. so, dah buat keputusan. there is no longer my future assignments grouping nak buat dengan awak-awak sekalian. sekian, terima kasih atas jasa yang diberikan selama 2 sem ini.

jom layan saat-saat kegembiraan saya...

screening preview untuk 'Puncak, I Love You"

kak wani kawen (jiran sebelah rumah masa kecik-kecik)

holiday kat port dikson (best moment kaklong dengan baba)

wacana seni 'filem leftwings'

karaoke dekat hotel quality, shah alam

sambut birthday boy

hah, ini la birthday boy, izmir namanya..;)

sambut selamat hari ibu dekat d'one steak bandar baru bangi dengan tokmak

kereta kesayangan kena mandi

lepak di area townhouse sambil makan cucuk-cucuk dengan kue tiaw goreng

banjir production ni memang mantap, lagi-lagi yang tinggi tu, tak sangka..;p

my bestfriend, ros anis selamat melahirkan anak sulung, baby boy, airiell, congrats!!..;)

menghabiskan duit lepak di big apple

ini hasilnya makan di big apple tak ingat dunia

lastly, gambar penulis diselitkan sekali, ni masa jomheboh dan hari belia 2012 di putrajaya..;)

hoiiii, cepatlah habis sem 3 ni, tak sabar nak puasa, raya, cuti 3 bulan kumpl duit, lepas tu na berjoli sakan, lantaklah..;)




2 Feb 2012

confuse

maafkan aku sebab dah lama gila tak update blog ni
aku bukan nak elak saja-saja
ada sebab-sebab yang tidak memungkinkan aku untuk log in bloggers ni
stress sangat-sangat
now please let my heart story about what happen to me this month
ok tau, sekarang dah masuk pun februari, tahun 2012
yeayy, maafkan saya sekali lagi
now continuing
seriously kenapa awak dan awak muncul dalam hidup saya?
kamu berdua memang ada kelebihan masing-masing
but looking into your face kamu berdua
its really make me
that i want the love spread into my heart, hold me, be side with me when i need
seriously, kamu berdua, sila luahkan apa yang kamu rasa
tak nak hati ni sakit lagi dah
confuse lagi
yet umur dah meningkat
T_T

31 Ogo 2011

aidilfitri 2011

assalamualaikum semua, selamat hari raya maaf zahir batin kepada korang2 semua yang pernah tersinggah secara tidak sengaja ke dalam blog yang tak seberapa ini. walaupun isinya tidak banyak menceriakan hidup korang semua yang membaca blog ini, tetapi apakan daya untuk aku buat. cuma aku harap korang semua tak menunding jari kenapa blog aku sebegini rupa kerana apa sebabnya adalah cinta semata-mata. blog yang aku tubuhkan ini adalah sebagai diari kehidupan aku, kalau dulu aku rajin menulis di dalam buku/diari, tapi sekarang sudah ade kemajuan untuk menulis, mengapa kita tak gunakan sahaja? betul tak?

okey, di sempena hari dengan bulan yang baik ni, aku harap2 sangat dekat korang yang mana balik kampung take care, macam mana kita bertolak dari rumah, macam itulah kita kembali ke rumah tercinta. bukan ape sekarang ni bilangan penduduk Malaysia sudah semakin meningkat dan bilangan kenderaan pun semestinya meningkat. tetapi tak apa lah, asalkan kita beringat-ingat dengan berwaspada di atas jalan raya tu pun sudah mencukupi.

raya kedua aku pula aku akan singgah di teratak neklang di port dickson, negero sembilan. sememangnya itu lah aktiviti aku pada raya tiap-tiap tahun, raya ketiga pula aku akan ke penang, dan pada hari sabtu pula aku akan bertolak dari penang ke kuala lumpur, hopefully kl tak jem la...;D

ikhlas dari Arisa Harisa
maaf zahir & batin

29 Ogo 2011

sekian lama

alhamdulillah, now 3.45 pagi and about 15 minit dari sekarang aku akan pergi bersahur untuk yang kali terakhir. ya, ramadhan yang terakhir. sayu. aku dapat rasakan raya tahun ini tidak meriah pada raya sebelumnya. aku kehilangan arwah atok kesayangan. tiap-tiap tahun pagi raya kami sekeluarga akan bersiap-siap untuk ke rumah atok untuk menunaikan solat hari raya di sana. sebelum solat kami sekeluarga dijamu dengan ketupat, kuah lodeh, kuah kacang, ayam madu yang ibu perap semalaman dan laksa khas buatan pak uda. namun, tahun ini berbeza sekali.

tahun ini kesunyian berhari raya itu ditutupi oleh kemeriahan kami sekeluarga untuk menyediakan lauk pauk untuk dijamu pada pagi raya. dan sememangnya tokmak buat pengganti arwah atok sedikit sebanyak mengubati hati kami adik-beradik dan juga ibu bapaku pada arwah atok. tokmak juga pelengkap kepada masakan kegemaran aku pada pagi raya. iaitu lontong abu pisang. ia bulat disekeliling berkaler hijau, iaitu daun abu pisang la. dengan sotong masak sambal yang marveles dan pekat rencahnya. ternyata aku rindukan wajahnya yang sejuk sentiasa. rajin melayan karenah cucu-cucunya. sayang atok!!...;D

namun di sebalik semua ini aku bagaikan tidak sabar untuk memulakan semester baru. iaitu semester penguat semangat aku untuk terus berjuang mencari apa yang telah sekian lama aku mencuba untuk melafazkan 3 kata itu. ya Allah, engakau kuatkan lah semangat aku jika apa yang aku usahakan selama ini tidak membuahkan hasil, tetapi jika itu ketentuan engkau, aku dengan si dia tidak bersama, aku yakin engkau telah sediakan aku yang lebih baik darinya....;(